:: Bestnya Raya ::

salam..
raya oh raya..
tahun nie aku beraya rumah family aku dulu..raya ke-3 baru balik ke kampung suami
gembira bukan main
raya bersama mak & ayah sendiri lebih gembira buat anak-anak
raya rumah ibu mertua & pak mertua pon best gak..bukan xbest cuma perasaan sayu tu lebih la
teringat mak ayah sendiri..

raya kali nie seperti raya thn lepas..
malam sebelum raya biasa la mesti lah masak2.
esoknya pagi2 da bangun sambung masak apa yang patut, kemas2, 
seterika baju raya, standby duit raya, dan yang paling penting
hidangkan juadah di pagi raya 
untuk mereka2 yang nk ke masjid

bagi aku.. amat jarang aku ke masjid untuk sembahyang sunat raya aidlfitri
kalau sembahyang sunat raya aidiladha rajin la..
nak tau kenapa??

sbb slalu kalau solat raya aidilfitri ayah suruh makan dulu sebelum kemasjid..
so aku la orang penting yang akan hidangkan & kemaskan tempat makan.
tp kalau solat raya aidiladha pula ke masjid dulu, balik dr masjid baru makan..

selalu pagi raya aku la org yang paling lambat bersiap..
hehehe..



lepas balik dari masjid aktiviti wajib adalah bersalaman..
selesai bersalaman kami akan pulang ke kampung mak di perak secara berkonvoi
3-4 buah keter.



tapi kali nie lewat sikit pulang ke perak sebab 
family tunang adik aku nak datang beraya kat umah.
dalam tengahari baru gerak.

destinasi pertama adalah tanah perkuburan..
melawat kubur arwah mak yang dan arwah atuk serta nenek
terus ke kebun mini tanah pusaka mak
dah 4 tahun dah kalau lepas ke kubur mesti ke kebun mini mak.
saja melawat2..

destinasi seterusnya ke rumah Pak Uda & Mak Uda
mereka jamu kami laksa & pecal, air kelapa ais krim soda..
terbaik lah layanan..
sampai kenyang la kami tibai hahaha


sebelum balik sempat bergambar dgn mereka 
di depan rumah pusaka arwah atuk dan opah

lepastu ke rumah Pak Andak & Mak Andak
xjauh dari rumah Pak Uda dalam satu kampung jer
sampai rumah mereka kami layan makan kuih & kacang-kacang jer
sebab da kenyang

terus ke rumah Pak Ngah & Mak Ngah muda
sambil melawat mereka berdua yang tgh xberapa sihat
lama juga kat situ.
dila adik aku pon dtg dari rumah mertua dia di Taiping
dan terus balik raya di Kuala Selangor

meneruskan berkunjung ke rumah Mak Ngah tua pula.. 
xjauh pon taman sebelah jer
dah nak masuk magrib
terus tibai makan lagi.. punya la byk mkn time raya nie
ke rumah Kak Eha pula kat taman yang sama
kali nie mmg surrender 
minum air jer
badan pon da rasa penat sgt

cukup la berjalan di raya pertama nie..
bersedia utk bergerak balik 
dlm kereta aku tidur xsedar
al-maklum la naik kereta baru husband aku..
sian dia drive sorang2 sambil layan cerita Smallville
 dan alhamdulillah selamat sampai semuanya


selamat hari raya 
maaf zahir & batin dari kami sekeluarga

:: Ketupat Palas Raya ::

hahaha..baru nk update setelah 10 hari beraya
maklum la sibuk kan raya sakan
xde buka-buka blognya lahai
xsompatnya 
raya-raya sakan..


kali nie nak update pasal ketupat palas yang kami buat sendiri
nie merupakan kali kedua buat ketupat palas kat umah mak ayah..
serius sebelum nie xpenah buat
nie pon kak ipar aka kak chik aku yang ajar adik2 aku thn lepas
tahun lps aku beraya umah mak mertuaku so xmerasa makan & xmerasa buat
tahun nie turn rumah family aku so kira 1st time aku buat ketupat nie..



