:: Roti Sardin Salut Telur ::

 dis mmg faberet aku sbb mak selalu buat kuih nie terutama bila nak jalan2 jauh
sejak dah kawin aku mula la belajar buat.
senang jer
jom tengok bahan2
1. roti
2. sardin
3. bawang besar
4. cili padi
5. telur
6.cuka
7. minyak utk menggoreng
8. cheesedale (jika mahu)
9. jus limau nipis

cara buatnya pula: 
sardin tadi dihancurkan, campurkan bawang besar yang dipotong memanjang dan cili padi yang dipotong tadi serta jus perahan limau nipis.
biarkan. lenyekkan roti sedikit. masukkan cheese slice & inti sardin tadi dan gulungkan.gamkan bahagian hujung roti dgn telur yang dipukul.
celupkan dalam telur dan goreng di dalam minyak yang telah dicampurkan dgn 1 sudu cuka (awas minyak akan memercik bila cuka dimasukkan)
goreng hingga agak kecoklatan.
angkat dan toskan..boleh la dimakan.
(O_o) 


1 comment: