Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

:: Perkembangan fetus - hamil 35 minggu ::

Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 


Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 



Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. 



Masih belum mendapat nama bayi? Cuba rujuk nama-nama bayi kami untuk mendapatkan idea-idea baru. 



Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan. 



• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 





:: Perkembangan fetus - hamil 30 minggu ::

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 


• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 




:: Oh No!!!!!!! ::




29/10/2012 - 64.1 kg
20/11/2012 - 63.7 kg
27/11/2012 - 62.5 kg
21/12/2012 - 62.2 kg
26/12/2012 - 63.7 kg
14/01/2013 - 63.9 kg
18/01/2013 - 64.2 kg
31/01/2013 - 67.9 kg

:: Hospital Serdang - Check Up ::

14/01/2013 tarikh pertama kali check up
di Hospital Serdang memandangkan Klinik Seri Kembangan
suruh aku refer juga ke sana..
ramai betul orang kat sana..dtg awal pon dah ramai beratur..
nasib la suami ada kat sebelah sanggup temankan..
lama juga menunggu..
aku da mula rasa mcm2..pening la..mual la..
aduiyai...

bila nama dipanggil cpt2 aku meluru masuk bilik DR..
berat aku kali nie 63.9 kg..
naik 0.2 kg dari check up yg lps di klinik..

ambil darah lagi utk check Hb..

ubat tambah darah..

ubat kalsium..


ubat yg kena mkn :(

sumbangan dari kak ibung..thanx Siti..

suami pon dpt time sleep..hehe

aku diberikan mc utk aritu memandangkan aku xberapa sihat,
darah juga kurang..kaki pula rasa kejang-kejang
gara2 xcukup kalsium kata DR..
ok...berehat kat rumah jer..

:: Check Up Terakhir Di LPPKN :( ::

akhirnya..hehehe..
inilah checkup terakhirku di LPPKN..
18 Jan 2013..sebenarnya tarikh asal 21 Jan 2013..
memandangkan 19 & 20 Jan 2013 aku nk ke Vietnam
so aku tukar la tarikh..
confirm aku balik lewat dan confirm aku penat nak
keluar awal ke KL 21 Jan 2013 tu kan...

checkup seperti biasa..ambil sampel air kencing,
ambil darah, timbang berat dan scan...
berat naik kali nie 64 kg..
ok la tu..

semua ok..
so xde apa2 masalah..sedih nak meninggalkan 
staff-staff LPPKN yang peramah dan mesra..
layanan mereka sgt memuaskan..hukhuk...

20 week..

xde appointment lagi..

last time sleep dari LPPKN..

Dr H buat permintaan terakhir supaya 
aku mengirimkan foto cucunya bila 
selamat melahirkan nanti..
akan aku tunaikan...

thanx kepada semua staff dan Dr H..
jasa anda semua amat saya & suami hargai..

:: Perkembangan Fetus- 20 Minggu ::

jom kita tgk apa perkembangan bayi ketika hamil 20 minggu memandangkan usia kandunganku genap 20 minggu pada 17.01.2013..
Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. 


Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang 37 minggu kehamilan, sebab pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan pelahiran boleh bermula bila-bila masa. 



Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada. 





:: Check Up ::

erm..da lama nk update entry nie tp 
malas sgt sampai la ke hari ini..
27/11/2012 aku ambil cuti semata-mata
nk pergi check up memandangkan haritu
kena pergi dua tempat..
LPPKN dan Klinik Kesihatan Seri Kembangan.
pagi-pagi aku gerak ke KL seperti biasa..
prosedur harinie lebih rumit dari selalu..
sampai terus ambil giliran, 
aku di suruh berikan sampel air kencing,
kemudian ambil pula darah..
timbang berat badan dan check
tekanan darah.. 

ambil darah di tgn kanan..

sementara menunggu keputusan makmal keluar
dan berjumpa Dr H aku ngan husband pergi la mkn..
kantin kat tingkat 2 jer..
tgk menyelerakan makanannya..
mkn dgn seleranya dgn orange juice bagai..
ok..dah kenyang blh naik atas semula..

tup...tup...

sampai kat lif nk naik atas
semua yg aku mkn td da keluar balik..
nasib bawak jer kemana2 plastik spare.
terus badan rasa lemah longlai jer..
aduyai..
masuk bilik Dr H scan baby dan 
seperti biasa Dr H padat dgn kata2 nasihat 
tentang amalan pemakanan..
baby pon sihat..
alhamdulillah..

kandunganku berusia 12 minggu 5 hari..

settle di LPPKN terus bergegas ke 
Klinik Kesihatan Seri Kembangan pula..
daftar untuk buka buku pink..

yeayy!! buku pink siap..

