:: Sebelum & Selepas ::

Anda pening dengan wayar yang berselirat???
mudah saja..beli benda alah nie..
namanya wire keeper..

RM 2.30 jer..

sebelum

cuma buka wire keeper dan gulungkan wire kat dalam tu..

tada!!! dah siap...

selepas

:: Alhamdulillah ::



Lega rasanya hati aku bila aku dah selesai daftar haji dgn suami aku haritu..
lepas buat iui aritu terus g daftar haji sebab rasanya time tu jer yang sesuai sbb kami berdua ada masa free..
Berjalan sana sini boleh..kan..kan..xkan daftar benda yang wajib xboleh kan..
melakukan Haji nie merupakan salah satu antara rukun Islam..
wajib ok!!!
tapi bagi yang mampu..
baik daftar sekarang
sebab lagi lambat daftar lagi lambat la kita pergi..
maknanya lagi lambat daftar 
lagi berumur (ayat sopan bagi perkataan tua..) kita pergi..
time tu cuba pikir..mampukah kita untuk melakukan haji yang mabrur 
maksudnya haji yang sempurna..
Sabda Nabi saw: 
"Haji yang mabrur tidak ada balasan yang setimpal melainkan balasan syurga".(Bukhari)

tahun 2052?? ok..

yeayy!! daftar bersama..

cuba tgk tarikh dijangka kami akan pergi..
tahun 2052.. mak ai!!!  bermakna ketika umur aku mencecah 68 tahun..
tp itu tarikh dijangka saja..
kemungkinan boleh pergi awal sedikit dari tarikh yang dijangka..
so apa tunggu lagi... 
tunaikan tanggungjawab anda!!!


:: IUI Treatment ::

minggu lepas 12 September 2012 aku buat iui kat LPPKN.
IUI ialah 'Intra Uterine Insemination'
bermaksud memasukan sperm suami yang berkualiti terus
ke dalam rahim isteri 
berdebar2 perasaan aku bukan main..
malam tu aku standby tidur kat DUID dekat sikit xsampai 15 min da sampai 
pagi-pagi da keluar konon nak jadi org pertama sampai..hikhik..
dugaan betul bila aku terjatuh di tangga DUID kerana lantai licin..
sakit giler la kepala lutut aku..
xper anggap jer tu sumer dugaan utk aku..

sampai jer LPPKN terus daftar kat kaunter bawah..
kebetulan terjumpa kawan lama husband aku time form 3 Siti Zulaiha namanya
sebenarnya Siti Zulaiha tu kawan aku dlm group tp aku xkenal dia..
xperasan muka..
da balik baru perasan..

nombor giliran..

sampai tingkat 6 ambil nombor sumer tunggu sampai nurse panggil..
husband disuruh naik ke tingkat 7 utk proses pengeluaran & cuci sperm..
selesai proses tu husband aku turun utk proses bayaran..
kos iui haritu RM350 (tp aku pakai GL)
selesai pasal bayaran nurse suruh pergi breakfast dulu..
aku turun ke tingkat 2 utk breakfast..
aku makan apa saja yang aku nak makan sampai kenyang..
husband aku pon sama..

kalau xsilap nurse ada pesan kata jgn kencing 2 jam sebelum prosedur dijalankan..
so aku tahan jer la...
selesai breakfast aku suruh husband aku naik tingkat 7
aku pula pergi tingkat 6..
aku ingatkan proses iui buat kat tingkat 6 rupanya kat tingkat 7..
suami aku bbm soh naik atas..kehkeh (malunya..)

terus disuruh masuk ke satu bilik..
mcm kat hospital plak aku rasa..mula la makin berdebar..
aku disuruh berbaring diatas katil dgn lutut dibengkokkan..
perut aku masih terasa senak (mungkin sebab telur byk seperti DR H ckp..)

prosedur iui..

