Showing posts with label Masterchef SYA. Show all posts
Showing posts with label Masterchef SYA. Show all posts

:: Rendang Tumis Warisan Ibu ::


jom kita belajar buat rendang..
sebenarnya dah lama nak keluarkan entry pasal rendang nie..
da taip dah sikit2..
nie baru lengkap...
alkisahnya bila time open house aritu la..
kak ipar aku aka Kak Tin nak buat
open house..
dia suruh aku masakkan rendang
sbb dia ada termakan makan rendang nie
time open house kat rumah aku..

Bahan-Bahannya: 

1. Belacan
2. Bawang merah
3. Bawang besar
4. Bawang putih
*semua bahan-bahan di atas dikisar


5. Lengkuas (dikisar)
6. Halia (dikisar)
7. Serai (dipotong halus & dikisar)
8. Buah keras ( ditumbuk lumat)

9. Daun kunyit (dihiris halus)
10. Cili kering (dikisar)
11. Ayam (digoreng 1/3 masak utk elakkan ayam hancur)
12. Santan pekat

Cara-caranya:

mula-mula kita kisarkan cili kering yang sudah 
direbus & dibuang bijinya..
apabila cili sudah hancur kisarkan sekali bawang-bawang,
belacan, halia dan lengkuas..
asingkan dan kisarkan serai..
tumbukkan buah keras hingga halus..

panaskan minyak di dalam kuali sehinggga
betul-betul panas minyaknya

tumiskan bahan-bahan kisar tadi 
(cili, bawang-bawang, belacan, halia & lengkuas)

masukkan serai yang telah dikisar tadi..

tambahkan cili jika kurang pedas
(ikut citarasa masing-masing samaada mahukan pedas atau tidak)

tumis sehingga bahan-bahan tadi betul-betul garing..

apabila sudah garing masukkan serbuk buah keras..
gaulkan sebati..

masukkan ayam 1/3 masak tadi..
gaulkan sebati..

hahaha...kena tukarkan kuali sbb kuali tu xmuat..
aku gunakan 2 ekor ayam..
masukkan santan pekat dan gaul sebati..

masukkan daun kunyit hiris & biarkan sehingga mendidih
dan sedikit kering kuahnya mengikut citarasa samaada 
hendak berkuah atau kering..
kemudian bolehlah dihidang...
nak masaknya sgt mudah cuma nak siapkan bahan2 
mengambil masa..

selamat mencuba!!!

:: Kuih Raya ::

Bahan-bahan da beli.. 
nantikan sama ada jadi ker x kuih raya aku nanti yer.
nak buat kuih apa yer tahun nie.
erm..
ntah la
tunggu dan lihat jer apa yang jadi


ehhehee..

:: Cream Caramel vs Kawah Bulan ::

semalam buat kali pertamanya aku buat cream caramel
kisah bermula apabila si suami teringin sangat nak mkn dessert nie..


aku bersungguh2 la nk buat..balik dari niaga carboot sale hari tu terus ker Jusco
nak cari bahan2 dan peralatan..
sampai rumah terus mula buat.

bahan-bahan:
-> 3 biji telur gred A
-> 1 cawan susu segar
-> 1 sudu gula
-> 1 sudu teh esen vanila
-> satu cawan gula ( utk dihanguskan )

cara membuat:
1. masak gula didalam kuali hingga keperangan..jgn terlalu hangus dan ketepikan.
2. pukul telur dan susu cair hingga berbuih, masukkan gula dan asen vanila.
3. panaskan pengukus.masukkan bekas, tuangkan gula hangus ke dalamnya.
4. masukkan pula telur dan susu cair tadi.
5. kukus selama 30 min atau sehingga masak..

aku pon buat la..tunggu punya tunggu dan akhirnya...



ini la hasil yang pertama..warna putih dan hancur..
kesalahan:
1. semasa mencairkan gula, aku letak air..so warnanya tidak perang
2. mungkin sebab xcukup masak lagi dah angkat
3. mungkin sebab perangai aku yang gelojoh..lepas angkat jer dari pengukus aku terus
jer telangkupkan dia..panas2 aku terlangkupkan..napa la aku xterpikir nak sejukkan dulu..hehe


lepas aku tgk hasil yang pertama gagal terus aku buat kali kedua.
kat atas tu la hasilnya.. rasa da ok, masak pon ok cuma rupa ada sikit kurang la..
takut aku nk makan mcm rupa kawah bulan dah aku tgk..
kesalahan
1. aku gunakan acuan yang berbentuk2..so rupa itu la jadinya..
kalau nak cantik pakai jer loyang 4 segi atau bulat.kan..kan..


