:: Perkembangan fetus - hamil 30 minggu ::

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 


• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 




:: Ganu Kite CNY ::

haaaa.. baru nk update entry nie..
maklum ler aku da malas benor nk update blog
sejak2 dah "memboyot" nie..hehe..
nie citer time cuti Chinese New Year  
sebulan yang lepas..
mak ngan ayah aku bercadang nk g bercuti
ke Terengganu sekali gus melawat kak ipar 
aku yang baru lps bersalin di Kemaman
dan melawat adik aku yang baru kahwin di Marang..

Kali nie husband aku xdpt ikut sbb ada kerja so
yang ikut hanya aku dan adik2 aku dua org tu..
abg aku Sa'o pn ikut tp sampai kg wife dia kat 
Kemaman jela..

Kami gerak seawal jam 3 pagi 9 feb 13..
gara-gara takut tersekat kat tgh jalan..maklum la cuti 
perayaan confirm sesak kan..

singgah makan di Cherating dulu sebelum sampai 
di Kemaman..

dalam pukul 10 sampai di Kemaman dan terus 
jenguk Mohd Shahrin Akid..
kesian baby Akid kena jaundice.

berebut2 nk pegang Akid..
mukanya time tu persis atuknya kat Kemaman..
Kami dijamu dgn makanan yang enak dan macam2
sampai xlalu nk mkn..
mesra tau org Kemaman nie.
lbh kurang sejam lbh kami pon gerak pula
ke destinasi seterusnya Marang..

dari Kemaman ke Kerteh..dari Kerteh ke Paka.

dari Paka ke Dungun..dari Dungun ke Marang..
akhirnya sampai ke destinasi IPD Marang..
sampai tu sembang2 dulu jap lps tu sejam kemudian
semua terlelap...ZZZzzzZzZZzz...
hahahaha..kepenatan sey..



petang tu lepak tepi pantai kat area rumah tu jer..
dekat sgt dgn laut..
pantai kat ganu nie kira terbaik juga la..
ombaknya juga blh tahan kuatnya..

malamnya pula tuan rumah nk belanja seafood..
tgk tu muka tuan rumah happy jer nk belanja..kan..hahaha..

antara menu2 yang dah di order..3 menu jer seafood..
lg 3 menu bukan seafood ok..



ok layan makan sumer yer.. sampai nk terburai perut sbb 
kenyang sgt..aku mkn sikit pon da kenyang
tgh preggie nie mkn skit pon da kenyang..
lupa plak nk mention nama kedai yg kami mkn..
"Payang Serai Restaurant"
lps mkn lepak plak kat tepi pantai Batu Buruk..

keesokkan harinya dah plan ke Pulau Kapas..
last minute dibatalkan sbb mak xbg..
hukhuk.. sbb mak risaukan keadaan aku yang
tengah pregnant nie..bahaya katanya..
hati aku dah membuak-buak nk snockeling..
tp xper la demi baby ibu sanggup batalkan..
lain kali la pergi..
so tukar plan dan kami ke Pasar Payang..



orang teramat..amat..amat la ramai maklumla cuti
raya cina kan..
dpt grab beberapa sutera batik jer.. dan makanan skit..
ok la tu dari xdapat apa2 kan..hehe
padahal lama juga kami kat dlm tu..
balik ke Pantai Batu Buruk semula 
ternampak la pula kereta kuda yang cute 
nie.. jom naik..
hehehe..




murah jer naik kereta kuda nie..
rm 5 / person..
kami pon naik la semua..
ptg tu juga kami da kena balik sbb esok pagi2 ayah 
kena attend majlis pertunangan anak sedaranya..
ala potong btl la..ingatkan nk lepak sampai isnin ptg 
atau selasa..lama la skit...
apa-apa pon terengganu mmg best..
apatah lagi pulau-pulaunya..
Insyaallah lps nie nk ke pulau-pulaunya pula..
ok..jumpa lagi.. Ganu kite!!!

:: My Baby Kick ::


hoho.. kali nie kiter citer pasal tendangan baby pula yer..
sebenarnya kita dah boleh rasa tendangan tu
seawal 4 bulan lagi cuma mungkin xkuat 
dan tak berapa perasan sgt tendangan tu..kan..kan..
tp sekarang usia kandungan aku da 27 minggu 4 hari
kira da 6 bulan la tendangan baby ibu dlm perut 
sgt2 kuat dan kerap..
sampaikan kita blh nmpak perut kita
bergegar bila baby kita sedang tendang..
kadang2 rasa senak sgt..
tp mmg teruja bila baby ibu tendang dan ibu tau
yang baby ibu selamat kat dlm rahim ibu..
semoga baby ibu selamat dan sihat 
sehingga dilahirkan ya..
aminn..