Showing posts with label Ramadhan Syawal 2012. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Syawal 2012. Show all posts

:: Open House in The House ::

Salam 1 Malaysia !!!!
erm.. baru nak mengupdate pasal open house padahal dah seminggu yang lepas berlalu
kisahnya begini....

aku baru 1st time nak buat open house
memandangkan tahun2 sblum nie xpenah buat lagi (save budget la tu..kihkih)
seminggu sebelum tu aku da pikir apa yang nak dimasak.
xtau nk jamu apa.
byk menu dlm kepala otak tp blh ke x aku buat??
sempat ker x aku buat???
hehehe.
antara menu yang aku nak buat:

satay ayam & daging 
kuah kacang
nasi impit 
lemang
rendang ayam
kwetiau goreng kerang
bihun sup
air ribena (kelas kau sya!!!!!)
fruit cocktail
ais krim vanila chocolate & vanila keladi
kuih-kuih raya

menu cadangan yang xsempat aku nak buat:
roti jala
spaghetti bolognese

mcm2 masalah sebenarnya kalau nk buat open house umah aku nie..
antaranya:
rumah sempit (mana nk campak brg2 kat depan tu..)
parking susah (penuh jer memanjang)
visitor susah nak masuk (kena touch card bagai)


ruang tamu aku..sempit kan..

erm..no comment..aku mmg begitu

alolo..byk lagi kuih tp xde bekas..

nie yang makan ruang nie..

ruang yang ada..

sumer aku nak letak kat atas tu..penuh...

kesian tetamu berhimpit2.

jemput makan semua.

terima kasih pada tetamu yang sudi hadir:
Siti Nadirah, adik Ujie & Caca
Siti Samsiah & family
Kak Fara & family
Kak Ina & family
Kak Tin & family
Kak Yati & family
Sa'o & isteri
Apis & family
Dila & family
Wa'a, Asrul & Zarip..

:: Balik Raya di Penggerang ::

kringggg kringgg...
kringgg...kringgg..
handphone husband aku berbunyi
aku poh soh la dia angkat..xkan aku plak nk angkat kan..
rupanya sepupu husband aku kol suruh balik sembahyang raya kat kg bapa mertuaku
kampungnya di Penggerang penghujung johor la kiranya..
katanya nie tahun terakhir kampung tu ada..
tahun depan sumer kampung tu da xde dan dijadikan pelantar minyak.
kerajaan nak ambil balik tanah tu..
tp xboleh la nk balik sembahyang raya 
sbb..
tahun nie ikut giliran raya pertama kat rumah family aku..
confirm aku xnak kan..
xnak....

cadangnya pun tahun nie xpayah balik beraya di johor
memandangkan sumer family husband aku berkumpul 
di rumah Pak Long di Kampung Tunku, Petaling Jaya..
tp slps berbincang2 akhirnya kami balik ke Johor juga mlm raya ketiga
selepas perjumpaan keluarga..

keluarga besar Hj Muridan & Hjh Hapsah

esoknya kami meneruskan misi ke Pengerang slps bergambar keluarga
2 tahun lps aku penah datang juga ke Pengerang.. 1st time aku dtg..
masa tu baru tahun pertama beraya sebagai isteri la..acececeh..
time tu ikut jln biasa
dlm 4-5 jam baru sampai..
jauh nya..


nie hiway baru nak ke Kota Tinggi-Pengerang

tp sekarang da ada hiway tau.
2-3 jam da sampai..bagus betul..
al-maklumla situ da nak semakin maju sbb kerajaan da nak ambil tanah-tanah
penduduk kampung utk dijadikan pelantar minyak..
bukan ambil free beb... berbayar la..
dgr2 cecah gak juta2..
bapa mertuaku pon dpt juga tempias2 sbb kebunnya ada kat sana..

lepas beraya rumah sedara mara kat situ kami ke
 jeti Tanjung Pengelih buat kali terakhirnya..

mak mertua aku kata snap pic byk2 kat situ..

snap lagi..

 lagi dan lagi..


wow!!! besarnya spek aku..huahua..

sepupu husband aku da jd pemandu pelancong terangkan pasal kawasan..

kawasan yang telah di ambil

di JPO

sedondon di JPO..