serupa x macan cream caramel aku tadi??? 
ada sikit2 persamaan kan rupanya..
hehehe..


nie la baru cream caramel yang betul2 jadi dan cantik..
lps nie nak try buat lagi sampai berjaya k..
hehe

:: Roti Sardin Salut Telur ::

 dis mmg faberet aku sbb mak selalu buat kuih nie terutama bila nak jalan2 jauh
sejak dah kawin aku mula la belajar buat.
senang jer
jom tengok bahan2
1. roti
2. sardin
3. bawang besar
4. cili padi
5. telur
6.cuka
7. minyak utk menggoreng
8. cheesedale (jika mahu)
9. jus limau nipis

cara buatnya pula: 
sardin tadi dihancurkan, campurkan bawang besar yang dipotong memanjang dan cili padi yang dipotong tadi serta jus perahan limau nipis.
biarkan. lenyekkan roti sedikit. masukkan cheese slice & inti sardin tadi dan gulungkan.gamkan bahagian hujung roti dgn telur yang dipukul.
celupkan dalam telur dan goreng di dalam minyak yang telah dicampurkan dgn 1 sudu cuka (awas minyak akan memercik bila cuka dimasukkan)
goreng hingga agak kecoklatan.
angkat dan toskan..boleh la dimakan.
(O_o) 


:: Asam Pedas Ikan Pari ::

my faberet mmg asam pedas..dulu mak slalu masakan asam pedas..habis aku mkn..tp sekarang dah kawin kena la masak sendiri..aritu buat asam pedas ikan pari menjadi dan sedap (suami kata la..hehehe) tp xambil gambar pon..kali nie buat lagi..hehehe.. nie bahan-bahan yg aku gunakan.. aku ikut sukatan sendiri..agak2 jer secukup rasa...




1. Tumis bawang yg ditumbuk sampai naik bau dan kekuningan..
2. Masukkan cili kering kisar dan belacan ..biarkan cili itu sedikit garing..kena kacau supaya tidak hangit..
3. Masukkan air didih mengikut brapa byk kuah yg aku nak..
4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5. Masukkan ikan pari. (masak ikan pari sampai kulit tebalnya terkopek sedikit..)
6. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa..jgn lebih..
7. Bila dah mendidih masukkan bendi (blh juga letak tomato). 
8. bila bendi da agak masak baru la tutup apinya..dan hidangkan..
tada...da siap..ready utk dimakan..tp kalau nk best korang makan ngan 


TAUGEH TUMIS BERKICAP..
mmg sesuai..
my mum pon kalau buat asam pedas mesti tumis tauge..
licin pinggan..
selamat mencuba..

Roti Jala + Bubur Durian

Hari tue teringin sgt nak makan roti jala berkuahkan bubur durian..
 aku pon beria suruh suami aku belikan durian kat bawah apartment aku ney.. dpt sebijik pon jadi la..
tup tup.. 
suami aku belikan 3 biji.. dia kata 3 biji rm 20.. baik beli 3 biji.. 
boleh la dia hentam lg 2 biji..hehehe..
seperti biasa la..bila aku nk masak aku akan call my mum dulu tanya sama ada betul atau x resepi yg akan aku masak tu..
mak aku kata betul so aku mula kan dgn kuah durian tu dulu..
sgt senang cuma masukkan santan pekat dan durian bersama serta gula sedikit..
masak di atas api yg sederhana sambil kacau..dah mendidih masukkan pula santan cair..biar kan didih lagi dan tada.... da siap..
buat roti jala juga senang..aku cuma pakai tepung gandum, letak asen vanila sikit dan air..kacau sampai betul2 tepung tu hancur dan sebati..jgn pekat sgt k..
aku bahagikan dua..satu aku biakan warna putih dan satu lagi warnakan dgn hijau skit..
masukkan dlm acuan dan masak atas api..
tepung da masak angkat dan gulungkan..
tada.....
da siap juga..



inilah hasilnya..husband kata sedap!! puas hati..