:: Syafiq 6 Bulan :: 6.12.13 ::

Pejam celik..pejam celik..pejam celik..
brapa banyak kali mau pejam celik daaaa..
hahaha..
  
pejam celik..pejam celik..
dah masuk 6 bulan dah baby boy aku..
mmg xsangka cepat btl masa berlalu...
sempena 6 bulan ni ibu belikan cupcake utk Syafiq..
mula nk beli kek utk dia tp dia bkn blh makan pon..
membazir jer..
so tempah la dgn Dira Homemade.. 
yg baby kecil comel atas cupcake tu beli
kat Secret Recipe..

bukan main suka dia nak makan..

mesti korang nak tau apa yg Syafiq pandai bila 
umur 6 bulan nie..
apa perkembangan dia??
hahaha.. Syafiq hanya pandai senyum dan gelak..
dan bila tepat umur dia 6 bulan barulah dia 
pandai meniarap..

tgk tu bukan main happy lagi Syafiq dapat meniarap

agak lambat kan..ini mungkin disebabkan 
perangai Syafiq yang happy go lucky sentiasa
kurang menangis, tidak meragam, dan mungkin juga 
sebab badan dia agak bambam..
mesti korang hairan kan..apa kaitannya
budak yg kuat menangis akan cpt meniarap??
bila budak yg kuat menangis dan meragam 
mereka akan meronta2 kekiri kekanan
last2 mereka akan tertiarap sendiri..
dan dari situlah bayi ini akan pandai meniarap..
logik x teori aku nie erm..
teori ni aku cipta sbb tgk dan perhatikan anak
 sil yg umurnya lebih kurang Syafiq.. 
suka menangis last2 cepat meniarap..
:P

:: Hari Keluarga Hj Muridan Kali ke-2 :: Langkawi 2013 ::


hye semua..seperti tahun lepas family Hj Muridan akan buat family day merangkap meeting family sekali gus..
destinasi pilihan bg tahun 2013 adalah Langkawi iaitu pada 21-24 Nov 2013


Hari pertama 21 Nov 2013 (Khamis) : Perjalanan
Perjalanan kami adalah menaiki kereta sebanyak 3 biji kereta..selebihnya 8 org lagi naik flight..pada mulanya aku pon nak naik flight sebab rasa lagi mudah dan cepat berbanding naik kereta yg mengambil masa lbh kurang 7-8 jam utk sampai ke jeti Kuala Kedah. Memandangkan nanti tiada siapa yang nk uruskan hal-hal penting disana melainkan suamiku jadi suamiku decide naik jer kereta..boring juga lama benor kat dlm kereta kan..

Syafiq pon naik pening kihkihkih..


ayah + ibu = syafiq 


Kami sampai dijeti Kuala Kedah lebih kurang pukul 6.30 ptg..cadangan asal nak naik dari jeti Kuala Perlis tapi mcm xsempat jer so terus ke Kuala Kedah.. selesai beli tiket dlm 15-20 min kami pon naik feri..sampai kat jeti Kuah van yang kami dah booking dtg bawa kami ker homestay xpasti kat mana tempatnya tapi lokasinya diantara Kuah dengan lapangan terbang.. malam xde aktiviti yang dijalankan sebab semua kepenatan. so berehat jela..yang naik flight pon sampai lebih kurang sama jer ngan kami..

Hari kedua 22 Nov 2013 (Jumaat) : Meeting & Shopping
Pagi nie selepas sarapan pagi maka meeting pon dijalankan..xpayah ler citer apa isi meeting nya yer..kang terus kena buat minit mesyuarat la plak kan..kan..meeting berakhir jam 12.30 tghari..memandangkan hari tu hari Jumaat so taklimat tentang wasiat dan tentang pengurusan kewangan ditangguhkan..para-para suami pergi solat jumaat maka yg para-para isteri siapkan makanan..bukan masak pon..beli jer..kata bercuti kan..so memasak pon kena cuti ler kan..hahahaha..

mengacara majlis sambil pegang anak ko..

petangnya selepas solat jumaat kami pon pergi bershopping kat pekan Kuah sampai pukul 12 tghmalam baru balik..xde benda lain nak beli kat langkawi melainkan coklat, pinggan mangkuk, sudu garfu dan kain batik serta pelikat.. jgn tanya berapa ratus duit aku habis.. nak tau cer korang spare bawak 2k dan tgk berapa yang korang akan gunakan.. hahaha mcm2 nak dibelinya sampaikan beg pon kena beli jugak.. knapa?? paham2 sendiri yer..dah penat mlm tu tido pengsan xsedar :P

Hari ketiga 23 Nov 2013 (Sabtu) : Taklimat, Cable Car & Shopping
Taklimat wasiat oleh Muhamad biras aku dan taklimat pengurusan kewangan oleh suami aku sendiri.. tu lau pengurusan kewangan aku xbagus xtau la gak kan.. selesai taklimat terus bersiap nak ker cable car..org bukan main ramai lagi mana taknya cuti sekolah..dats y la aku xsuka berjalan time cuti sekolah..

menunggu turn nak naik cable car

sampai di top station panorama Langkawi..

lepas tu family aku ngan family kak tin sambung shopping lagi kat pekan Kuah..xreti2 penat gamaknya..balik dah tengah malam baru terasa ngantuknya..sebelum balik tu sempat g beli tiket untuk island hopping keesokan harinya..

Hari keempat 24 Nov 2013 (Ahad) : Island Hopping, Shopping & balik
Pagi ni sibuk kemas barang sbb harinie da kena serah kunci rumah..so kami kemas2 dan sewa satu lg rumah kat area jeti nk ke tg rhu kononnya sampai ptg ni jer memandangkan time kami nak island hopping xtau nak letak barang kat mana sbb petang terus nak balik KL..

Rasyid time ni baru 3 bulan.. ikut juga ummi kan..

syafiq takut angin kuat..

meh bergambor ngan ibu plak..

hidupan di paya bakau..

perasan tak bukit tu menyerupai seekor kingkong..

helang mencari makanan..

syafiq bersama kak zetty dan mama..

di gua kelawar..

ralit main air yer syafiq..

alolo..comeinya...

abg ijat try bagi ikan pari makan..

sun burn muka syafiq kan..kan..

dekat pukul 4 juga sampai ke homestay.. semua berebut nak mandi..mana tak nya melekit satu badan kena air masin.. aku bersiap kemas2 barang kononnya semua balik petang tu juga..last minute husband aku kata xjadi balik ptg tu..sebab xlarat so balik esok pagi.. cuak aku sebab esok aku kerja..xleh cuti sbb ada pameran.. kelam kabut la bersiap utk ke airport cari tiket flight..kalau ada blh balik saing family Kak Tin skali.. pergi la ke airport nak tau berapa harga tiket nak balik ke KL.. aku dgn syafiq kena rm450.. huaaaa rasa nak menangis..nak xnak kena gak beli.. kalau shopping coklat tu da berbeg2 dah tu.. redha jela.. terus ke kuah semula utk last shopping..aku beli beg tarik jer satu..senang nak bawa..beli lagi coklat korek2 duit baki dlm dompet..balik homestay amik beg terus ke airport.. sbb kena ada kul 9 kat sana..bye2 langkawi jumpa lagi lain kali..

coklat Langkawi..

paberet ni ooo...

selamat menjamu coklat dan selamat menggemukkan badan hahahah
ok bye..