:: Bestnya Raya ::

salam..
raya oh raya..
tahun nie aku beraya rumah family aku dulu..raya ke-3 baru balik ke kampung suami
gembira bukan main
raya bersama mak & ayah sendiri lebih gembira buat anak-anak
raya rumah ibu mertua & pak mertua pon best gak..bukan xbest cuma perasaan sayu tu lebih la
teringat mak ayah sendiri..

raya kali nie seperti raya thn lepas..
malam sebelum raya biasa la mesti lah masak2.
esoknya pagi2 da bangun sambung masak apa yang patut, kemas2, 
seterika baju raya, standby duit raya, dan yang paling penting
hidangkan juadah di pagi raya 
untuk mereka2 yang nk ke masjid

bagi aku.. amat jarang aku ke masjid untuk sembahyang sunat raya aidlfitri
kalau sembahyang sunat raya aidiladha rajin la..
nak tau kenapa??

sbb slalu kalau solat raya aidilfitri ayah suruh makan dulu sebelum kemasjid..
so aku la orang penting yang akan hidangkan & kemaskan tempat makan.
tp kalau solat raya aidiladha pula ke masjid dulu, balik dr masjid baru makan..

selalu pagi raya aku la org yang paling lambat bersiap..
hehehe..



lepas balik dari masjid aktiviti wajib adalah bersalaman..
selesai bersalaman kami akan pulang ke kampung mak di perak secara berkonvoi
3-4 buah keter.



tapi kali nie lewat sikit pulang ke perak sebab 
family tunang adik aku nak datang beraya kat umah.
dalam tengahari baru gerak.

destinasi pertama adalah tanah perkuburan..
melawat kubur arwah mak yang dan arwah atuk serta nenek
terus ke kebun mini tanah pusaka mak
dah 4 tahun dah kalau lepas ke kubur mesti ke kebun mini mak.
saja melawat2..

destinasi seterusnya ke rumah Pak Uda & Mak Uda
mereka jamu kami laksa & pecal, air kelapa ais krim soda..
terbaik lah layanan..
sampai kenyang la kami tibai hahaha


sebelum balik sempat bergambar dgn mereka 
di depan rumah pusaka arwah atuk dan opah

lepastu ke rumah Pak Andak & Mak Andak
xjauh dari rumah Pak Uda dalam satu kampung jer
sampai rumah mereka kami layan makan kuih & kacang-kacang jer
sebab da kenyang

terus ke rumah Pak Ngah & Mak Ngah muda
sambil melawat mereka berdua yang tgh xberapa sihat
lama juga kat situ.
dila adik aku pon dtg dari rumah mertua dia di Taiping
dan terus balik raya di Kuala Selangor

meneruskan berkunjung ke rumah Mak Ngah tua pula.. 
xjauh pon taman sebelah jer
dah nak masuk magrib
terus tibai makan lagi.. punya la byk mkn time raya nie
ke rumah Kak Eha pula kat taman yang sama
kali nie mmg surrender 
minum air jer
badan pon da rasa penat sgt

cukup la berjalan di raya pertama nie..
bersedia utk bergerak balik 
dlm kereta aku tidur xsedar
al-maklum la naik kereta baru husband aku..
sian dia drive sorang2 sambil layan cerita Smallville
 dan alhamdulillah selamat sampai semuanya


selamat hari raya 
maaf zahir & batin dari kami sekeluarga

:: Ketupat Palas Raya ::

hahaha..baru nk update setelah 10 hari beraya
maklum la sibuk kan raya sakan
xde buka-buka blognya lahai
xsompatnya 
raya-raya sakan..


kali nie nak update pasal ketupat palas yang kami buat sendiri
nie merupakan kali kedua buat ketupat palas kat umah mak ayah..
serius sebelum nie xpenah buat
nie pon kak ipar aka kak chik aku yang ajar adik2 aku thn lepas
tahun lps aku beraya umah mak mertuaku so xmerasa makan & xmerasa buat
tahun nie turn rumah family aku so kira 1st time aku buat ketupat nie..



tgk tu tgn2 kami sedang membungkus ketupat palas..
anin, inah, adah dan kak ipar aku aka kak ngah turut 
menganyam walaupon mabuk2 sbb tgh pregnant..

jom tgk langkah satu persatu cara nak membuatnya.. 


mula-mula sediakan daun palas..buka daun palas hingga habis dan melebar..
gulungkan membentuk segi tiga


jadikan bentuk segi tiga seperti gambar atas tu.
pastikan bucunya tajam, 
kalau xberbentuk tajam kang pulut blh terkeluar dari tepi-tepi bucu tu


masukkan pulut yang ditanak separuh masak bersama santan pekat 
(semasa tanak pulut pastikan sentiasa dikacau bersama santan pekat & sedikit garam)
padatkan pulut yang dimasukkan tu..
kemudian bungkus


bungkus membentuk segitiga sehingga penghujung daun palas tadi


akhir sekali, bila sampai penghujung selitkan tangkai 
dicelah daun terakhir yang dilipat..
kemaskan ikatan ketupat palas tadi..


tada!!!!!!
da siap satu periuk dan sedia utk direbus untuk di jadikan juadah di pagi raya..
selamat mencuba!!!