tgk tu tgn2 kami sedang membungkus ketupat palas..
anin, inah, adah dan kak ipar aku aka kak ngah turut 
menganyam walaupon mabuk2 sbb tgh pregnant..

jom tgk langkah satu persatu cara nak membuatnya.. 


mula-mula sediakan daun palas..buka daun palas hingga habis dan melebar..
gulungkan membentuk segi tiga


jadikan bentuk segi tiga seperti gambar atas tu.
pastikan bucunya tajam, 
kalau xberbentuk tajam kang pulut blh terkeluar dari tepi-tepi bucu tu


masukkan pulut yang ditanak separuh masak bersama santan pekat 
(semasa tanak pulut pastikan sentiasa dikacau bersama santan pekat & sedikit garam)
padatkan pulut yang dimasukkan tu..
kemudian bungkus


bungkus membentuk segitiga sehingga penghujung daun palas tadi


akhir sekali, bila sampai penghujung selitkan tangkai 
dicelah daun terakhir yang dilipat..
kemaskan ikatan ketupat palas tadi..


tada!!!!!!
da siap satu periuk dan sedia utk direbus untuk di jadikan juadah di pagi raya..
selamat mencuba!!!



:: Selamat Hari Raya Aidilfitri ::

Hukhuk...sedihnya da nak raya..
selamat tinggal Ramadhan..
dikesempatan ini nk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin yer...
hati-hati balik beraya, jgn main mercun, merian dan seangkatan dgnnya..
harap hari raya kali ini bermakna buat kita semua.
amin...


:: Iftar @ INTEKMA Resort ::

Kemana kita nak berbuka..jom ikut aku JJCM..






Semalam last day berbuka diluar..lepas nie berbuka kat rumah jer..
ala lagi 2 kali jer berbuka
harinie dan besok..
sebenarnya Pak Cik Leman yang ajak berbuka kat INTEKMA nie.
sbb aritu aku & husband belanja pak cik berbuka kat De Palma Inn
mlm semalam aku tgk meriah betul..ramai betul org..
ingatkan ramai yg da balik kampung rupanya ramai lagi xbalik



makanan kat sini boleh tahan sedapnya
dan yang paling menarik perhatian aku kat sini ialah murtabak..
serius sedap sgt2..
xdapat rasa la kalau beli kat luar..
isinya penuh dgn daging bukan tepung semata2
tepungnya nipis dan garing.
huhhhh aku makan byk suka sgt...
byk laki menu lain tapi xtermakan pon


sempat lagi snap2 pic..hikhik..

TQ Pak Cik Leman & Terry...

:: Shopping Raya @ Jln TAR ::

Malam Rabu aritu aku ke Jln TAR dengan adik aku Anin
walaupun penat meniaga kat carboot sale siang harinya
husband aku kata jln mesti sesak punya..
so husband aku kata baik naik LRT dr titiwangsa..
dia leh la rehat kat DUID..jumpa Epul..
aku pon naik la LRT ke Bandaraya..


dengan muka kepoyoan aku sambil bawa beg ikea & tat nenas 2 balang 
untuk bagi pada Wati..Wati order pada Seri Dira Homemade..
sumer mcm memandang jer tgk tat nenas tu..
terliur agaknya atau aku jer yg perasaan org memandang..hikhik

sempat lagi snap2 pic ngan wati..hehe
bermaaf-maafan bagai la.

sebenarnya aku bukan nak cari baju aku pon..
baju raya aku da ada 5 pasang..hahaha byk dah tu..
suami aku ada sepasang jer..sian kan..
tambah2 nasib malangnya husband aku terbesar plak bajunya..
kena cari lain.
kali nie nak belikan baju mak, ayah & adik2 aku yang 2 org tu
gagahkan juga la kesana
satu Jln TAR aku pusing..
baju mak ayah sumer aku xberkenan
nnti balik kg suh mak ayah pilih sendiri kat Jakel..
mesti diorunk berdua puas hati kan..

