Showing posts with label Diet dan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Diet dan Kesihatan. Show all posts

:: Oh No!!!!!!! ::




29/10/2012 - 64.1 kg
20/11/2012 - 63.7 kg
27/11/2012 - 62.5 kg
21/12/2012 - 62.2 kg
26/12/2012 - 63.7 kg
14/01/2013 - 63.9 kg
18/01/2013 - 64.2 kg
31/01/2013 - 67.9 kg

:: Delima oh Delima ::

 Ini la buah yang aku makan dua tiga menjak nie..
susah juga nk cari buah nie..tp sejak akhir2 nie ada plak jual kat pasar malam 2 biji  Rm 5..
sekali beli 4 biji terus..
tiap2 kali g pasar malam mmg kena beli..

buah delima yang penuh dgn khasiat

dulu kecil2 ayah rajin belikan buah nie bagi anak2nya makan..
dari kecil ayah ada ckp yang buah nie berkhasiat
aku start mkn pn sejak nak buat iui nie..
untuk meningkatkan kesuburan..ececeh..
sebelum tu aku minum pati delima gulsan jer..
dah habis la 4 botol juga.

pati delima gulsan 1sudu pagi 1 sudu malam.

tak berapa merah tapi manis dan lemak rasanya

dah siap kupas..ehehe

boleh terus dimasuk ke dalam mulut..yeay!!!!


Di dalam al Quran,

firman Allah SWT yang bermaksud, "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." (Surah al-Rahman ayat 68)


Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?


Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

-Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • -Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • -Membantu penghadaman
  • -Membuang lemak-lemak berlebihan
  • -Menambah tenaga
  • -Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • -Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • -Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • -Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • -Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • -Antioksida tinggi & Mencantikan kulit
  • -Mencegah penyakit barah
  • -Mencegah penyakit jantung

haaaa...bykkkan khasiat delima nie..
tunggu apa lagi
carilah buah delima atau pati delima yer..
bye..






:: Boleh ker?? ::

apa yang boleh ker??
boleh ker kurus balik..
sapa kata xboleh??
erm..

berita gembira aku dapat selepas 11 hari berpuasa.
berat sebelum puasa lain.
tapi lepas puasa 11 hari berat semakin turun.
al-hamdulillah..xbanyak pon turun tapi turun la juga..


gambar atas nie adalah sebelum puasa yer..
selepas puasa 4 hari berat turun kepada 

64.50 kg..

xpercaya ker???
percaya la..time nie xboleh nak snap picture
sebab xbawak handset g ker PKU ( pusat kesihatan universiti )
lepas tu tadi pergi lagi ke PKU
timbang lagi
nak tau berapa??

63.50 kg

ha...turun kan..
tinggal lagi 5.5 kg jer lagi nak turunkan
rasa2 boleh x??
mesti la boleh kan..
teruskan usaha sya...

wah!!! nak mcm dalam gambar tu..
kurus semula seperti dulu baru la rasa badan ringan
hehehe


dan yang penting
xtakut-takut lagi bila nak naik atas penimbang..
kita pun jadi yakin..








:: Adakah aku kena gastrik ::

Sakit perut aku lain macam..sakit dia mcm kena keracunan tp rasanya aku xmungkin keracunan.. perut kembung..angin..dan cirit-birit..aku xpasti sakit apa tp aku penah kena sakit nie time bln puasa tahun 2009 menyebabkan aku tidak boleh berpuasa hanpir setengan bulan.. sakit misteri.. mcm2 ubat doktor bg dekat hampir 8 jenis yg aku kena telan.. harap ia tidak berulang..


:: Berat Badan Meningkat ::

Yewww.. rasa badan aku da berat.. sudah pasti berat badan juga naik kan..kan.. 
berat yg paling ideal bg aku adalah 55 kg.. aku telah mencapai berat itu tp bila lps spm aku keje part time kat McD terus berat aku naik sampai 68 kg.. eeeeeeeeeeeeeee...sgt gemuk..sampaikan aku balik kg mak xkenal anaknya ini..sob..sob.. sgt sedih..
aku berusaha utk kurus semula..dan aku ambil keputusan utk berenti kerja dan sambung blajar..aku ambil diploma kat MKM..
dgn berkat usaha aku dan nasihat ayah serta pemakanan yg teratur (sumer atas nasihat ayah ngan mak) akhirnya aku dpt kuruskan badan..
dulu aku penah kurang berat badan bila berat badan aku hanya 52 kg..berat itu xsesuai ngan ketinggian aku yg 163 cm.. nak tau mcmmana aku blh kurus.. 

1. Teh Orang Kampung - mmg boleh kurus sbb minuman ini buatkan kita cirit birit.. tp xelok sbnarnya.. sampai aku jd seorang yg mudah & senang pengsan2 xkira dimana pon aku berada..wlpun berada di tepi jln raya..pendekkan crita aku xblh berdiri lama2..

2. Senaman - disebabkan mmg nekad nak kurus..aku jogging setempat dlm rumah selama 30-60 min setiap pg dan ptg.. bila tiba bulan ramadhan pula aku jogging hanya waktu ptg sahaja.. lps jogging blh terus berbuka..hehehe..

