:: TTC - 1st day ke LPPKN ::

31 Mei 2012 adalah hari pertama aku & suami ke LPPKN
tujuannya apa lagi kalau nak check & buat treadment apa yang patut kan..
al-maklum la da kahwin 2 tahun 5 bulan & 2 minggu.
aku jugak da xtahan nak dgr sedara-mara, kengkawan sumer dok menanya-nanya bagai..
bila lagi..bila lagi.. (panas telinga jer dengar)


berbalik pd cerita tadi..aku & suami dtg seawak jam 7.50 pagi.
gerak dr rumah 6.50 pagi. jln boleh dikira sesak juga la.
hari bekerja kan..mmg la sesak.
kami pon pergi la breakfast dulu kat medan mara 
sbb aritu buat appointment kata pukul 8.30 pagi kena dtg

selesai breakfast terus daftar pelawat & naik ke tingkat 6 iaitu
bahagian reproduksi manusia.
seperti biasa 1st time dtg mesti la kena daftar dulu. 

tgk kat dalam tu mcm da ramai jer patient.
tak lama lepas daftar tu suami diminta menjalani sperm test di tingkat 7.
aku hanya menanti di bawah..
kurang dr 1 jam suami aku selesai buat ujian tu & kami tunggu utk sesi rundingan plak.
agak lama juga menunggu.



bosan menunggu lama sambil2 tu baca la majalah ujang nie..
terkekek2 la aku gelak..hehe
jam da menunjukkan hampir tengahari.
tunggu punya tunggu akhirnya nama kami dipanggil..
lega rasanya. maka sesi temuduga dijalankan
antara soalan-soalan yang ditanya:
1. kumpulan darah apa?
2. emak & ayah sihat, berpenyakit atau tidak?
3. awak ada penyakit ke tidak?
4. ada alahan pada ubat?
5. merokok atau tidak?
6. tahu tak pap smear tu apa? (terpinga2 aku.xtau nak jawab apa..)
ada lagi 5 soalan tu adalah soalan berbau peribadi ek..paham2 sendiri la..hehe

selepas selesai sesi temuduga ada plak lagi sesi rundingan.
kami diminta tunggu lagi dekat luar sehingga 
nama dipanggil semula..
dekat 2 jam jugak la tunggu nama pun dipanggil.
nurse pun terangkan tentang persediaan dan step2 sebelum berjumpa doktor.

nie step2nya:
1. hari pertama haid, call KPJ Kajang Specialist Hospital utk buat appointment
bagi menjalani ujian x-ray HSG.
2. datang ke klinik LPPKN untuk buat ujian darah isteri & suami antara hari ke 2-5 haid.
3. pastikan datang ujian HSG pada taraikh yang telah ditetapkan.
4. isteri perlu dtg ke klinik LPPKN pada hari ke 21 haid utk ujian darah kali ke-2.
5. tunggu haid pada bulan berikutnya, hari pertama haid call klinik utk appointment 
berjumpa doktor iaitu haid pada hari ke 2-5.

masa nak g KPJ tu kena bawak nie skali..

selesai sesi rundingan terus ke kaunter bayaran. 
bayaran yang di kenakan adalah 
-sesi rundingan RM50
-sperm analisis RM 40
so total sumer adalah RM 90..maknanya ada lebih lg RM110 
sbb aritu call LPPKN pihak klinik suruh spare RM200
blh shopping bakinya tu..
heheheehe..

selesai pembayaran kerani tu bgtau kata yang aku boleh gunakan GL.. 
syarat dia mesti yang tidak pernah mendapat anak..
alhamdulillah..








No comments:

Post a Comment