DR H suruh buka kaki luas2 bagi memudahkan lagi proses iui..
perasaan aku time tu hanya Allah saja yang tahu..
menitis air mata aku..sebak !!!
DR H suruh bykkan selawat dan berdoa..
sorang nurse membantu DR H dan sorang lagi tenangkan aku..
sakitnya lebih kurang macam buat HSG juga..senak..
aku xsedar rupanya da selesai..
sempat aku ucapkan " terima kasih " pada DR H dan nurse2.
aku diminta berehat 30 minit sambil mulut xhenti berdoa..
senak di perut makin terasa..
aku berjalan perlahan2 menuju ke husband 
tersenyum husband aku melihat aku setelah semuanya selesai..
alhamdulillah..
keputusannya 3 minggu selepas prosedur dijalankan..
kalau cik P xdtg bermakna berjaya..
kalau dtg aku kena ulang semula buat kali kedua..


DR H berikan mc sehari utk berehat..
semuanya berjalan lancar
lepas nie kena lebih prihatin dalam pemakanan..
makan makanan & minuman yang lebih berkhasiat..





:: TVS Scan ii ::

Scan buat kali keduanya pada cd13 buat aku makin gementar
takut telur masih di saiz yang sama dan perlukan suntikan
TVS scan kali kedua pada 10 Sept 2012
pagi2 lagi dah gerak ke LPPKN
sekejap jer sampai sbb mlm tu mmg sengaja tidur kat DUID supaya tak lewat

nombor giliran..awal tau sampai..hikhik

prosedur seperti biasa sampai jer terus ambil nombor
xlama lepas tu terus buat scan sebab Dr H ada hal selepas tu
selesai scan terus ke bilik Dr H untuk tau keputusan

aku pon masuk ke bilik Dr H bersama husband
Dr H kata telur aku disebelah kiri hanya sebiji yang betul2 matang & baik
sebelah kanan pula ada 4 biji yang matang
telur tu berukuran antara 17-24mm
yeayyy!!!!!
12 Sept 2012 bleh terus proceed iui..

kad rawatan

Pregnyl 5000iu

Duphaston 10mg


time sleep

sebelum balik aku ambil ubat suntik utk pecahkan telur
ubat pregnyl 5000iu & ubat kuatkan rahim duphaston
ubat duphaston tu kena makan selepas 4 hari buat iui
bermakna start mkn duphaston 16 Sept 2012
kos rawatan kali nie ialah:
Konsultansi (RM10), 
Pregnyl (RM45.30), 
Duphaston (RM57.60), 
Syringe (RM0.60), 
TVS (RM20) 
= RM133.50

aku harap semuanya berjalan lancar dan semoga Allah permudahkan
segala urusanku dan suamiku..
aminnn..

:: Delima oh Delima ::

 Ini la buah yang aku makan dua tiga menjak nie..
susah juga nk cari buah nie..tp sejak akhir2 nie ada plak jual kat pasar malam 2 biji  Rm 5..
sekali beli 4 biji terus..
tiap2 kali g pasar malam mmg kena beli..

buah delima yang penuh dgn khasiat

dulu kecil2 ayah rajin belikan buah nie bagi anak2nya makan..
dari kecil ayah ada ckp yang buah nie berkhasiat
aku start mkn pn sejak nak buat iui nie..
untuk meningkatkan kesuburan..ececeh..
sebelum tu aku minum pati delima gulsan jer..
dah habis la 4 botol juga.

pati delima gulsan 1sudu pagi 1 sudu malam.

tak berapa merah tapi manis dan lemak rasanya

dah siap kupas..ehehe

boleh terus dimasuk ke dalam mulut..yeay!!!!


Di dalam al Quran,

firman Allah SWT yang bermaksud, "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." (Surah al-Rahman ayat 68)


Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?


Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

-Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • -Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • -Membantu penghadaman
  • -Membuang lemak-lemak berlebihan
  • -Menambah tenaga
  • -Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • -Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • -Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • -Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • -Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • -Antioksida tinggi & Mencantikan kulit
  • -Mencegah penyakit barah
  • -Mencegah penyakit jantung

haaaa...bykkkan khasiat delima nie..
tunggu apa lagi
carilah buah delima atau pati delima yer..
bye..






