:: TTC - Buah Zuriat ::

Buah zuriat adalah salah satu buah yang dikatakan boleh mendapatkan zuriat bagi mereka yang sukar hamil dengan meminum air rebusannya.

Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah zuriattin/buah koka/ buah hawa. Semuanya sama. ia adalah buah asal dari pokok koka. Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu. Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan. Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Bila aku dgr khasiat buah zuriat teringin pula untuk mencuba. Kalau nak tau buah nie hanya terdapat di Madinah & Mekah. selalunya kalau nak dapatkan nya bila saudara mara kita balik dari sana. tapi aku beli kat carboot sale upm.

RM 15 untuk 3 biji


my husband berusaha untuk mengupas buah ini..
kikis sikit demi sikit kulitnya sbb keras..

akhirnya..haha.tp isi nya xdpt nak kupas lagi sbb keras sangat.

Sampai ke hari ini aku xminum lagi airnya. sebab x dapat isinya lagi. nak kupas kena ketuk2 kang marah plak jiran atas umah dengar bunyi bising kan. xper usaha lagi untuk mendapatkan isi buah ini..hehehe satu lagi nak bagitahu yang air nie bukan isteri jer boleh minum malah suami juga boleh minum yer..

Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Kita mencuba dan berusaha, Allah yang akan menentukan segalanya. Disamping berusaha kita haruslah bertawakal kepadaNYA


selamat mencuba!!






:: TTC - Ambil Darah kali ke-2 ::

ambil darah kali ke dua adalah pada 21 Jun 2012.
jadi pada masa dan tarikh yang ditetapkan aku pon pergi la..
kali ini berseorangan tanpa teman sebab husband terpaksa uruskan latihan di Pahang.
sampai terus ambil nombor.


kali nie tunggu da la brapa lama seperti hari2 sebelum nie..
dalam pukul 9.45 pagi nurse da panggil masuk.


1st nurse bagi kad kumpulan darah nie dan diberikan untuk simpanan aku..
lepas nie xde alasan konon2 xtau kumpulan darah kan..
darah aku adalah dari kumpulan A positive..
sama ngan husband.
lepastu terus ambil darah.
nurse try cari urat tapi xjumpa..akhirnya dapat juga kat lengan kiri.



kebas dan lenguh2 tangan..huhu..kena drive plak sorang2.. sebelum balik dapat time sleep..
tunggu period bln 7 pula utk proceed next step..
hehe..semoga semua berjalan lancar.
aminnn...



:: Selamat Hari Lahir Mak ::

17 Jun 2012 aritu genap 57 tahun umur mak.
kan mak kan...

tp still look young..hahaha..
sungguh xpercaya kan da 57 tahun da umur mak.
semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Nya
di berkati dan diberikan kegembiraan di samping melayan kerenah
suami, anak-anak, menantu dan cucu-cucu yang kian hari kian bertambah...haha
kami semua sayang sangat kat mak..

tahun nie kami xbeli kek seperti tahun2 lepas sebab da muak nak makan kek 
tambahan pula sehari sebelum bufday mak adalah hari pertunangan adah dan da makan kek kan..
so tahun nie kami bercadang nak makan seafood kat Pantai Jeram..
sapa yg open table????
da tentu la turn Sa'o & Zura (kak ngah)
lagipon sempena sambut burfday Zura jugak pada 15 Jun..
kebetulan burfday Nash juga pada 12 Jun..
kira nie makan2 sempena birthday mak, zura, nash, merangkap sempena hari bapa
dan sempena adah bertunang la ney..
hadiah apa??
erm..xbeli pon lagi..ingat pergi Bandung baru nak beli hadiah mak..
bagi telekung dari Bandung kan..
Happy Birthday Mak...

:: Selamat Hari Bapa ::


selamat hari bapa buat ayahku tersayang..
Musa b Ismail.
ayah adalah ayah yang terbaik di dunia
semoga diberikan kesihatan & rezeki
dan kekal menjadi ayah yang terbaik.
kami semua sayang ayah




:: E-DAY ADAH ::

Kini adik aku sudah bergelar tunangan orang pada tanggal 16 jun 2012.

nie la dia tunangnya..hitam manis orangnya.

cincin tunang dan cincin risik

majlis diadakan di teratak kami di Taman Bendahara, Kuala Selangor.
Semua nya 13 dulang hantaran dari pihak perempuan berbalas 11 dulang dari pihak lelaki.
dulang hantaran dari pihak kami bertema kan hijau kuning dan belah lelaki xtau apa warna tema sbb terdapat lebih dari tiga warna di situ..mungkin nak nampakan keceriaan di situ.
jom layan jap gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung..






adik- beradik perempuan yang lain termasuk kakak ipar..kakak sulong jer xder di Sabah

lagi 2 orang lagi adik aku yang kosong.










kek nie belah lelaki bagi..

hantaran pertunangan yang di buat adalah hasil dari titik peluh aku sendiri 
dengan pertolongan dari adik2 yang lain..
tahniah yer for both of u!!
semoga kekal hingga akhir hayat.
amin!!!








