Showing posts with label Family day. Show all posts
Showing posts with label Family day. Show all posts

:: Hari Keluarga Hj Muridan Kali ke-2 :: Langkawi 2013 ::


hye semua..seperti tahun lepas family Hj Muridan akan buat family day merangkap meeting family sekali gus..
destinasi pilihan bg tahun 2013 adalah Langkawi iaitu pada 21-24 Nov 2013


Hari pertama 21 Nov 2013 (Khamis) : Perjalanan
Perjalanan kami adalah menaiki kereta sebanyak 3 biji kereta..selebihnya 8 org lagi naik flight..pada mulanya aku pon nak naik flight sebab rasa lagi mudah dan cepat berbanding naik kereta yg mengambil masa lbh kurang 7-8 jam utk sampai ke jeti Kuala Kedah. Memandangkan nanti tiada siapa yang nk uruskan hal-hal penting disana melainkan suamiku jadi suamiku decide naik jer kereta..boring juga lama benor kat dlm kereta kan..

Syafiq pon naik pening kihkihkih..


ayah + ibu = syafiq 


Kami sampai dijeti Kuala Kedah lebih kurang pukul 6.30 ptg..cadangan asal nak naik dari jeti Kuala Perlis tapi mcm xsempat jer so terus ke Kuala Kedah.. selesai beli tiket dlm 15-20 min kami pon naik feri..sampai kat jeti Kuah van yang kami dah booking dtg bawa kami ker homestay xpasti kat mana tempatnya tapi lokasinya diantara Kuah dengan lapangan terbang.. malam xde aktiviti yang dijalankan sebab semua kepenatan. so berehat jela..yang naik flight pon sampai lebih kurang sama jer ngan kami..

Hari kedua 22 Nov 2013 (Jumaat) : Meeting & Shopping
Pagi nie selepas sarapan pagi maka meeting pon dijalankan..xpayah ler citer apa isi meeting nya yer..kang terus kena buat minit mesyuarat la plak kan..kan..meeting berakhir jam 12.30 tghari..memandangkan hari tu hari Jumaat so taklimat tentang wasiat dan tentang pengurusan kewangan ditangguhkan..para-para suami pergi solat jumaat maka yg para-para isteri siapkan makanan..bukan masak pon..beli jer..kata bercuti kan..so memasak pon kena cuti ler kan..hahahaha..

mengacara majlis sambil pegang anak ko..

petangnya selepas solat jumaat kami pon pergi bershopping kat pekan Kuah sampai pukul 12 tghmalam baru balik..xde benda lain nak beli kat langkawi melainkan coklat, pinggan mangkuk, sudu garfu dan kain batik serta pelikat.. jgn tanya berapa ratus duit aku habis.. nak tau cer korang spare bawak 2k dan tgk berapa yang korang akan gunakan.. hahaha mcm2 nak dibelinya sampaikan beg pon kena beli jugak.. knapa?? paham2 sendiri yer..dah penat mlm tu tido pengsan xsedar :P

Hari ketiga 23 Nov 2013 (Sabtu) : Taklimat, Cable Car & Shopping
Taklimat wasiat oleh Muhamad biras aku dan taklimat pengurusan kewangan oleh suami aku sendiri.. tu lau pengurusan kewangan aku xbagus xtau la gak kan.. selesai taklimat terus bersiap nak ker cable car..org bukan main ramai lagi mana taknya cuti sekolah..dats y la aku xsuka berjalan time cuti sekolah..

menunggu turn nak naik cable car

sampai di top station panorama Langkawi..

lepas tu family aku ngan family kak tin sambung shopping lagi kat pekan Kuah..xreti2 penat gamaknya..balik dah tengah malam baru terasa ngantuknya..sebelum balik tu sempat g beli tiket untuk island hopping keesokan harinya..

Hari keempat 24 Nov 2013 (Ahad) : Island Hopping, Shopping & balik
Pagi ni sibuk kemas barang sbb harinie da kena serah kunci rumah..so kami kemas2 dan sewa satu lg rumah kat area jeti nk ke tg rhu kononnya sampai ptg ni jer memandangkan time kami nak island hopping xtau nak letak barang kat mana sbb petang terus nak balik KL..