prosedur sama mcm kat LPPKN tadi..
cuma ada soal selidik sikit la nak
tau latar belakang, ada penyakit ke x,
bila last period..
mcm gitu-gitu la soalannya..
kena timbang berat kemudian ambil
 tekanan darah pula..
lps tu kena ke makmal utk ambil sampel darah
dan air kencing sekali lagi..

kali nie kena 2 bekas..

tadi ambil sebelah kanan kali nie kiri plak..

tgk tgnku..dua-dua belah bertempek dgn kapas..

selepas selesai ujian darah semua baru jumpa Dr..
scan sekali lagi..semuanya ok..
tp Dr bagi surat utk refer terus 
ke Hospital Serdang pula..

next appointment di LPPKN pada 21/12/2012
dan di Klinik Kesihatan SK 26/12/2012..
di Hospital Serdang 14/01/2013
prosedur biasa utk check up seterusnya...

kandunganku berusia 16 minggu 3 hari pada 21/12/2012

:: Tanda-tanda Awal Anda Hamil ::


1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

* Sya mengalami tanda ini tp hanya diawal kehamilan..bila umur kandungan masuk 10 minggu perut rasa lapar jer tp mulut xselesa nak menjamah makanan kerana tekak loya dan muntah...

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

* Sya juga mengalami perubahan ini..mmg warna yang amat berbeza dari sebelumnya..

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
* Sya mengalami tanda ini diawal kehamilan..slps usia kandungan 10 minggu hingga sekarang 12 minggu kekerapan membuang air kecil kembali berkurangan..
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

* Tanda ini memang nampak ketara pada diri sya sejak tahu yg sya hamil..sehingga saat ini badan masih lagi lemah dan sering berasa letih.dulu sya seorang yg kerap berjalan tp kini lebih suka memerap dirumah.. tp mungkin tanda ini hanya diperingkat awal sahaja..

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

* Tanda ini terjadi di awal kehamilan sahaja..

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
* Ya..Sya mengalami senak di ari-ari di awal kehamilan dan pada sekitar masa sepatutnya dtg haid hari pertama tetapi Sya tidak mengalami sebarang pendarahan.. 

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.

* Betul..Sya mengalami tanda ini apabila usia kandungan 8 minggu sehinggalah sekarang berusia 12 minggu masih lagi rasa loya dan muntah..

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

* Sya juga mengalami tanda ini tp hanya diawal kehamilan..

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

* ini tanda yang sudah pasti..
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

* Sya telah buat sebanyak 6 kali ujian.. 2 tanda negatif, 1 samar-samar dan 3 lagi positif..
Tahniah!

:: Scan ::


Berdebar-debarnya rasa hati bila kena pergi LPPKN utk scan..
apa yang bermain difikiran aku kembar ker tak erk..
kalau xkembar xper la..kalau kembar alhamdulillah...
redha jela..

kali nie sampai agak lewat skit sbb dari Kuala Selangor aku gerak..
kuar awal tp dari jalan duta jem nya bukan main lagi..
x KL la kalau x jem..kan..kan..


lama juga menunggu..sbb ramai yang nk scan harinie..
sumer muka happy jer..
sorang-sorang keluar dari bilik scan sambil tersenyum...
tiba giliran aku..
nurse tu bgtau yg patient scan sebelum aku dpt kembar tiga..
wah!!!!! terkejut aku...
nurse tu menakut-nakutkan aku..
katanya kali nie scan aku dpt kembar empat..
apa lagi takut la aku...
scan-scan tgk2 janin aku ada satu jer..
alhamdulillah..janin pon sihat...
tp time tu baru 7 minggu janin baru 1 cm..
Dr H panggil husband aku..
aku nmpak betapa gembiranya riak wajah suami aku..
bila nmpak janin dlm rahim aku..
syukur alhamdulillah Ya Allah..

janin di rahimku..

janin baru 1 cm..

Dr H bg penerangan sikit pada aku dan suami..
next appointment ialah pada 20 Nov 2012 pula..
scan lagi...

next appointment..

time slip..

:: LPPKN - UPT ::

haa...kali nie nak cerita pasal temujanji dgn Dr H 
di sebabkan cik P da delay dekat 8 hari..
mmg dekat dlm kad rawatan dah tertulis
sekiranya cik P xdtg sehingga 8/10/2012 kena la ke LPPKN

seperti biasa la..mlm tu kami suami isteri tumpang tidur
dekat DUID memandangkan petang ahad aku ke PWTC
untuk hadir ke ceramah DR Zakir Naik
aku da terbayang mesti balik lewat xkan 
nak patah balik ke Seri Kembangan..
so ambil keputusan ke DUID yang 5 min dr PWTC..
thanx a lot to my MIL
sebab dasiapkan tempat tido..hehehe

aku org no 3 kot..