:: Selamat Hari Raya Aidilfitri ::

Hukhuk...sedihnya da nak raya..
selamat tinggal Ramadhan..
dikesempatan ini nk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin yer...
hati-hati balik beraya, jgn main mercun, merian dan seangkatan dgnnya..
harap hari raya kali ini bermakna buat kita semua.
amin...


:: Iftar @ INTEKMA Resort ::

Kemana kita nak berbuka..jom ikut aku JJCM..






Semalam last day berbuka diluar..lepas nie berbuka kat rumah jer..
ala lagi 2 kali jer berbuka
harinie dan besok..
sebenarnya Pak Cik Leman yang ajak berbuka kat INTEKMA nie.
sbb aritu aku & husband belanja pak cik berbuka kat De Palma Inn
mlm semalam aku tgk meriah betul..ramai betul org..
ingatkan ramai yg da balik kampung rupanya ramai lagi xbalik



makanan kat sini boleh tahan sedapnya
dan yang paling menarik perhatian aku kat sini ialah murtabak..
serius sedap sgt2..
xdapat rasa la kalau beli kat luar..
isinya penuh dgn daging bukan tepung semata2
tepungnya nipis dan garing.
huhhhh aku makan byk suka sgt...
byk laki menu lain tapi xtermakan pon


sempat lagi snap2 pic..hikhik..

TQ Pak Cik Leman & Terry...

:: Shopping Raya @ Jln TAR ::

Malam Rabu aritu aku ke Jln TAR dengan adik aku Anin
walaupun penat meniaga kat carboot sale siang harinya
husband aku kata jln mesti sesak punya..
so husband aku kata baik naik LRT dr titiwangsa..
dia leh la rehat kat DUID..jumpa Epul..
aku pon naik la LRT ke Bandaraya..


dengan muka kepoyoan aku sambil bawa beg ikea & tat nenas 2 balang 
untuk bagi pada Wati..Wati order pada Seri Dira Homemade..
sumer mcm memandang jer tgk tat nenas tu..
terliur agaknya atau aku jer yg perasaan org memandang..hikhik

sempat lagi snap2 pic ngan wati..hehe
bermaaf-maafan bagai la.

sebenarnya aku bukan nak cari baju aku pon..
baju raya aku da ada 5 pasang..hahaha byk dah tu..
suami aku ada sepasang jer..sian kan..
tambah2 nasib malangnya husband aku terbesar plak bajunya..
kena cari lain.
kali nie nak belikan baju mak, ayah & adik2 aku yang 2 org tu
gagahkan juga la kesana
satu Jln TAR aku pusing..
baju mak ayah sumer aku xberkenan
nnti balik kg suh mak ayah pilih sendiri kat Jakel..
mesti diorunk berdua puas hati kan..

jalan punya jalan akhirnya adik aku berkenan kat satu baju tu..
pilih punya pilih la sampai lebam.
akhirnya keputusan di buat aku beli 3 pasang..
satu Anin punya, satu Inah punya dan satu lagi ?????
aku punya...hahaha
tergoda lagi menjadikan baju raya aku 6 pasang
ala skali skala xper kan
lagipun aku g kejer bukan pakai baju kurung pon..
time raya la nk lepaskan geram melaram hahaha

jalan kat situ jgn kata la..sesak bukan main..
da beli sumer barang yang berkenan kat hati baru teringat nak balik
tgk2 jam da pukul 1.30 pagi..alamak..
cepat2 kol husband soh pick-up aku kat depan sogo..
sbb da xlarat nk jln..



jalan sesak sesangat sampaikan husband aku ambil masa hampir 1 jam 
dari DUID ke Sogo pdhal selalunya 15 min jer..
masuk jer kereta dlm 10 min terus aku terlelap
hahaha nmpak sgt aku kepenatan kan..kan...