Rasyid time ni baru 3 bulan.. ikut juga ummi kan..

syafiq takut angin kuat..

meh bergambor ngan ibu plak..

hidupan di paya bakau..

perasan tak bukit tu menyerupai seekor kingkong..

helang mencari makanan..

syafiq bersama kak zetty dan mama..

di gua kelawar..

ralit main air yer syafiq..

alolo..comeinya...

abg ijat try bagi ikan pari makan..

sun burn muka syafiq kan..kan..

dekat pukul 4 juga sampai ke homestay.. semua berebut nak mandi..mana tak nya melekit satu badan kena air masin.. aku bersiap kemas2 barang kononnya semua balik petang tu juga..last minute husband aku kata xjadi balik ptg tu..sebab xlarat so balik esok pagi.. cuak aku sebab esok aku kerja..xleh cuti sbb ada pameran.. kelam kabut la bersiap utk ke airport cari tiket flight..kalau ada blh balik saing family Kak Tin skali.. pergi la ke airport nak tau berapa harga tiket nak balik ke KL.. aku dgn syafiq kena rm450.. huaaaa rasa nak menangis..nak xnak kena gak beli.. kalau shopping coklat tu da berbeg2 dah tu.. redha jela.. terus ke kuah semula utk last shopping..aku beli beg tarik jer satu..senang nak bawa..beli lagi coklat korek2 duit baki dlm dompet..balik homestay amik beg terus ke airport.. sbb kena ada kul 9 kat sana..bye2 langkawi jumpa lagi lain kali..

coklat Langkawi..

paberet ni ooo...

selamat menjamu coklat dan selamat menggemukkan badan hahahah
ok bye..

:: Hari Keluarga Hj Muridan :: Genting Highlands ::

Julung-julung kalinya family day kali nie 
hanya utk family Hj Muridan..
selalu yang aku g tu family day Hj Rahmat..
so ramai ler sumer sedara-mara..
tarikh ditetapkan 15-16 Disember 2012
bertempat di Genting Highlands..
tahun depan dgr ceritanya buat di Sarawak pula..

pagi-pagi lepas Subuh aku & husband gerak ke DUID..
kira 2 buah kereta dr DUID..
2 buah lagi tunggu di Karak

sampai di pintu masuk..

empat buah kereta berkonvoi..

sampai kat atas ada yang naik cabel car..
so tunggu yang naik cable car..
hujan plak turun..sejuk sesangat-sangat..
lepak2 makan kat kfc..
nak main outdoor game hujan..
nk main indoor game rugi plak..
baik beli tiket indoor outdoor skali kan..
so da dekat pukul 2 kat atas tu..tp sejuk jer..
xperasan dah nk masuk ptg..
terus decide ke strawberry farm jer..
esok baru naik balik main game indoor & outdoor..

hehehe..aku ler ngan en hubby

Kak Yati & Abg Ijat

Kak Tin, Abg Is, Fatin & Faris

Aza, Muhammad, Nabil & si kembar (Iqram & Iqbal)
sorang lagi si kembar mana ntah..

wah..wah...zetty lagi pandai pose kau..

melaram ngan kakak-kakak ipar..

xhabis-habis lagi rupanya..hahaha

nah!!! tempek lagi sekeping..

Taman Lavender

Mukriz melihat gelagat ummi, mak lang, ibu & mama nya..

selesai jalan satu strawberry farm..
actually tu bukan saja ada strawberry farm jer..
dalam tu ada taman lavender, ada rumah cendawan,
kebun sayur dan muzium lebah..
lenguh juga la nk berjalan dlm tu..
selesai kami semua check in di
Genting View Resort..
rehat2 sampai la ke malam sbb malam
nie ada family meeting plak..
selepas solat isyak secara berjemaah
maka bermula la family meeting..


suami aku selaku anak lelaki sulong
yang jadi pencatat minit..
xper dia da biasa..


time nie sumer muka da serius semacam jer 
sebab ayah dah mulakan bicara..
topiknya menyentuh berkaitan
syarikat keluarga iaitu Madumas & Genius Podium,
berkaitan harta pusaka,
hal keluarga, politik skit,
dan lain-lain hal..

bila mak mertuaku pula berbicara..hehe..
padat dgn isi-isi penting..

muka masing2 selepas kena tegur..hehe

aza menerima elaun..psstt leh belanja esok pagi..

acara paling di nanti iaitu pembahagiaan elaun perjalanan 
dan juga elaun membuka akaun sspn 
utk setiap cucu keluarga Hj Muridan
aku punya elaun sspn tahun depan yer..
tunggu baby keluar..hehehe..
habis meeting tu pukul 1 lebih..
bukan tghari tapi pukul 1 pagi ok.