jalan punya jalan akhirnya adik aku berkenan kat satu baju tu..
pilih punya pilih la sampai lebam.
akhirnya keputusan di buat aku beli 3 pasang..
satu Anin punya, satu Inah punya dan satu lagi ?????
aku punya...hahaha
tergoda lagi menjadikan baju raya aku 6 pasang
ala skali skala xper kan
lagipun aku g kejer bukan pakai baju kurung pon..
time raya la nk lepaskan geram melaram hahaha

jalan kat situ jgn kata la..sesak bukan main..
da beli sumer barang yang berkenan kat hati baru teringat nak balik
tgk2 jam da pukul 1.30 pagi..alamak..
cepat2 kol husband soh pick-up aku kat depan sogo..
sbb da xlarat nk jln..



jalan sesak sesangat sampaikan husband aku ambil masa hampir 1 jam 
dari DUID ke Sogo pdhal selalunya 15 min jer..
masuk jer kereta dlm 10 min terus aku terlelap
hahaha nmpak sgt aku kepenatan kan..kan...

:: Iftar @ Holiday Villa vs KLGCC ::

Salam Ramadhan
diam2 da hari ke- 25 kita berpuasa
xlama dah nak raya kan..
lagi 4 hari jer nak raya
cuti raya aku da ambil
raya sakan la kita

bulan2 puasa nie mcm2 tempat buat buffet ramadhan
semua hotel buat buffet ramadhan
setiap hotel tawarkan harga yang BOOM!!!!
utk tarik pelanggan
tapi pelanggan lebih pandai menilai mana yang lbh baik
berbaloi ke tidak..
dgn rasanya..
dgn suasananya..
dgn perkhidmatannya..
dgn mcm2 lagi lah..

pada 6 Ogos 2012 aritu ibu mertuaku ajak g berbuka
aku pon siap2 lar..

ibu mertuaku kata berbula kat Holiday Villa, Subang
=_=" nak kata jauh xlah jauh sgt
cuma nak ke sana agak sesak jgak la sebab nak kena lalu LDP kan..
tp kami xikut LDP pon..ikut jln alternatif lain 
lalu SKVE tembus ke PLUS
jalan ok la..sampai pon xlewat.. 45 min da sampai..
actually berbuka kali nie ada kaitan antara syarikat GP dgn staff kementerian
dgn kawan ibu mertuaku..

rate kat sini rm 85/pax 
gov & service tax 16% yer
total yang g berbuka sama sumer 7 pax..
2 orang staff kementerian, ibu mertuaku merangkap penasihat GP,
husband aku merangkap CEO GP, aku merangkap wife CEO (hahaha tumpang sekaki ), 
adik ipar aku Epul merangkap COO GP & Udin merangkap ICT executive..

makanan di sini byk
sampai ada stall2 kat luar
aku mkn yang kat dalam jer
yang kat luar tu da xlarat nk makan so abaikan jer
apa yang aku mkn dlm byk2 makanan yang ada???
lebih kurang 200 jenis mkanan yang ada..

wow!!! kambing panggang..

antara desert yang ada..



haaaa..nie jela yang aku mkn..tiada tambahan yer..tp air opkos la aku tambah bergelas2..
haus kot..
rugi kan kalau aku g buffet nie..
tp xper la..xkisah la sgt sbb setahun hanya sebulan jer ramadhan..
apa menu yang aku cari kalau g buffet ramadhan????
xkisah la asalkan benda tu sedap tp kambing bakar mesti mau ada yer..
WAJIB
aku dan husband penggemar kambing bakar ok..
aku makan sampai pukul 8.00 mlm jer lepas tu STOP
aku terpaksa tunggu mereka2 yang lain habiskan makanan.
selesai sudah..bye-bye Holiday Villa

12 Ogos 2012 aku berbuka kat KLGCC, Bukit Kiara plak
kali nie Mr Poh & Halen kawan kpd husband aku plak sponser.
ratenya lebih kurang sama juga Rm 85++

mula2 masuk aku da tertarik, menarik..
mmg tempat dia cantik
aku terpegun sampai xde snap pic pon..haha
kepala otak pikir nak makan jer time tu..

sgt best ada goreng-goreng selain itu ada buah2an tempatan dan import
cth pulasan, manggis, longan, buah naga, jambu batu, dan mcm2 lagi..

nie menu wajib ada..kambing panggang




 setiap tetamu dpt doorgift cute nie..
dlm dia ada kuih tradisonal
kuah bangkit. aku pon suka gak kadang2..

antara dua tempat tadi Holiday Villa & KLGCC
aku lebih suka KLGCC
nak tau kenapa???
makanan kat KLGCC lagi sedap dan puas hati..
mknan lagi byk..
tempatnya lagi selesa..
susunan lagi teratur
siap ada penyanyi jemputan lagi..hehehe
ok bye..
nak balik siap2 kali nie nk JJCM kat nilai pula..