3. Kawal Pemakanan - yang nie paling susah nk kawal sbb aku jenis yg suka mkn.. tp kena disiplinkan diri.. setiap apa yg aku mkn dan beli aku akan check dulu kandungan kalori dan lemak setiap mknan tersebut..leceh kan..

selepas semua perkara diatas aku buat mmg ternyata berjaya bila berat aku turun ke 52 kg.. tp kurus sgt pula..dan aku naikkan kepada 55 kg pula..
lps kawin berat aku naik sikit demi sedikit..dan baru2 nie naik pula secara mendadak ker 64 kg..huaaaa..sgt sedih..nak kurus balik..tp nk ikut 2 saja cara diatas tu da mula MALAS!!! 
mcmana nak kurus kalau mcmtu... 

~ Info Penyakit Kencing Kotor ~

Pengenalan
Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  1. Kekurangan air dalam badan
  2. Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  3. Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  4. Pesakit kencing manis (diabetes)
  5. Mengandung
  6. Pengambilan sesetengah ubatan
  7. Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  8. Batu karang dalam saluran kencing
  9. Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.
Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.



Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.


Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkakprostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.


Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
  1. Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  2. Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  3. Air kencing nampak kotor,
  4. Kadang-kadang air kencing berdarah,
  5. Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  6. Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.


Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).



Rawatan
Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.


Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

~ Cerita Disebalik MC Ku ~

al-kisah.. pabila aku da dekat seminggu sakit2 pinggang, xlawas nk buang air kecil..sampaikan xlarat nk jalan.. naik heran juga..pikir..  knapa ek.. aku syak aku kena kencing kotor..dulu penah gak jadi tp xlah sampai sakit pinggang dan xlarat nak jln..apa lagi berbotol2 air barli aku minum..takut punya pasal..tp xjuga ok.. sampai satu tahap aku rasa mcm demam.. utk pengesahan aku tanya suami aku..

aku :  ayg... syg rasa sejuk la..tp knapa ayg xsejuk pon.. siap buka aircond lg..

apis :  ntah org xsejuk pon.. sejuk sgt ker?? (sambil bgn dan pegi ambil selimut..)

aku : yela sejuk la.. tutup aircond plez.. (sambil tarik tgn suami aku dan letak kat dahi aku..konon2 soh dia rasa la samaada aku demam ker x hehehe)

apis : eh mmg panas la..esok xpayah kerja jer la.. esok g klinik.. ( la... ingat dia nak bawak & temankan aku..huuu )

aku : ok :(


esoknya lepas jer punch in terus la g Pusat Kesihatan Universiti.. tunggu punya tunggu..lama la juga.. sampai jer no giliran aku terus masuk.. Doktor tu tanya sakit apa.. aku pon bgtau la yang aku...
1. xlawas bila buang air kecil
2. sakit pinggang (xlarat jalan jauh & laju)
3. sakit bila nk buang air kecil
4. demam (sakit kepala, batuk & sakit tekak..)
5. air kencing keruh

pastu doktor tu terus check temperature dgn masukkan satu alat dlm mulut.. suhu aku 38.9 oC..  boleh dikira tinggi la juga.. terus aku kena g ambil sampel darah & ujian air kencing..
paling aku takut nk ambil sampel darah tu..eeeee ngeri la.. tp disebabkan tgh sakit relakan la..nasib baik nurse tu lembut jer..thanx nurse..


nie lepas kena ambil darah.. nasib baik xlebam tgn aku.. lps tu tunggu keputusan lain lak.. selepas dpt keputusan sah la aku kena PENYAKIT KENCING KOTOR dan doktor kata tahap yang boleh dikira teruk juga la.. doktor suruh aku rehat dulu dan dpt la mc 2 hari.. kat rumah boleh la baring2 sikit.. senang sikit kalau asyik nk ke tandas jer..hehehe.. tp yg pasti byk ubat yg kena aku makan... jom tgk ubat apa...



nie adalah serbuk utk melawaskan kencing dan mencuci air kencing..rasanya seperti 100 plus cuma tawar habiur.. kena juga minum walaupon xsedap.. sehari 3 x...


 nie antibiotik yg memang kena habiskan.. nak xnak kena habiskan jugak k.. aku pasti aku boleh habiskan sbb aku xtahan wei kena sakit nie...


dan panadol sebab aku demam juga.. lepas jer dpt ubat aku pon lega dan terus gerak ke office dan balik berehat di rumahku.. dan al-hamdulillah aku da semakin sihat dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi..lps nie nk minum air masak byk2..hehehe

~ Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk ~



Percaya ataupun tidak banyak dikalangan orang ketika ini menggunakan tandas, terpaksa naik dan mencangkung di atas mangkuk tandas untuk menghindari dari duduk di mangkuk tandas awam yang kadang kalanya untuk mengelak dari kekotoran.

Bagaimanapun tindakan ini akan mengakibatkan kita berada pada posisi yang sangat berbahaya. Mencangkung pada saat menggunakan tandas mangkuk duduk sangat dilarang, kerana bahannya terbuat dari seramik / porselein, tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu masa.

Lihat gambar, ini adalah peristiwa yang benar-benar terjadi, dimana mangkuk tandas duduk terbelah dan pecah ketika seorang gadis duduk mencangkung saat menggunakannya.

-> kongsikan info ini kepada rakan-rakan yang lain dan anjurkan untuk memasang poster bahaya di toilet, yang dapat mencegah terjadinya kemalangan tersebut. Hati-hati yer rakan-rakan semua..