:: TVS Scan ::

Salam..
kita sambung pasal ttc yer kali nie.
selepas habis suntik aku kena buat TVS scan pada 7 Sept 2012

 ambil nombor seperti biasa

seperti biasa la aku ambil nombor dan tunggu kejap..
xsampai 10 min nama aku dipanggil
nurse suruh aku pergi buang air dulu sblum buat tvs scan
aku pon ke toilet
lps tu terus aku ke bilik khas utk di scan
husband kena tunggu kat luar dulu.

xpayah ler aku cerita mcm mana dia buat scan tu yer..
tgk pic bawah nie kang..


tvs scan nie xsakit mcm buat HSG aritu..sbb juz masukkan alat tu jer
dan Dr H letak gel xlah sakit..
lepastu kita blh nampak telur2 kita melalui screen 
Dr H bacakan saiz telur manakala nurse catatkan..
sekejap jer prosedur nie..dlm 10-15 min jer..
selesai aku pon keluar utk panggil husband dan masuk ke bilik Dr H

Dr H pon bg penerangan pada kami berdua
katanya telur aku ada satu jer yang matang di sebelah kiri bersaiz 16mm
di sebelah kanan byk telur tu yang sakit dan senak rupanya
tapi telur sebelah kanan saiznya 11-14mm jer..
Dr H kata sekurang-kurangnya kena ada 3 biji telur yang matang

oleh itu aku diberi satu lagi ubat suntikan yang sama puregon 50iu untuk disuntik mlm tu juga..
TVS scan sekali lagi pada hari isnin 10 sept jam 7.30 pagi..
seperti biasa la adik aku staff nurse Nurfadzilah Musa yang akan suntikan..
thanx adikku yang sudi membantu.
waktu suntik adalah tetap seperti sebelum pada pukul 10.25 mlm.

bil hari lebih kurang harga nie la.
Konsultansi (RM10), 
TVS(RM20), 
Puregon 50 iu/0.5ml (RM98.60) 
= RM128.60
selesai ambil ubat sumer da boleh balik

time sleep mesti amik ye..

dalam masa 2 harinie aku kena pastikan yang aku makan makanan
yang berkhasiat..
ok..

:: Open House in The House ::

Salam 1 Malaysia !!!!
erm.. baru nak mengupdate pasal open house padahal dah seminggu yang lepas berlalu
kisahnya begini....

aku baru 1st time nak buat open house
memandangkan tahun2 sblum nie xpenah buat lagi (save budget la tu..kihkih)
seminggu sebelum tu aku da pikir apa yang nak dimasak.
xtau nk jamu apa.
byk menu dlm kepala otak tp blh ke x aku buat??
sempat ker x aku buat???
hehehe.
antara menu yang aku nak buat:

satay ayam & daging 
kuah kacang
nasi impit 
lemang
rendang ayam
kwetiau goreng kerang
bihun sup
air ribena (kelas kau sya!!!!!)
fruit cocktail
ais krim vanila chocolate & vanila keladi
kuih-kuih raya

menu cadangan yang xsempat aku nak buat:
roti jala
spaghetti bolognese

mcm2 masalah sebenarnya kalau nk buat open house umah aku nie..
antaranya:
rumah sempit (mana nk campak brg2 kat depan tu..)
parking susah (penuh jer memanjang)
visitor susah nak masuk (kena touch card bagai)


ruang tamu aku..sempit kan..

erm..no comment..aku mmg begitu

alolo..byk lagi kuih tp xde bekas..

nie yang makan ruang nie..

ruang yang ada..

sumer aku nak letak kat atas tu..penuh...

kesian tetamu berhimpit2.

jemput makan semua.

terima kasih pada tetamu yang sudi hadir:
Siti Nadirah, adik Ujie & Caca
Siti Samsiah & family
Kak Fara & family
Kak Ina & family
Kak Tin & family
Kak Yati & family
Sa'o & isteri
Apis & family
Dila & family
Wa'a, Asrul & Zarip..

