:: Mengidamkan?? ::

Bukan aku yang mengidam..
aku sekadar teringin..
eh.. xsama ker mengidam dgn teringin???
entah la.. tp yang pasti husband aku yg beria 
sgt nk mkn "Patin Gulai Tempoyak Temerloh"


sampai kat Temerloh pon dah petang.
sempat jumpa kwn my husband yg bernama
Salman skali sbb dia org situ..
mula-mula kami pergi cari ikan patin
mentah nak bawa pulang utk mak dan Farah..
harga sekilo patin mentah RM 14..
murah la tu patin sangkar..
dikhabarkan ada jenis patin yang harganya
mencecah ratusan ringgit..
nasib xjumpa yg itu..hikhik..


seketul patin yg siap dimasak berharga RM 10..
harga adalah standart kot sekitar medan selera 
tepi sungai pahang nie..
besar juga ketulannya..
kami tibai la sorang seketul..


perut dah kenyang semua kan..
aku pon buat pertemuan singkat dan 
xberapa nak dirancang dgn Kak Razni ni..
org Temerloh yg merupakan ahli group ICTRBA..
xpernah jumpa beb..
ini 1st time jumpa..malu-malu..
mcm blind date la plak..kahkahkah..
kebetulan Kak Razni dan Salman 
satu sekolah dulu..so rancak la juga berborak..


sebelum balik Kak Raz bg cupcake comel nie..
huyeeee!!!
thanx Kak Razni..
Lepas tu kami pon bergerak balik ke KL..
sampai rumah pukul 1 pagi..
ngantuk lahai..tp xpe yang penting puas hati..
hehehe...

:: Teknologi ::

wah... betapa canggihnya teknologi sekarang nie yer..
muka xmake up pon blh jd make up hanya di hujung jari anda..
aku gunakan perfect 365 utk merubah wajahku..
erm.. senang la produk2 kecantikan sekarang 
nk promote produk diorunk..
betul x??
konon2 perubahan dalam masa yang singkat pdhal 
gunakan app kat handphone..


so korang jgn tertipu yer dgn produk2 kecantikan 
yang tidak diiktiraf oleh KKM..
merbahaya!!!!
eh kenapa tetiba citer pasal produk kecantikan 
plak nie..hehehe..
ok la..bye..

:: Perkembangan fetus - hamil 35 minggu ::

Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 


Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 



Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. 



Masih belum mendapat nama bayi? Cuba rujuk nama-nama bayi kami untuk mendapatkan idea-idea baru. 



Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan. 



• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 





:: Labour Day..Yeayyy Cuti Lagi!! ::

khas buat semua pekerja xkira dimana 
anda berada..hehehe..


disebabkan hari pekerja tahun nie jatuh 
pada hari yg dianggap xbest sbb 
tgh2 iaitu hari Rabu so aktiviti hari ini adalah 
tido..tido..tido.. huyee!!!

:: Happy Birthday My FIL ::

Selamat Hari Lahir ayah..
semoga bahagia disamping keluarga, diberikan
kesihatan yang baik, dipermudahkan segala 
urusan dan diberikan kesejahteraan di dunitp a
dan akhirat..

tahun nie xdpt la nk bawa ayah g mkn2 
memandangkan ayah berada di Pontian..
kalau ayah kat KL mmg akan belikan 
kek dan hadiah utk ayah..
tahun nie bagi hadiah jer la..
harap ayah sukakannya :)

hadiah buat ayah dari Apis & Sya..