pagi tu sebelum pukul 8 pagi aku da sampai 
di LPPKN dan siap2 ambil nombor dan daftar..
xlama lepas tu dlm stgh jam gitu nurse panggil suruh 
dan tanya bila tarikh akhir cik P dtg..
bab nie la yang aku slalu pening..
boleh pula aku tersalah bagi tarikh..
patutnya 29/8/2012 aku tercakat 29/9/2012
nurse tu gelak jer dgr tarikh aku bagi..
cepat2 dia tegur aku..
dia kata kalau salah tarikh takut nanti dia 
tersalah letak tarikh due nanti..
aku pon tersengeh2 betulkan tarikh..
saja jer nurse tu tanya padahal aku tgk 
kat fail da tercatat tarikh tu..hehe

kemudian aku disuruh ke toilet utk tadah..
tadah apa??
tadah air kencing la dik...
 masuk dlm botol utk buat upt..
senang jer tu sbb time skarang nie aku 
senang dan kerap buang air..
kalau dulu sehari 2 kali jer..
tapi sekarang sehari mau dekat 10 kali ada..
nak2 plak tgh malam..

selesai aku hantar sampel tu ke makmal belakang dan 
disuruh tunggu sehingga nama dipanggil..
bab nie lama betul aku tunggu..
tapi sabar jer la..

bila nama dipanggil nurse soh 
aku & husband masuk ke bilik Dr H.
nurse & Dr H senyum dan ucapkan tahniah kat aku..
Dr kata iui aku berjaya..
mana tidaknya sperm yang dimasukkan ke rahim aku
adalah sperm yang dipilih betul2 yg berkualiti 
iaitu sebanyak 30 juta dgn telur aku 5 biji..
Dr suruh aku teruskan makan duphaston & folic asic..
2 minggu lagi dtg utk scan..
bagi nak pastikan heartbeat baby dan 
sama ada kantung ada satu 
atau lebih sebab kalau buat iui
peratus nak dpt kembar tu tinggi..
kerana telur aku ada 5 biji time tu..
Dr H tanya aku: "suka kembar x?"
aku & husband senyum jer..
Dr H kata kalau blh dia xnak aku dpt kembar..
tp pada aku kalau da rezeki terima jer dgn rasa syukur...
Dr H nasihatkan aku supaya jgn buat kerja2 berat
dan banyakkan berehat..berjalan byk pon kalau blh kurangkan..


sweet baby...

peratus dpt kembar melalui iui adalah tinggi...

next appointment: ultrasound 

Duphaston & asic folic

selesai ambil ubat aku kena dgr penerangan 
skit oleh nurse tentang cara-cara makan ubat..
dan sedikit nasihat2 berguna utk aku..
kihkih..rahsia tau apa yang nurse tu pesan...

time sleep

selesai pada pukul 10.45 terus aku bergegas balik..
datang balik LPPKN pada 22.10.2012 nanti..
jumpa lagi nanti...


:: Klinik Mesra ::

nak citer skit pasal entry aritu..
dah lama dah..
badan aku rasa xsedap jer..
kejap sejuk kejap panas tp xde la demam teruk pon..
aku pon ambil keputusan utk pergi klinik..
nak check betul2 samaada aku pregnant ke x..
kalau ikutkan upt dah +ve..
tp risau la kadang upt nie tersalah gak..

berapa byk upt aku dah guna..haha

aku register kul 11.00am lbh kalau xsilap..
sampai la pukul 1.20pm baru la nama aku dipanggil..
lama giler aku menunggu..
nasib baik Siti temankan time tu..

aku masuk.
Siti pon masuk...
jumpa dgn Dr Rohaya..
mak ai lembut betul Dr Rohaya nie bercakap..
sembang punya sembang..
last2 Dr tu suruh aku ambil darah..
lagi accurate keputusannya nanti..
tp keputusannya xdpt terus..
keluar malam nie atau esok harinya..
xper sabar jer la menanti..
aku cuma dibekalkan dgn ubat folic asic jer..

Folic asic..

tunggu punya tunggu malam tu senyap jer..
xde pon pihak klinik call
keesokkan harinya pun aku tunggu lagi..
xjuga dpt keputusannya..
aku pon call klinik tanya..
jawapannya keputusan darah kliniik xterima lagi.
ok fine..
ptg aku call balik..
jawapannya keputusan baru jer sampai,xblh bgtau lagi
sbb kena tunjuk dgn Dr Rohaya dulu..
ok fine....

aku pon mula malas nk call lagi..
diam jer la..
tup tup lps magrib dpt panggilan dr klinik...
Dr Rohaya mengesahkan yang aku dah +ve..
Alhamdulillah syukur sgt2..
hehehe senyum lebar jer aku..