:: Injection - Puregon 50 iu ::

salam..
selesai sudah suntikan puregon 50 iu aku pada 5 September aritu..
setelah tiga kali suntik pada 1, 3 & 5 September.
7 September nie kena buat tvs scan
clomid pon da habis..start mkn clomid 31 Ogos - 4 September

adik aku yang tolong suntikkan 
memandang kami husband & wife penakut jarum
adik aku nurse so xde masalah
lagipon adik aku kata bia dia yang suntikkan kakaknya sendiri
xsampai hati katanya nk soh org lain suntik kat perut aku..
kihkih..

sediakan ubat dan peralatan utk menyuntik..

sediakan picagari

pasangkan jarum yang panjang dan yang besar sikit

sedut ubat yang di dalam botol..habiskan ubatnya yer..

gantikan dgn jarum yang halus dan pendek..
pastikan buang dulu ruang angin yang ada dlm picagari

sedia untuk di suntik

bila semua da ready tunggu masa untuk suntik jer kan..
suntik di sebelah pusat..
pastikan jarak 2 jari kita dr pusat dan suntik
takut terkena urat..

:: Keputusan LPPKN ::

Salam
jumpa lagi kali ini berkenaan kisah rawatan di LPPKN..
memandangkan bulan puasa dan raya aritu
temujanji sepatutnya jatuh pada bulan puasa dibatalkan kerana LPPKN 
xbuat rawatan pada bulan puasa kata staff kat situ la..
lepas raya tunggu cik P datang.hari Rabu bersaaam dgn 29 ogos 2012 cik P pon dtg..
terus buat appointment di bawah DR Hamizah..
Hari Khamis da boleh terus jumpa DR untuk tau keputusan keseluruhan

hari Khamis kami berdua pergi lewat sikit.
pukul 9.30 pagi baru gerak dr office aku sbb staff tu kata kami adalah 
org yang ke-10 yang nk jumpa DR
dlm kepala otak da terbayang mesti lambat..
so dtg lewat skit..

ambil no dulu..

sampai jer kat tingkat 6 tunggu lbh kurang 20 minit jer
nama terus kena panggil masuk bilik DR..
aku tgk xramai pon
DR terangkan keputusan keseluruhan
berdebar2 time tu..

Al-hamdulillah.......
DR kata aku dan suami subur..
xde apa2 masalah pon utk mengandung
tiub folopio dan rahim aku cantik.
cuma mungkin sebab waktu tu xsesuai katanya..
DR Hamizah nie mmg lembut sgt..
cuma DR bagi pilihan
1. Teruskan secara manual mengikut jadual subur
atau
2. terus buat IUI sebagai jln pintas

kami ambil keputusan untuk terus buat IUI
DR terus jer bg ubat Clomid untuk dimakan dan ubat Puregon 50 IU untuk disuntik
tujuannya adalah untuk membesarkan telur kalau xsilap
dan kemudian DR akan pilih telur yg betul2 matang utk disenyawakan
dgn menyuntik pula sperm yg btl2 berkualiti terus ke ovari.

Clomid start mkn 31 ogos selama 5 hari berturut-turut
manakala suntikan start 1 september dan diteruskan selama 3 kali
dua lagi suntikan pada 3 & 5 september..
yang penting suntikan tu perlu disuntik pada pada masa yang sama untuk ketiga2 kalinya..

bila dgr jer SUNTIKAN aku da mula pening..
sapa yang nak suntikkan.
aku ngan suami mmg takut dgn jarum...
hahaha
baru terbayangkan adik aku yg nurse tu..
xper suruh dia je..
nurse bg penerangan pasal cara-cara nak suntik.
lps tu selesaikan bil-bil dan da boleh balik..
dalam kul 12.15 selesai..

time sleep kena ambil yer..

ubat suntik yang DR bagi..

clomid utk 5 hari

harap aku makan ubat ikut jadual..hehehe
semoga berjaya sya!!!!!!!