:: HSG X-Ray ::

Alhamdulillah.. selesai juga akhirnya ujian HSG x-ray pd 7 jun aritu..pengalaman yang xboleh nak dilupakan. nie la pengalaman pertama buat ujian nie di KPJ Kajang Specialist Hospital. 


appointment adalah pukul 10 pagi. nasib baik tau kat mana KPJ Kajang Specialist nie kat mana. dua tiga hari sebelum pergi mmg da google kat mana lokasi hospital nie. takut sesat pula kan.. kali nie husband xtemankan so officemate Siti yang temankan..thanx Siti..

jom baca pengalaman saya masa buat ujian HSG x-ray nie...


sesampai jer kat hospital terus daftar kat kaunter kat bahagian x-ray..jantung aku dup dap juga la sedap takutkan.. perasaan takut tu bermain2 dalam kepala otak sbb sebelum dtg baca kat google prosedur buat HSG.. erkk.. =_=" seram jugak..


tunggu dalam 15 min nama terus kena panggil masuk ke bilik x-ray. masuk terus staff (juru x-ray kot) suruh aku salin pakaian khas dulu..(ala2 kimono gitu..) dah siap salin pakaian staff tu suruh duduk dulu sbb doktornya ada hal..tunggu la doktor nya dulu sambil sembang2 ngan staff tu.. nasib baik dpt dua2 staff perempuan..ramah pula tu. xlah malu sgt kan..


aku diminta baring di atas katil khas..siap ada fluoroscopy machine. staff tu terangkan sikit prosedur ujian nie sedikit sebanyak.. aku hanya mendengar jer.. mungkin sbb debaran makin terasa kot.. dlm hati aku niat "kerana Allah S.W.T". dalam 6 min doktor pun sampai. doktor lelaki yer.. adusss... mesti aku termalu2 nanti kan.. Dr Mohammad Bakri b. Mustafa






aku diminda baring di bahagian hujung katil, kaki memijak ke kiri dan kanan tulang katil dan disuruh mengangkang.. time nie aku mula segan2. doktor terangkan lagi prosedur ujian nie supaya aku lebih paham.. mula-mula doktor cuci dulu bahagian alat sulit, lepastu masukkan pula spekulum untuk buka bahagian alat sulit. time tu da mula rasa sakit..
1. mula-mula doktor cuci dulu bahagian alat sulit
2. lepas tu doktor masukkan pula spekulum ke dalam faraj untuk tujuan mendedahkan serviks (pangkal rahim) time nie aku da mula rasa sakit.
3. kemudian doktor masukkan pula satu tiub plastik ke dalam rahim melalui liang serviks. time nie kena          lembutkan badan dan jangan mengangkat punggung bagi mengelakan luka berlaku.
4. Dengan perlahan-lahan dye yang dipanggil kontras disuntik melalui tiub kedalam ruang rahim.. Ya Allah sakitnya xtau nak ckp.rasa senak yg amat.. mcm senggugut yang paling teruk aku alami. sampai aku menangis..gugur jua air mata aku menahan kesakitan sambil dua-dua tangan aku genggam besi tepi katil. radiografer tu menenangkan aku..sambil mengusap2 kepala aku..bagus kan staff situ..




5. sambil tu beberapa gambar x-ray diambil semasa proses aliran dye tu. dan aku di suruh mengiring dan gambar x-ray diambil sekali lagi.
doktor suruh aku mengesok keatas namun aku betul2 xterdaya langsung..radiographer tu yang tolong tolak kan sambil air mata aku mengalir.. doktor suh aku rehat dulu bg tenang sebab aku da mula nak pitam rasanya.
bila keadaan aku da stabil baru aku pergi salin pakaian dan staff suruh pakai pad sbb terdapat pendarahan.

keluar dari bilik x-ray terus dpt keputusan dan gambar x-ray. terus ke kaunter pembayaran. kena la RM 203. alhamdulillah semuanya ok dan normal.




semoga aku tabah mengharungi semua ujian-ujian ini demi untuk mendapatkan zuriat sendiri.. 21 jun nie ambil darah kali ke-2 pula.

