~ Info Penyakit Kencing Kotor ~

Pengenalan
Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  1. Kekurangan air dalam badan
  2. Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  3. Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  4. Pesakit kencing manis (diabetes)
  5. Mengandung
  6. Pengambilan sesetengah ubatan
  7. Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  8. Batu karang dalam saluran kencing
  9. Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.
Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.



Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.


Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkakprostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.


Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
  1. Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  2. Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  3. Air kencing nampak kotor,
  4. Kadang-kadang air kencing berdarah,
  5. Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  6. Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.


Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).



Rawatan
Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.


Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

~ Cerita Disebalik MC Ku ~

al-kisah.. pabila aku da dekat seminggu sakit2 pinggang, xlawas nk buang air kecil..sampaikan xlarat nk jalan.. naik heran juga..pikir..  knapa ek.. aku syak aku kena kencing kotor..dulu penah gak jadi tp xlah sampai sakit pinggang dan xlarat nak jln..apa lagi berbotol2 air barli aku minum..takut punya pasal..tp xjuga ok.. sampai satu tahap aku rasa mcm demam.. utk pengesahan aku tanya suami aku..

aku :  ayg... syg rasa sejuk la..tp knapa ayg xsejuk pon.. siap buka aircond lg..

apis :  ntah org xsejuk pon.. sejuk sgt ker?? (sambil bgn dan pegi ambil selimut..)

aku : yela sejuk la.. tutup aircond plez.. (sambil tarik tgn suami aku dan letak kat dahi aku..konon2 soh dia rasa la samaada aku demam ker x hehehe)

apis : eh mmg panas la..esok xpayah kerja jer la.. esok g klinik.. ( la... ingat dia nak bawak & temankan aku..huuu )

aku : ok :(


esoknya lepas jer punch in terus la g Pusat Kesihatan Universiti.. tunggu punya tunggu..lama la juga.. sampai jer no giliran aku terus masuk.. Doktor tu tanya sakit apa.. aku pon bgtau la yang aku...
1. xlawas bila buang air kecil
2. sakit pinggang (xlarat jalan jauh & laju)
3. sakit bila nk buang air kecil
4. demam (sakit kepala, batuk & sakit tekak..)
5. air kencing keruh

pastu doktor tu terus check temperature dgn masukkan satu alat dlm mulut.. suhu aku 38.9 oC..  boleh dikira tinggi la juga.. terus aku kena g ambil sampel darah & ujian air kencing..
paling aku takut nk ambil sampel darah tu..eeeee ngeri la.. tp disebabkan tgh sakit relakan la..nasib baik nurse tu lembut jer..thanx nurse..


nie lepas kena ambil darah.. nasib baik xlebam tgn aku.. lps tu tunggu keputusan lain lak.. selepas dpt keputusan sah la aku kena PENYAKIT KENCING KOTOR dan doktor kata tahap yang boleh dikira teruk juga la.. doktor suruh aku rehat dulu dan dpt la mc 2 hari.. kat rumah boleh la baring2 sikit.. senang sikit kalau asyik nk ke tandas jer..hehehe.. tp yg pasti byk ubat yg kena aku makan... jom tgk ubat apa...



nie adalah serbuk utk melawaskan kencing dan mencuci air kencing..rasanya seperti 100 plus cuma tawar habiur.. kena juga minum walaupon xsedap.. sehari 3 x...


 nie antibiotik yg memang kena habiskan.. nak xnak kena habiskan jugak k.. aku pasti aku boleh habiskan sbb aku xtahan wei kena sakit nie...


dan panadol sebab aku demam juga.. lepas jer dpt ubat aku pon lega dan terus gerak ke office dan balik berehat di rumahku.. dan al-hamdulillah aku da semakin sihat dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi..lps nie nk minum air masak byk2..hehehe

~ Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk ~



Percaya ataupun tidak banyak dikalangan orang ketika ini menggunakan tandas, terpaksa naik dan mencangkung di atas mangkuk tandas untuk menghindari dari duduk di mangkuk tandas awam yang kadang kalanya untuk mengelak dari kekotoran.

Bagaimanapun tindakan ini akan mengakibatkan kita berada pada posisi yang sangat berbahaya. Mencangkung pada saat menggunakan tandas mangkuk duduk sangat dilarang, kerana bahannya terbuat dari seramik / porselein, tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu masa.

Lihat gambar, ini adalah peristiwa yang benar-benar terjadi, dimana mangkuk tandas duduk terbelah dan pecah ketika seorang gadis duduk mencangkung saat menggunakannya.

