:: Langkawi 8 - 10 May 2012 ::

Kali ini kaki melangkah pula ke Langkawi tp bukan berdua jer..kali nie ngan family.. termasuk la mak lang, uncle dan sepupu2 aku..
kami sampai kat airport langkawi lebih kurang pukul 3.20 pm..awal lg kan..




sesampai jer kat airport terus aku cari kereta sewa
aku ambil company yg tahun lepas aku penah sewa iaitu company fi holiday
aku satu family pakai vios.. aku ambilkan sepupu aku myvi
kira dua kereta la.
aku dpt vios cuma RM70 jer myvi RM65 ok la kan..
dah dpt keter terus ke Landcons Hotel sebab ayah aku nak duduk hotel tu sbb tahun lepas duduk kat hotel tu ok jer sumer.

bilik mcm nie aku ambil 2 bilik..aku punya satu family dan mak lang satu family..ok la kan..besar la jugak..
yang best nya harga utk satu bilik 2 katil king ni adalah RM150/night tp ayah aku dpt dgn harga RM 120 jer sbb gunakan kat pencen kerajaan ayah..bagus juga..so book 2 bilik utk 2 malam.
biliknya pon selesa.

sementara tunggu sepupu aku ika & bedah sampai sbb flight depa lewat sikit, kami pon cuma pergi jalan2 kat Pantai Chenang jer.. pasir kat pantaio nie sgt2 halus..geram tengok.
tetiba teringat zaman kanak-kanak..kalau aku kanak-kanak mesti da sibuk nak buat istana pasir.hahaha

hajat hati nak naik parasailing tp.........
erm..mak xbagi..sbb mak kata bahaya.
aku da penah naik kat Bali dulu ok jer..syiook!!!!!

bila da bosan dok tepi Pantai Chenang aku pon ajak ler sumer ke Beras Terbakar..kami sampai da lewat sbb kedai semua dah nak tutup.
tp sempat la jugak adik aku Adah beli tuala utk hantaran tunang dia nnti..
dlm pukul 8 pm baru sepupu2 aku sampai..aku g ambil diorunk kat airport.
malam tu kami sepupu2 pergi jln sepanjang Pantai Chenang nak cari pakage paling murah utk 
"Hopping Island"
 dapat lebih kurang dalam RM230 utk satu bot private..kami semua ada 8 orang..ok la kot.


nie dah bersiap2 nak pergi Island Hopping..




dapat jugak aku mengusap perut Dayang Bunting


tangga nak ke Tasik Dayang Bunting.

sempat baca sejarah Tasik Dayang Bunting..

ke pulau helang..kat sini kita blh lihat burung helang berterbangan..
nampak mcm sikit tp sebenarnya byk juga burungnya..
kalau kita bawa mknan mesti lagi byk burung tu dtg.




lokasi terakhir untuk Island Hopping adalah ke Beras Basah
aktiviti kat sini hanya lah mandi..tapi air masin. tidak berapa seronok sebab tadi mandi kat Tasik Dayang Bunting airnya tawar..



lepas balik dari island hopping rehat jap kat hotel..petang tu terus ker Cable Car pula..
seperti tahun lepas la..mak aku sudah semestinya xnak naik..ayah bg 3k pon dia xakan naik..kali nie ada teannya bila Mak Lang juga xnak naik..xper la..duduk bawak cuci@ mata jer k..
tiket utk cable car adalan RM15. kena tunjuk IC skali k.hehe



dari cable car kami borong coklat pula..aku xbeli lagi sbb esok baru nak beli
beli utk mkn mlm tu dan esok jer.
ika & bed yang beli sebab esok pagi2 da nak gerak balik.
selesai beli coklat lepak kat dataran helang..
kalau xbergambar kat situ maknanya bukan ke Langkawi la kan..kan..
perut masing2 da berbunyi..lapar sangat. 
balik hotel rehat jap lps maghrib baru keluar makan.
jom tgk apa yang dimakan.

sebelum

selepas

sampai ke kepala aku "tokak" haha
lapar punya pasal kan.
balik hotel terus sumer tido.


kebetulan esoknya adalah hari ibu.." selamat hari ibu mak" begitu juga buat Mak Lang..







pagi tu kami ker Makam Mahsuri.. tiket masuk RM5 / person. aku da pernah masuk tp saja masuk lagi sbb nak temankan yang lain. dalam tu byk sejarah pasal mahsuri yang dapat kami ketahui. 
terus pula ker pekan Kuah utk borong coklat.
giliran kami pula yang borong.hikhik

sgt murah.sukanya..


banyaknya adah beli utk majlis tunangnya 16 june nanti.
 pihak lelaki pon tempah belikan skali.hehe

akhirnya ahak.. tercekik tgk bil ayah. ayah kalau bab coklat nie mmg suka sgt.
8 org anak bermakna sumernya mesti dapat ferrero, kisses, daim, locker, cadbury, snikers..
puas makan coklat.

nie paling aku terharu bila aku xnak makan tp mak suruh aku makan jugak..
mak kata bia mak suapkan..pergh!!! thanx a lot mak..

masa untuk balik. seronok juga kalau berjalan ramai2 nie kan..
lain kali boleh plan g memana lagi.
huyee!!


No comments:

Post a Comment