Pagi esoknya 16.12.2012 kami bercadang
nk habiskan masa kat atas..
main outdoor & indoor game..
lepas geram sbb semlm xdpt main sbb hujan..

beratur panjang utk naik Spinner..

masuk-masuk jer kat outdoor game terus beratur nk
main Spinner.. anak sedara aku yg umurnya 8 tahun 
pun naik..wah!!! berani..
aku mulanya was-was nk naik sbb pregnant kan..
husband aku pon mula-mula xbg naik..
tp teringin..
akhirnya berjaya memujuk..

bersedia utk terbang..

bila da berpusing jer Spinner nie baru aku rasa 
menyesalnya naik..hahaha..
sbb mula2 tu takut..lama-lama best la plak..
dulu aku slalu g Genting waktu xcuti sekolah
so blh naik 2 atau 3 kali sbb xramai org..
tp kali nie beratur panjang..

barisan depan sumer anak sedara aku..tepi kak ipar 
aku Iza & Kak Tin

Space Shot nie mmg aku xnak naik..
sbb yang nie sgt2 takut dan bahaya bg aku..
husband aku pon xnaik gara-gara nk teman aku..
kesimpulannya hanya 1 game jer aku main..haha
xper la demi baby yang aku kandung..
yang aku boleh buat hanya bergambar..
hehehe..

bus antik menarik perhatianku..

tengah syok-syok lepak sambil makan ais krim
tetiba dtg 2 org yang memakai costume watak anime..
aku xtau pon sebenarnya citer anime apa..
buat bodoh jela dia kacau-kacau aku n anak 
sedara aku sorang nie..
tetiba dia ckp sesuatu dlm bahasa mandarin..
dia ckp " mereka xkenal kita watak apa"
hahaha..terus aku gelak depan-depan dia..
aku paham la skit-skit apa dia ckp sbb penah ambil 
kelas mandarin..tp husband aku,
 kakak ipar aku n anak sedara aku sekolah cina..
mereka paham dan pandai bercakap dlm mandarin..
bila mereka da kata gitu terus kami bergambar 
dgn mereka...kesian..hehehe..

layankan..

hahhaha..muka karek sey..

husband aku yg byk bergambar dgn mereka..

di atas jambatan gantung di dinosour land..

bila dah puas mereka di outdoor kami ke indoor pula..
indoor byk game utk budak-budak..
layankan mereka dulu..
lepas tu husband aku ajak masuk Snow World..
tiket masuk RM 25 utk dewasa
dan RM 23 utk kanak-kanak..
wah harga dah naik..
2 tahun lps rasanya harga bawah Rm 20..
cuti sekolah kan..
kami masuk 10 org semuanya..
jgn lupa kamera tidak dibenarkan dibawa masuk yer..
dulu aku pergi selamber jer snap pic kat dlm tu guna handset..
hahhaha..degil kan..
kali nie malas ler nk langgar peraturan..so aku panggil la
photographer tu snap pic aku n husband
buat kenangan..tambah2 ada baby dlm perut..hehe..
3 keping gambar RM 75..
ok la..

zetty merajuk xdapat naik bumper car..
ketinggian xmencukupi..

lps masuk snow world sambung indoor game..
aku dah surrender kepenatan..
diorang jela yang layan..
aku lepak ngan husband aku kat satu tempat..
sampai la pukul 5.30 ptg baru turun balik ke KL..
thanx pada Genius Podium Sdn Bhd sebab 
sponser semua perbelanjaan kami..hehe..
siap dpt elaun lagi..
tahun depan jumpa di Sarawak pula..
dengan pertambahan ahli baru 3 orang lagi..
In Sha Allah..