-> kongsikan info ini kepada rakan-rakan yang lain dan anjurkan untuk memasang poster bahaya di toilet, yang dapat mencegah terjadinya kemalangan tersebut. Hati-hati yer rakan-rakan semua..

~ Malang Tidak Berbau ~

Tengahari tadi bercadang nak pergi ke KL ambil stok kain cotton..
tp berat hati nak pegi sensorang..hehehe..xtau la knapa..
Jadi aku pon ajak la Hajar temankan..
Perjalanan berjalan lancar..sambil sembang2 ngan Hajar dgn kelajuan 120 km/jam..
tetiba bungi "gedeguk.."
a'ah....
.
.
.
.
.
.
.
aku terlanggar tadi..aku pon xtau tali apa..
rasanya tadi pengikat lori..yg ada besi tue..
tetiba rasa tayar aku mcm xbest jer..
pancit kot..
terus aku berhentikan kereta..
suruh Hajar tgkkan..
hahhhh!!! 
mmg pancit.. aduh..terus aku jd blur.. nak kol husband aku susah plak sbb haset dia rosak..terus call Siti  dan suruh Siti carikan nombor telifon office husband aku..
aduh!!! xde kat office plak..
nasib baik ada seorang pak cik..eh pak cik ker?? alah kira pak cik la tue.. dia yg tolong betulkan dan tukar kan tayar ganti..hehehe..
nie dia pak cik tue...


aku hulur dia upah sbb tolong aku tp dia xnak..baik hati sungguh..hehehe..
anyway thanx a lot yer..
satu dlm seribu org yg macam nie..
aku pon teruskan perjalanan ke KL..
tp kejap jer sbb............
ada lg masalah timbul...
tingkap kereta Hajar xtutup masa dia parking kat office aku, da la hujan lebat..hati dia da mula gelisah jer aku tgk..terus jer aku balik sbb nk kejarkan masa..
so aku lupakan utk hantar tayar ke bengkel dan nak tukarkan tudung Siti..
sampai office jer terus tgk kereta dia..selamat xbasah teruk..
itu la kisah malang hari ini..
semuanya ada hikmah disebalik kajadian ini..
jom balik..wassalam..

~ 11.11.11 ~

Cantik sungguh tarikh hari nie kan..
 11.11.11
 tambahan pila hari nie adalah penghulu segala hari..
JUMAAT

hehehe.. tp bg aku biasa jer kot...
ramai yang nikah, tunang, daftar company, bersalin pada tarikh nie kan..kann..
tp aku dah nikah, dah tunang, dah daftar company cuma xbersalin lg la..hahaha..
tp...
aku rasa mcm nk plan sesuatu hari nie..hehehe..
ok STOP....
hehehehe..

~ Ini Yang Pertama ~

Salam..
Jam menunjukkan pukul 8.50 pm..adui aku bosan giler time nie 
memandangkan suami aku xde kat rumah.. so aku ambil kesempatan 
mencorat-coret buat pertama kalinya kat blog aku nie yang mana blog nie da lama aku buat
 cuma malas jer nak layan..

hahaha...
nak tgk tv da bosan..nk layan facebook lg la bosan..
penat berpindah rumah pon xhilang so lbh baik dok kat rumah jer dr pergi berjln-jln..
suami aku jer yg xreti penat. Sibuk gak nak pegi jamming..
lantak la dia..layankan jer la..
Bosan nak dgr dia nk g jamming jer..

nie gambar aku time tgh dok edit2 background blog aku nie..
disebabkan time nie aku pakai baju bertemakan pink hijau
so aku pon buat la background blog aku pink hijau..
lg pon aku mmg suka sgt gabungan warna nie..cantik kan..kan..




erm..sukanya pink hijau...sgt menaikkan mood aku..hehehe..
gambar nie ambil kat office time lunch hour disebabkan xjadi nak pergi Putrajaya kan..kan..
tp xper hari Isnin nanti boleh pergi kan..
aku pakai inner 3 colour ngan syria peberet aku la apa lagi..
hehehehe..
baju tu plak aku beli kat carboot sale UPM.
Baju baru la konon kan..Blog baru baju pon mesti mau baru kan..
Ok la..nk layan citer Stanza Cinta jap...cerita yg sadis menusuk jiwa..
jiwang plak citer nie dan yang penting msg yg nak disampaikan..
ok bye!!!!