:: Selamat Hari Lahir Ayah & Farisha ::

Genap umur ayah aku 59 tahun pada 13 Oktober aritu
dan Farisha 4 tahun..
kebetulan hari jadi ayah dan farisha sama..
harijadi ayah sama ngan cucu sulong ayah..

aku & ayah..

taktik nak buat suprise xmenjadi...gagal!!!!

kek ayah, farisha & sofea.

time to tiup!!!

happy birthday farisha..


kebetulan hari jadi ayah kali nie jatuh pada hari sabtu..
so lepas balik kerja hari jumaat siap2 balik KS..
aku dah suruh adik aku belikan kek siap2 kat KS..
Farisha & Sofea xsambut birthday sekali sebab pia kat KL
manakala pica pula kat sabah..

semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik, 
terus menjadi ayah yang terbaik buat kami,
diberkati dan diperbanyakkan rezeki..
amin...

farisha pula semoga menjadi anak yang terbaik..
rajin2 belajar..
mak lang dah belikan hadiah utk pica..
balik dari sabah nnti mak lang bagi yer!!!

:: LPPKN - UPT ::

haa...kali nie nak cerita pasal temujanji dgn Dr H 
di sebabkan cik P da delay dekat 8 hari..
mmg dekat dlm kad rawatan dah tertulis
sekiranya cik P xdtg sehingga 8/10/2012 kena la ke LPPKN

seperti biasa la..mlm tu kami suami isteri tumpang tidur
dekat DUID memandangkan petang ahad aku ke PWTC
untuk hadir ke ceramah DR Zakir Naik
aku da terbayang mesti balik lewat xkan 
nak patah balik ke Seri Kembangan..
so ambil keputusan ke DUID yang 5 min dr PWTC..
thanx a lot to my MIL
sebab dasiapkan tempat tido..hehehe

aku org no 3 kot..

pagi tu sebelum pukul 8 pagi aku da sampai 
di LPPKN dan siap2 ambil nombor dan daftar..
xlama lepas tu dlm stgh jam gitu nurse panggil suruh 
dan tanya bila tarikh akhir cik P dtg..
bab nie la yang aku slalu pening..
boleh pula aku tersalah bagi tarikh..
patutnya 29/8/2012 aku tercakat 29/9/2012
nurse tu gelak jer dgr tarikh aku bagi..
cepat2 dia tegur aku..
dia kata kalau salah tarikh takut nanti dia 
tersalah letak tarikh due nanti..
aku pon tersengeh2 betulkan tarikh..
saja jer nurse tu tanya padahal aku tgk 
kat fail da tercatat tarikh tu..hehe

kemudian aku disuruh ke toilet utk tadah..
tadah apa??
tadah air kencing la dik...
 masuk dlm botol utk buat upt..
senang jer tu sbb time skarang nie aku 
senang dan kerap buang air..
kalau dulu sehari 2 kali jer..
tapi sekarang sehari mau dekat 10 kali ada..
nak2 plak tgh malam..

selesai aku hantar sampel tu ke makmal belakang dan 
disuruh tunggu sehingga nama dipanggil..
bab nie lama betul aku tunggu..
tapi sabar jer la..

bila nama dipanggil nurse soh 
aku & husband masuk ke bilik Dr H.
nurse & Dr H senyum dan ucapkan tahniah kat aku..
Dr kata iui aku berjaya..
mana tidaknya sperm yang dimasukkan ke rahim aku
adalah sperm yang dipilih betul2 yg berkualiti 
iaitu sebanyak 30 juta dgn telur aku 5 biji..
Dr suruh aku teruskan makan duphaston & folic asic..
2 minggu lagi dtg utk scan..
bagi nak pastikan heartbeat baby dan 
sama ada kantung ada satu 
atau lebih sebab kalau buat iui
peratus nak dpt kembar tu tinggi..
kerana telur aku ada 5 biji time tu..
Dr H tanya aku: "suka kembar x?"
aku & husband senyum jer..
Dr H kata kalau blh dia xnak aku dpt kembar..
tp pada aku kalau da rezeki terima jer dgn rasa syukur...
Dr H nasihatkan aku supaya jgn buat kerja2 berat
dan banyakkan berehat..berjalan byk pon kalau blh kurangkan..