:: Yeayy!!! hard disk baru..::

hari tu aku jln2 kat IOI Mall, Puchong
tujuan nya hanya satu cuma nk cari set komputer
bukan untuk aku tp untuk company GP

ambil masa berjam2 juga nak survey2 harga utk full set
akhirnya jumpa kedai yang menawarkan harga yang menarik
org kata sambil menyelam minum air
aku pon apa lagi mula la mencuba nasib mintak hard disk kat husband..
mcm2 alasan aku bagi..
- cable hard disk lama rosak la..
- gambar da byk sgt kat komputer office la..
- susah nk share2 hard disk ngan dia la..
- susah itu susah ini la..mcm2 yang susahnya..xde yang senang...

akhirnya proposal aku di terima
tada......


harga Rm 239.. mintak kurang kat tokei tu..
dia ckp: " tarak bole kurang ma..sudah sgt murah ma ini hard disk.."
aku try juga minta kurang : " boleh la tokei..sudah angkat barang sampai Rm3000 xkan xleh kurang kot..."
tokei kedai dgn serba salahnya : " aiyak, wa bagi payung mau ka.."
aku da buat muka =_="
mula la aku bersuara: " ini payung ka?? sapa mau pakai ini payung ada gambar angry bird, xpa u kasi payung sama kurang itu harga sikit"
tokei da mula malas nk layan : " ok, la boleh la..boleh la.. last i kasi Rm 220"
aku pon senyum jer...jadi la RM 19 kurang..drp xdapat kurang langsung sbb kedai lain aku tgk harga diorang letak pon ada yang cecah RM 250..

lepas settle sumer letak barang dlm kereta kami pon layan movie..
cerita yang aku rasa sgt best dan puas hati tgk..
"THE EXPENDABLE 2"
layan!!!!!!

:: Balik Raya di Penggerang ::

kringggg kringgg...
kringgg...kringgg..
handphone husband aku berbunyi
aku poh soh la dia angkat..xkan aku plak nk angkat kan..
rupanya sepupu husband aku kol suruh balik sembahyang raya kat kg bapa mertuaku
kampungnya di Penggerang penghujung johor la kiranya..
katanya nie tahun terakhir kampung tu ada..
tahun depan sumer kampung tu da xde dan dijadikan pelantar minyak.
kerajaan nak ambil balik tanah tu..
tp xboleh la nk balik sembahyang raya 
sbb..
tahun nie ikut giliran raya pertama kat rumah family aku..
confirm aku xnak kan..
xnak....

cadangnya pun tahun nie xpayah balik beraya di johor
memandangkan sumer family husband aku berkumpul 
di rumah Pak Long di Kampung Tunku, Petaling Jaya..
tp slps berbincang2 akhirnya kami balik ke Johor juga mlm raya ketiga
selepas perjumpaan keluarga..

keluarga besar Hj Muridan & Hjh Hapsah

esoknya kami meneruskan misi ke Pengerang slps bergambar keluarga
2 tahun lps aku penah datang juga ke Pengerang.. 1st time aku dtg..
masa tu baru tahun pertama beraya sebagai isteri la..acececeh..
time tu ikut jln biasa
dlm 4-5 jam baru sampai..
jauh nya..


nie hiway baru nak ke Kota Tinggi-Pengerang

tp sekarang da ada hiway tau.
2-3 jam da sampai..bagus betul..
al-maklumla situ da nak semakin maju sbb kerajaan da nak ambil tanah-tanah
penduduk kampung utk dijadikan pelantar minyak..
bukan ambil free beb... berbayar la..
dgr2 cecah gak juta2..
bapa mertuaku pon dpt juga tempias2 sbb kebunnya ada kat sana..

lepas beraya rumah sedara mara kat situ kami ke
 jeti Tanjung Pengelih buat kali terakhirnya..

mak mertua aku kata snap pic byk2 kat situ..

snap lagi..

 lagi dan lagi..


wow!!! besarnya spek aku..huahua..

sepupu husband aku da jd pemandu pelancong terangkan pasal kawasan..

kawasan yang telah di ambil

di JPO

sedondon di JPO..