:: TTC - 2nd day ke LPPKN ::

Hari nie merupakan kali ke-2 ke klinik LPPKN
hari tu da buat appointment utk ke LPPKN pd hari ke-4 kehadiran cik p.
 so harinie la hari nya.tujuannya hanya utk mengambil sampel darah.
dtg seperti biasa pagi2 lagi da sampai terus ke tingkat 6.


tanpa sarapan terus g ambil nombor giliran
takut kang lambat balik pula kan

tapi tunggu punya tunggu sampai pukul 10 pagi nama aku tak dipanggil2 lagi.
lama betul.. tapi aku tetap bersabar sbb tgk time tu pon ramai patient
aku bukan apa cuma da ckp kat husband kata proses nie kejap jer..
tup..tup lama plak..
dia ada appointment ngan client plak tu
terpaksa la batalkan jumpa client dia.

pukul 10.30 pagi nama kami dipanggil
proses ambil darah pon bermula
turn aku dulu..redho jela sbb pikirkan nak buat rawatan kan..
darah aku ambil 2 botol kecil.
aku nie da la penakut nak ambil darah tambah pula bila urat aku nie xtimbul
susah nurse nak cari urat kat mana..
terpaksa la nurse tu tepuk2 tangan aku dulu hehe
(nervous sebenarnya)

bila nurse tu cucuk jer carum terus aku pandang muka
husband aku sambil terjerit kesakitan..hehehe
husband aku senyum jer (senyum tp muka takut terserlah jua)
bila nurse tu tarik jarum mula rasa nak pitam mungkin sbb xsarapan.
nurse tu sempat pesan " kalau nak ambil darah xperlu puasa yer..kena sarapan"
(dlm hati aku berkata" bkn nya aku puasa tp takut kalau g sarapan nama aku tercicir lagi lambat")


turn husband aku pulak.
terserlah ketakutan dia..dia ngan aku mmg takut ambil darah
demi rawatan kami sanggup buat apa saja.


kesian dia..
tp nie gambar time ambil darah kat pusat kesihatan upm dulu..
tgk muka dia mcm takut2 kan..kan..
nurse tetapkan 21/6/2012 utk aku ambil darah kali ke-2
aku sorang jer tau..husband xpayah..

selesai ambil darah terus ke kaunter bayaran
tp bukan utk buat bayaran..
cuma nak serahkan GL jer..so xpayah bayar, foc jer..

ke kaunter pertanyaan pula utk ambil time sleep utk husband & aku
kang xde la bos2, kengkawan sumer bising2 ingat dia nie ponteng plak kan..


selesai kami pon balik.nantikan pula temujanji dgn Kajang Specialist Hospital 7 Jun nie yer..


:: Breakfast Ride Yik Mun Tanjung Malim ::

Tanggal 3 June 2012 aku ngan husband pergi 1st ride kami ke Tanjung Malim..
tujuannya konon nak breakfast kat sana.
kami berkumpul kat shell simpang masuk nkve
yang berkumpul kat situ cuma ada 5 rider jer termasuk kami
kami pon gerak dan berhenti kat RnR rawang sebab ada lagi lbh kurang 2 riders lagi.
bila sumer da berkumpul kami pon terus gerak ke Tg Malim 
kami ikut lebuhraya plus..



perjalanan lancar jer mungkin sbb keluar pagi2 kot..
perjalanan ker Tg Malim mengambil masa lebih kurang 1 jam jer dari KL
xlama kan..kejap jer pon.
(tapi lenguh2 la jugak pinggang ngan montot..hehe)



akhirnya kami sampai jugak kat YIK MUN nie.
kalau nak tau restoren Yik Mun nie amat2 terkenal dgn paunya yang gebu since 1926 lagi
lama kan.





paunya sgt gebu..xtau la berapa banyak kami makan.
tanpa sedar aku mkn jer 4 ketul ada kot..hehe



selesai makan
bercadang nak naik bukit fraser pula.


sebelun naik bukit fraser paling utama kena pastikan minyak mencukupi
kang tersadai kat atas tu satu hal pulak kan.




nie antara aksi2 rider sebelum balik
seperti biasa la bergambar tu penting..
xboleh melepaskan peluang
1st time la tgk gambar aku blh terapung di awangan
ini bermakna badan aku xlah berat sgt..hahaha
( terperasan la pulak )

lepas selesai kami pun bergerak balik..
sampai kat gombak masing2 ikut hala masing-masing
sampai rumah dlm pukul 3 ptg 
mmg xde ler nk lunch nyer
yang penting nak TIDO...
hahaah..
ngantuk sgt..
ok bye.