:: Keputusan LPPKN ::

Salam
jumpa lagi kali ini berkenaan kisah rawatan di LPPKN..
memandangkan bulan puasa dan raya aritu
temujanji sepatutnya jatuh pada bulan puasa dibatalkan kerana LPPKN 
xbuat rawatan pada bulan puasa kata staff kat situ la..
lepas raya tunggu cik P datang.hari Rabu bersaaam dgn 29 ogos 2012 cik P pon dtg..
terus buat appointment di bawah DR Hamizah..
Hari Khamis da boleh terus jumpa DR untuk tau keputusan keseluruhan

hari Khamis kami berdua pergi lewat sikit.
pukul 9.30 pagi baru gerak dr office aku sbb staff tu kata kami adalah 
org yang ke-10 yang nk jumpa DR
dlm kepala otak da terbayang mesti lambat..
so dtg lewat skit..

ambil no dulu..

sampai jer kat tingkat 6 tunggu lbh kurang 20 minit jer
nama terus kena panggil masuk bilik DR..
aku tgk xramai pon
DR terangkan keputusan keseluruhan
berdebar2 time tu..

Al-hamdulillah.......
DR kata aku dan suami subur..
xde apa2 masalah pon utk mengandung
tiub folopio dan rahim aku cantik.
cuma mungkin sebab waktu tu xsesuai katanya..
DR Hamizah nie mmg lembut sgt..
cuma DR bagi pilihan
1. Teruskan secara manual mengikut jadual subur
atau
2. terus buat IUI sebagai jln pintas

kami ambil keputusan untuk terus buat IUI
DR terus jer bg ubat Clomid untuk dimakan dan ubat Puregon 50 IU untuk disuntik
tujuannya adalah untuk membesarkan telur kalau xsilap
dan kemudian DR akan pilih telur yg betul2 matang utk disenyawakan
dgn menyuntik pula sperm yg btl2 berkualiti terus ke ovari.

Clomid start mkn 31 ogos selama 5 hari berturut-turut
manakala suntikan start 1 september dan diteruskan selama 3 kali
dua lagi suntikan pada 3 & 5 september..
yang penting suntikan tu perlu disuntik pada pada masa yang sama untuk ketiga2 kalinya..

bila dgr jer SUNTIKAN aku da mula pening..
sapa yang nak suntikkan.
aku ngan suami mmg takut dgn jarum...
hahaha
baru terbayangkan adik aku yg nurse tu..
xper suruh dia je..
nurse bg penerangan pasal cara-cara nak suntik.
lps tu selesaikan bil-bil dan da boleh balik..
dalam kul 12.15 selesai..

time sleep kena ambil yer..

ubat suntik yang DR bagi..

clomid utk 5 hari

harap aku makan ubat ikut jadual..hehehe
semoga berjaya sya!!!!!!!

2 comments:

  1. Slm..

    Tumpang tny, start mkn ubat2 utk buat iui tu pada hari period ke brp?

    Dan kos ubat2 tu brp?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    akak cari maklumat pasal IUI and came across your blog. So belek2 gak la pengalaman IUI tu. Just nak tanya... Fiza buat IUI berapa kali? buat sekali terus melekat ke apa?



    Akak dah 4 tahun kawin...so buat treatment kat LPPKN baru je lagi...so skrg dah sampai ke tahap makan Clomid n cucuk ubat guna jarum tu.x ingat nama ubat tu apa. Isnin depan akak akan scan nak tgk bilangan telur. Wah, berdebar2 betul rasa.



    Bestnya dah dapat baby...ke belum bersalin lagi?



    doakan akak k... akak redha dengan apa yang terjadi. I believe that Allah knows what is the best for us.

    ReplyDelete