:: TTC - Buah Zuriat ::

Buah zuriat adalah salah satu buah yang dikatakan boleh mendapatkan zuriat bagi mereka yang sukar hamil dengan meminum air rebusannya.

Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah zuriattin/buah koka/ buah hawa. Semuanya sama. ia adalah buah asal dari pokok koka. Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu. Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan. Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Bila aku dgr khasiat buah zuriat teringin pula untuk mencuba. Kalau nak tau buah nie hanya terdapat di Madinah & Mekah. selalunya kalau nak dapatkan nya bila saudara mara kita balik dari sana. tapi aku beli kat carboot sale upm.

RM 15 untuk 3 biji


my husband berusaha untuk mengupas buah ini..
kikis sikit demi sikit kulitnya sbb keras..

akhirnya..haha.tp isi nya xdpt nak kupas lagi sbb keras sangat.

Sampai ke hari ini aku xminum lagi airnya. sebab x dapat isinya lagi. nak kupas kena ketuk2 kang marah plak jiran atas umah dengar bunyi bising kan. xper usaha lagi untuk mendapatkan isi buah ini..hehehe satu lagi nak bagitahu yang air nie bukan isteri jer boleh minum malah suami juga boleh minum yer..

Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Kita mencuba dan berusaha, Allah yang akan menentukan segalanya. Disamping berusaha kita haruslah bertawakal kepadaNYA


selamat mencuba!!






No comments:

Post a Comment