sweet baby...

peratus dpt kembar melalui iui adalah tinggi...

next appointment: ultrasound 

Duphaston & asic folic

selesai ambil ubat aku kena dgr penerangan 
skit oleh nurse tentang cara-cara makan ubat..
dan sedikit nasihat2 berguna utk aku..
kihkih..rahsia tau apa yang nurse tu pesan...

time sleep

selesai pada pukul 10.45 terus aku bergegas balik..
datang balik LPPKN pada 22.10.2012 nanti..
jumpa lagi nanti...


:: Rendang Tumis Warisan Ibu ::


jom kita belajar buat rendang..
sebenarnya dah lama nak keluarkan entry pasal rendang nie..
da taip dah sikit2..
nie baru lengkap...
alkisahnya bila time open house aritu la..
kak ipar aku aka Kak Tin nak buat
open house..
dia suruh aku masakkan rendang
sbb dia ada termakan makan rendang nie
time open house kat rumah aku..

Bahan-Bahannya: 

1. Belacan
2. Bawang merah
3. Bawang besar
4. Bawang putih
*semua bahan-bahan di atas dikisar


5. Lengkuas (dikisar)
6. Halia (dikisar)
7. Serai (dipotong halus & dikisar)
8. Buah keras ( ditumbuk lumat)

9. Daun kunyit (dihiris halus)
10. Cili kering (dikisar)
11. Ayam (digoreng 1/3 masak utk elakkan ayam hancur)
12. Santan pekat

Cara-caranya:

mula-mula kita kisarkan cili kering yang sudah 
direbus & dibuang bijinya..
apabila cili sudah hancur kisarkan sekali bawang-bawang,
belacan, halia dan lengkuas..
asingkan dan kisarkan serai..
tumbukkan buah keras hingga halus..

panaskan minyak di dalam kuali sehinggga
betul-betul panas minyaknya

tumiskan bahan-bahan kisar tadi 
(cili, bawang-bawang, belacan, halia & lengkuas)

masukkan serai yang telah dikisar tadi..

tambahkan cili jika kurang pedas
(ikut citarasa masing-masing samaada mahukan pedas atau tidak)

tumis sehingga bahan-bahan tadi betul-betul garing..

apabila sudah garing masukkan serbuk buah keras..
gaulkan sebati..

masukkan ayam 1/3 masak tadi..
gaulkan sebati..

hahaha...kena tukarkan kuali sbb kuali tu xmuat..
aku gunakan 2 ekor ayam..
masukkan santan pekat dan gaul sebati..

masukkan daun kunyit hiris & biarkan sehingga mendidih
dan sedikit kering kuahnya mengikut citarasa samaada 
hendak berkuah atau kering..
kemudian bolehlah dihidang...
nak masaknya sgt mudah cuma nak siapkan bahan2 
mengambil masa..

selamat mencuba!!!

:: Klinik Mesra ::

nak citer skit pasal entry aritu..
dah lama dah..
badan aku rasa xsedap jer..
kejap sejuk kejap panas tp xde la demam teruk pon..
aku pon ambil keputusan utk pergi klinik..
nak check betul2 samaada aku pregnant ke x..
kalau ikutkan upt dah +ve..
tp risau la kadang upt nie tersalah gak..

berapa byk upt aku dah guna..haha

aku register kul 11.00am lbh kalau xsilap..
sampai la pukul 1.20pm baru la nama aku dipanggil..
lama giler aku menunggu..
nasib baik Siti temankan time tu..

aku masuk.
Siti pon masuk...
jumpa dgn Dr Rohaya..
mak ai lembut betul Dr Rohaya nie bercakap..
sembang punya sembang..
last2 Dr tu suruh aku ambil darah..
lagi accurate keputusannya nanti..
tp keputusannya xdpt terus..
keluar malam nie atau esok harinya..
xper sabar jer la menanti..
aku cuma dibekalkan dgn ubat folic asic jer..

