:: Bestnya Raya ::

salam..
raya oh raya..
tahun nie aku beraya rumah family aku dulu..raya ke-3 baru balik ke kampung suami
gembira bukan main
raya bersama mak & ayah sendiri lebih gembira buat anak-anak
raya rumah ibu mertua & pak mertua pon best gak..bukan xbest cuma perasaan sayu tu lebih la
teringat mak ayah sendiri..

raya kali nie seperti raya thn lepas..
malam sebelum raya biasa la mesti lah masak2.
esoknya pagi2 da bangun sambung masak apa yang patut, kemas2, 
seterika baju raya, standby duit raya, dan yang paling penting
hidangkan juadah di pagi raya 
untuk mereka2 yang nk ke masjid

bagi aku.. amat jarang aku ke masjid untuk sembahyang sunat raya aidlfitri
kalau sembahyang sunat raya aidiladha rajin la..
nak tau kenapa??

sbb slalu kalau solat raya aidilfitri ayah suruh makan dulu sebelum kemasjid..
so aku la orang penting yang akan hidangkan & kemaskan tempat makan.
tp kalau solat raya aidiladha pula ke masjid dulu, balik dr masjid baru makan..

selalu pagi raya aku la org yang paling lambat bersiap..
hehehe..



lepas balik dari masjid aktiviti wajib adalah bersalaman..
selesai bersalaman kami akan pulang ke kampung mak di perak secara berkonvoi
3-4 buah keter.



tapi kali nie lewat sikit pulang ke perak sebab 
family tunang adik aku nak datang beraya kat umah.
dalam tengahari baru gerak.

destinasi pertama adalah tanah perkuburan..
melawat kubur arwah mak yang dan arwah atuk serta nenek
terus ke kebun mini tanah pusaka mak
dah 4 tahun dah kalau lepas ke kubur mesti ke kebun mini mak.
saja melawat2..

destinasi seterusnya ke rumah Pak Uda & Mak Uda
mereka jamu kami laksa & pecal, air kelapa ais krim soda..
terbaik lah layanan..
sampai kenyang la kami tibai hahaha


sebelum balik sempat bergambar dgn mereka 
di depan rumah pusaka arwah atuk dan opah

lepastu ke rumah Pak Andak & Mak Andak
xjauh dari rumah Pak Uda dalam satu kampung jer
sampai rumah mereka kami layan makan kuih & kacang-kacang jer
sebab da kenyang

terus ke rumah Pak Ngah & Mak Ngah muda
sambil melawat mereka berdua yang tgh xberapa sihat
lama juga kat situ.
dila adik aku pon dtg dari rumah mertua dia di Taiping
dan terus balik raya di Kuala Selangor

meneruskan berkunjung ke rumah Mak Ngah tua pula.. 
xjauh pon taman sebelah jer
dah nak masuk magrib
terus tibai makan lagi.. punya la byk mkn time raya nie
ke rumah Kak Eha pula kat taman yang sama
kali nie mmg surrender 
minum air jer
badan pon da rasa penat sgt

cukup la berjalan di raya pertama nie..
bersedia utk bergerak balik 
dlm kereta aku tidur xsedar
al-maklum la naik kereta baru husband aku..
sian dia drive sorang2 sambil layan cerita Smallville
 dan alhamdulillah selamat sampai semuanya


selamat hari raya 
maaf zahir & batin dari kami sekeluarga

No comments:

Post a Comment