:: Renew License ::

yeaaayy!!!
dah renew pon lesen memandu aku
xlah aku takut2 lagi bila terserempak ngan en polis


tamat tempoh 04.08.2014 lama lagi tu..
tamat time birthday aku la.
patut la kena Rm 47 tadi.
hikhik..
selamat memandu dengan selamat dan berhemah..


:: Gathering at Hotel Singgahsana, PJ ::

tarikh 4 ogos dipilih untuk majlis berbuka puasa bersama-sama
antara yang hadir Wa'a & Asrul, Zarip, Mai, Yayan, Sya & Apis dan adik aku Adah
  ( aku ajak sbb dia kesorangan balik dari shopping ngan aku )

nnti sambung update sbb gambar xde kt tgn aku..hikhik..
ada plak mcmtu erk...

:: 4 Ogos..tarikh apakah itu??? ::

aku sudah tua..
itu lah ungkapan yang terkeluar dari mulut bila hadirnya tarikh tersebut
kini umur meningkat naik ke angka 28
harap pada usia ini aku lebih matang
xmacam budak2 lagi

oleh sebab tarikh tu jatuh pada bulan ramadhan
jadinya birthday aku disambut secara sederhana jer oleh husband
tak seperti tahun lepas 3 hari berturut2 sambut dan 3 biji kek semuanya..
dan akhirnya ke tong sampah sudahnya kek tu
tepat jam 12 tghmlm seperti biasa la ucapan dari suami
yang boleh di kira panjang menjela la jugak
tapi menyentuh perasaan

siangnya aku ke Jln TAR nak cari baju raya
sambil tu ke SOGO
nak cari barang skit
tetiba husband ckp nak bg hadiah
aku da tau tp saja buat2 diam..hehehe
taktik jer
dia bg pilihan samaada nak samsung galaxy tab atau jam swatch
sempena nak ganti jam swatch aku yang da dua kali jatuh dan patah
careless betul la aku nie
dua2 jam tu husband aku hadiah kan plak tu
berbalik pada cerita tadi
dia tanya lagi soalan
"syg..syg nak hadiah apa? kalau nak duit xblh..kena ambil barang"
aku pon berfikir sejenak..
tetiba....

aku terpandang Poh Kong kat sebelah kedai jam dlm sogo
hehehe..
terus aku ckp
"ayg baik ayang belikan org gelang blh pakai gelang baru time raya,
lagipon tu kan akan jadi aset..hehehe"
dia senyum jer, adik aku yg kebetulan ikut kami shopping turut senyum..
dia bersetuju..hikhik..
dan akhirnya..



thanx my husband
hikhik...
aku pilih yang simple jer..
ingat nak ambil yang silver gold tu
tp adik aku kata tgn aku hitam xsesuai..
ambil la yang nie..

selesai terus cari barang keperluan husband plak..
kena cepat sbb ptg tu ada majlis berbuka kat Hotel Singgahsana, PJ
dengan kawan2 lama..
so xpayah beli kek dia kata
buffet ramadhan kat sana byk kek
hikhik...
thanx ayg!!




:: Happy Birthday Adam Firas ::

Hari nie genap 2 tahun umur anak sedara aku yang ke-3 iaitu Muhammad Adam Firas a.k.a Adam
seorang budak pintar tapi sangat nakal..
hehehe





mak lang doakan semoga adam menjadi anak yang soleh 
rajin, cerdik, mendgr kata
dan xmo nakal2 yer..
hadiah adam xbelikan pon lagi.
xtau lagi nak belikan apa utk adam..
ok..nk balik dah..boleh carikan hadiah adam sekali ok.
bye..