Folic asic..

tunggu punya tunggu malam tu senyap jer..
xde pon pihak klinik call
keesokkan harinya pun aku tunggu lagi..
xjuga dpt keputusannya..
aku pon call klinik tanya..
jawapannya keputusan darah kliniik xterima lagi.
ok fine..
ptg aku call balik..
jawapannya keputusan baru jer sampai,xblh bgtau lagi
sbb kena tunjuk dgn Dr Rohaya dulu..
ok fine....

aku pon mula malas nk call lagi..
diam jer la..
tup tup lps magrib dpt panggilan dr klinik...
Dr Rohaya mengesahkan yang aku dah +ve..
Alhamdulillah syukur sgt2..
hehehe senyum lebar jer aku..

husband aku la yang paling gembira..
sebelum tu pon dia mmg da syak yang aku pregnant
sbb dia dan aku mula demam,
husband aku muntah2 dan satu malam tu dia ngidam..
tau x dia nak apa????
nak makan buah manis mcm tembikai dan pear manis
 malam2 buta pukul 2 pagi..
Ya Allah mana aku nak cari..
yang ada kat rumah tu cuma buah limau, delima & plum..
selalu itu la buah kegemaran dia buah plum..
dia xnak plak..
aku masakkan dia bubur jer tgh2 malam buta tu..
bubur tu pulak dia minta yang kosong jer xnak letak paper
bau-bauan pon dia xnak hidu..

aku pon mula terpikir..
aku ker husband yang mengandung..
hahaha..
mak mertua aku kata tu mungkin pembawakan budak.
kelakar betul rasanya..
hehehe..

8 oktober 2012 kena ke LPPKN pula sbb period da delay..
Dr H akan check semula..
semoga baby dlm kandungan ini selamat 
sehingga dilahirkan..
amin..



:: Happy Birthday Yusof & Sofea ::

Harinie genap umur Sofea 2 tahun pada 3 Oktober 2012..
Yusof pula masuk ke umur 3 tahun pada 2 September 2012 haritu..

nie Yusof dengan keknya..

Happy Birthday Yusof ke 3 tahun

 
Sofea dengan keknya..


Happy Birthday Sofea ke 2 tahun

Mak Lang doakan semoga korang berdua menjadi anak yang baik yer..
jgn nakal2 yer sayang..
dgr kata2 mama & ayah..
hehehe...

:: Kelahiran Baru 2012 : Muhammad Idris Fitri ::

 Tahniah buat abg aku Hafiz & Kak Chik 
atas kelahiran anak ke-3 nie pada 28.09.2012..
Boy so ada la teman abgnya Yusof main nanti..
yang sulung Muhammad Yusof Haikal dah 3 tahun umurnya..
kedua Nur Irdina Sofea dah 2 tahun..
kali nie Muhammad Idris Fitri berat 4 kg tau...
awww..berat tu...

nie merupakan cucu ke- 9 mak dan ayah aku..
dan merupakan cucu lelaki ke-4 mak & ayah...


cutenya baby..

Yusof & Sofea

Mak lang doakan semoga yusof, sofea & idris
menjadi anak yang soleh & solehah yer..
Mak Lang syg korang sumer!!!

lepas nie kita tgk pula turn sapa yer..
hehehe...


tunggu!!!

:: 3 Minggu ::

Apa yang 3 minggu?????
hey!! da 3 minggu la.. diam-diam jer kan...
sapa kata diam-diam agak berkurun tau aku tunggu 3 minggu nie berlalu..
dan akhirnya..

hehehe...aku da tau apa keputusannya..
cuma paper pon tunggu keputusan rasmi dari doktor..
harap berita gembira yang aku terima...
hehehe..
bye!!!