:: Cream Caramel vs Kawah Bulan ::

semalam buat kali pertamanya aku buat cream caramel
kisah bermula apabila si suami teringin sangat nak mkn dessert nie..


aku bersungguh2 la nk buat..balik dari niaga carboot sale hari tu terus ker Jusco
nak cari bahan2 dan peralatan..
sampai rumah terus mula buat.

bahan-bahan:
-> 3 biji telur gred A
-> 1 cawan susu segar
-> 1 sudu gula
-> 1 sudu teh esen vanila
-> satu cawan gula ( utk dihanguskan )

cara membuat:
1. masak gula didalam kuali hingga keperangan..jgn terlalu hangus dan ketepikan.
2. pukul telur dan susu cair hingga berbuih, masukkan gula dan asen vanila.
3. panaskan pengukus.masukkan bekas, tuangkan gula hangus ke dalamnya.
4. masukkan pula telur dan susu cair tadi.
5. kukus selama 30 min atau sehingga masak..

aku pon buat la..tunggu punya tunggu dan akhirnya...



ini la hasil yang pertama..warna putih dan hancur..
kesalahan:
1. semasa mencairkan gula, aku letak air..so warnanya tidak perang
2. mungkin sebab xcukup masak lagi dah angkat
3. mungkin sebab perangai aku yang gelojoh..lepas angkat jer dari pengukus aku terus
jer telangkupkan dia..panas2 aku terlangkupkan..napa la aku xterpikir nak sejukkan dulu..hehe


lepas aku tgk hasil yang pertama gagal terus aku buat kali kedua.
kat atas tu la hasilnya.. rasa da ok, masak pon ok cuma rupa ada sikit kurang la..
takut aku nk makan mcm rupa kawah bulan dah aku tgk..
kesalahan
1. aku gunakan acuan yang berbentuk2..so rupa itu la jadinya..
kalau nak cantik pakai jer loyang 4 segi atau bulat.kan..kan..


serupa x macan cream caramel aku tadi??? 
ada sikit2 persamaan kan rupanya..
hehehe..


nie la baru cream caramel yang betul2 jadi dan cantik..
lps nie nak try buat lagi sampai berjaya k..
hehe

No comments:

Post a Comment