:: Tanda-tanda Awal Anda Hamil ::


1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

* Sya mengalami tanda ini tp hanya diawal kehamilan..bila umur kandungan masuk 10 minggu perut rasa lapar jer tp mulut xselesa nak menjamah makanan kerana tekak loya dan muntah...

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

* Sya juga mengalami perubahan ini..mmg warna yang amat berbeza dari sebelumnya..

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
* Sya mengalami tanda ini diawal kehamilan..slps usia kandungan 10 minggu hingga sekarang 12 minggu kekerapan membuang air kecil kembali berkurangan..
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

* Tanda ini memang nampak ketara pada diri sya sejak tahu yg sya hamil..sehingga saat ini badan masih lagi lemah dan sering berasa letih.dulu sya seorang yg kerap berjalan tp kini lebih suka memerap dirumah.. tp mungkin tanda ini hanya diperingkat awal sahaja..

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

* Tanda ini terjadi di awal kehamilan sahaja..

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
* Ya..Sya mengalami senak di ari-ari di awal kehamilan dan pada sekitar masa sepatutnya dtg haid hari pertama tetapi Sya tidak mengalami sebarang pendarahan.. 

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.

* Betul..Sya mengalami tanda ini apabila usia kandungan 8 minggu sehinggalah sekarang berusia 12 minggu masih lagi rasa loya dan muntah..

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

* Sya juga mengalami tanda ini tp hanya diawal kehamilan..

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

* ini tanda yang sudah pasti..
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

* Sya telah buat sebanyak 6 kali ujian.. 2 tanda negatif, 1 samar-samar dan 3 lagi positif..
Tahniah!

:: MFEST 2012- Awana Genting 11 Nov 2012 ::

hye!! 
kali nie nak tulis entry pasal MFest aritu..
asalnya mmg aku nak join konvoi nie.
dah bayar dah pendaftaran rm45 (free t-shirt) / person
tetiba rasa xlarat pula nak pergi sbb hari sabtu tu 
dah g shopping kat ikea..
satu gedung ikea aku jalan..
mmg letih la tambah2 tgh2 awal2 pregnant nie..

husband aku beria-ia pujuk juga supaya aku dpt temankan dia..
sanggup dia kejutkan aku pagi2 tu suruh ikut juga..
mak aiii...sgt malas ketika itu..
tp sbb kan kesian plak tgk husband aku
ikut lah jugak..

bergerak dr rumah pukul 6.00 pagi ok..
6.00 pagi kalau lps solat subuh tido balik hari2 
minggu mmg sedap..hehehe..
dari rumah aku ada 2 buah kereta..
konvoi ke Puchong tambah lagi satu kereta..
terus ke RV point ..

berkumpul di BHP petrol station..

taklimat konvoi oleh marshall

kereta kami yg xberapa M sgt..hehe

bersedia bergerak naik..

sesampai jer kat atas actually aku da lembik.
mana xnya sumer mknan dah kuar balik..
biasa la tgh mabuk2 baby.
tp still gak nk bergambar..

nak jugak ada muka aku..kihkih..

cuaca sejuk dan hujan renyai..

sudah sangat penat ok..sambil layan mabuk..

mcm2 game organiser buat..
husband aku xnak masuk apa2 game katanya keretanya xpower..
aku pujuk punya pujuk suruh main satu game pon jadi la..
dan akhirnya terhasut juga dia..
dia masuk game "bull's eye"
game nie nak menguji breaking skill la..
diorunk buat satu line dan korang bawak
kereta dan break dekat dgn line tu..
sapa yang paling hampir di kira pemenang..
hati aku kuat sgt mengatakan husband aku menang..
sbb dia break betul2 tepat kat line tu..
time penyampaian hadiah no kereta bertuah kami
dipanggil menandakan husband aku menang game tu..
hehehe..tahniah!!!

senyum jer jadi pemenang..

kenapa nie?

wah2 bergambar dgn bunga yg cute..

time nk turun & balik aku terdetik nk singgah
strawberry farm jap sbb teringin sgt
nak mkn fresh strawberry yang baru dipetik..

kusyuk petik strawberry..

sebiji, dua biji, tiga biji...

konon2 mcm byk sgt jer..hahha

ini jer hasilnya..

haha..hasilnya ada la dlm 12 biji..
sbb dah byk kena petik ngan pelancong..
line lain dia xbukak pula..
malas nk buang masa aku ambil jer apa yang ada..
cukup sekadar merasa..
hahaha...
jumpa lagi di MFest tahun depan yer..

:: Scan ::


Berdebar-debarnya rasa hati bila kena pergi LPPKN utk scan..
apa yang bermain difikiran aku kembar ker tak erk..
kalau xkembar xper la..kalau kembar alhamdulillah...
redha jela..

kali nie sampai agak lewat skit sbb dari Kuala Selangor aku gerak..
kuar awal tp dari jalan duta jem nya bukan main lagi..
x KL la kalau x jem..kan..kan..


lama juga menunggu..sbb ramai yang nk scan harinie..
sumer muka happy jer..
sorang-sorang keluar dari bilik scan sambil tersenyum...
tiba giliran aku..
nurse tu bgtau yg patient scan sebelum aku dpt kembar tiga..
wah!!!!! terkejut aku...
nurse tu menakut-nakutkan aku..
katanya kali nie scan aku dpt kembar empat..
apa lagi takut la aku...
scan-scan tgk2 janin aku ada satu jer..
alhamdulillah..janin pon sihat...
tp time tu baru 7 minggu janin baru 1 cm..
Dr H panggil husband aku..
aku nmpak betapa gembiranya riak wajah suami aku..
bila nmpak janin dlm rahim aku..
syukur alhamdulillah Ya Allah..

janin di rahimku..

janin baru 1 cm..

Dr H bg penerangan sikit pada aku dan suami..
next appointment ialah pada 20 Nov 2012 pula..
scan lagi...

next appointment..

time slip..