husband aku la yang paling gembira..
sebelum tu pon dia mmg da syak yang aku pregnant
sbb dia dan aku mula demam,
husband aku muntah2 dan satu malam tu dia ngidam..
tau x dia nak apa????
nak makan buah manis mcm tembikai dan pear manis
 malam2 buta pukul 2 pagi..
Ya Allah mana aku nak cari..
yang ada kat rumah tu cuma buah limau, delima & plum..
selalu itu la buah kegemaran dia buah plum..
dia xnak plak..
aku masakkan dia bubur jer tgh2 malam buta tu..
bubur tu pulak dia minta yang kosong jer xnak letak paper
bau-bauan pon dia xnak hidu..

aku pon mula terpikir..
aku ker husband yang mengandung..
hahaha..
mak mertua aku kata tu mungkin pembawakan budak.
kelakar betul rasanya..
hehehe..

8 oktober 2012 kena ke LPPKN pula sbb period da delay..
Dr H akan check semula..
semoga baby dlm kandungan ini selamat 
sehingga dilahirkan..
amin..



:: 3 Minggu ::

Apa yang 3 minggu?????
hey!! da 3 minggu la.. diam-diam jer kan...
sapa kata diam-diam agak berkurun tau aku tunggu 3 minggu nie berlalu..
dan akhirnya..

hehehe...aku da tau apa keputusannya..
cuma paper pon tunggu keputusan rasmi dari doktor..
harap berita gembira yang aku terima...
hehehe..
bye!!!

:: IUI Treatment ::

minggu lepas 12 September 2012 aku buat iui kat LPPKN.
IUI ialah 'Intra Uterine Insemination'
bermaksud memasukan sperm suami yang berkualiti terus
ke dalam rahim isteri 
berdebar2 perasaan aku bukan main..
malam tu aku standby tidur kat DUID dekat sikit xsampai 15 min da sampai 
pagi-pagi da keluar konon nak jadi org pertama sampai..hikhik..
dugaan betul bila aku terjatuh di tangga DUID kerana lantai licin..
sakit giler la kepala lutut aku..
xper anggap jer tu sumer dugaan utk aku..

sampai jer LPPKN terus daftar kat kaunter bawah..
kebetulan terjumpa kawan lama husband aku time form 3 Siti Zulaiha namanya
sebenarnya Siti Zulaiha tu kawan aku dlm group tp aku xkenal dia..
xperasan muka..
da balik baru perasan..

nombor giliran..

sampai tingkat 6 ambil nombor sumer tunggu sampai nurse panggil..
husband disuruh naik ke tingkat 7 utk proses pengeluaran & cuci sperm..
selesai proses tu husband aku turun utk proses bayaran..
kos iui haritu RM350 (tp aku pakai GL)
selesai pasal bayaran nurse suruh pergi breakfast dulu..
aku turun ke tingkat 2 utk breakfast..
aku makan apa saja yang aku nak makan sampai kenyang..
husband aku pon sama..

kalau xsilap nurse ada pesan kata jgn kencing 2 jam sebelum prosedur dijalankan..
so aku tahan jer la...
selesai breakfast aku suruh husband aku naik tingkat 7
aku pula pergi tingkat 6..
aku ingatkan proses iui buat kat tingkat 6 rupanya kat tingkat 7..
suami aku bbm soh naik atas..kehkeh (malunya..)

terus disuruh masuk ke satu bilik..
mcm kat hospital plak aku rasa..mula la makin berdebar..
aku disuruh berbaring diatas katil dgn lutut dibengkokkan..
perut aku masih terasa senak (mungkin sebab telur byk seperti DR H ckp..)

prosedur iui..

DR H suruh buka kaki luas2 bagi memudahkan lagi proses iui..
perasaan aku time tu hanya Allah saja yang tahu..
menitis air mata aku..sebak !!!
DR H suruh bykkan selawat dan berdoa..
sorang nurse membantu DR H dan sorang lagi tenangkan aku..
sakitnya lebih kurang macam buat HSG juga..senak..
aku xsedar rupanya da selesai..
sempat aku ucapkan " terima kasih " pada DR H dan nurse2.
aku diminta berehat 30 minit sambil mulut xhenti berdoa..
senak di perut makin terasa..
aku berjalan perlahan2 menuju ke husband 
tersenyum husband aku melihat aku setelah semuanya selesai..
alhamdulillah..
keputusannya 3 minggu selepas prosedur dijalankan..
kalau cik P xdtg bermakna berjaya..
kalau dtg aku kena ulang semula buat kali kedua..


DR H berikan mc sehari utk berehat..
semuanya berjalan lancar
lepas nie kena lebih prihatin dalam pemakanan..
makan makanan & minuman yang lebih berkhasiat..