1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil
tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya
kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan
yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
* Sya mengalami tanda ini tp hanya diawal kehamilan..bila umur kandungan masuk 10 minggu perut rasa lapar jer tp mulut xselesa nak menjamah makanan kerana tekak loya dan muntah...
* Sya mengalami tanda ini tp hanya diawal kehamilan..bila umur kandungan masuk 10 minggu perut rasa lapar jer tp mulut xselesa nak menjamah makanan kerana tekak loya dan muntah...
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi
kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung.
Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon
tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
* Sya juga mengalami perubahan ini..mmg warna yang amat berbeza dari sebelumnya..
* Sya juga mengalami perubahan ini..mmg warna yang amat berbeza dari sebelumnya..
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim
yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap
untuk buang air.
* Sya mengalami tanda ini diawal kehamilan..slps usia kandungan 10 minggu hingga sekarang 12 minggu kekerapan membuang air kecil kembali berkurangan..
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa?
Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa
letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap
terjadi di awal kehamilan.
* Tanda ini memang nampak ketara pada diri sya sejak tahu yg sya hamil..sehingga saat ini badan masih lagi lemah dan sering berasa letih.dulu sya seorang yg kerap berjalan tp kini lebih suka memerap dirumah.. tp mungkin tanda ini hanya diperingkat awal sahaja..

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan
menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang
terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa
dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin
berkurangan.
* Tanda ini terjadi di awal kehamilan sahaja..
6. Pendarahan implantasi dan senak pada
ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda
mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari
akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa
pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
* Ya..Sya mengalami senak di ari-ari di awal kehamilan dan pada sekitar masa sepatutnya dtg haid hari pertama tetapi Sya tidak mengalami sebarang pendarahan..
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness
ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi
segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun
cuma selepas beberapa hari mengandung.
* Betul..Sya mengalami tanda ini apabila usia kandungan 8 minggu sehinggalah sekarang berusia 12 minggu masih lagi rasa loya dan muntah..
* Betul..Sya mengalami tanda ini apabila usia kandungan 8 minggu sehinggalah sekarang berusia 12 minggu masih lagi rasa loya dan muntah..
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat
pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan
mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari
pertama ia naik.
* Sya juga mengalami tanda ini tp hanya diawal kehamilan..
* Sya juga mengalami tanda ini tp hanya diawal kehamilan..
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan
sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani
ujian air kencing untuk kehamilan.
* ini tanda yang sudah pasti..
* ini tanda yang sudah pasti..
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan
haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda
sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
* Sya telah buat sebanyak 6 kali ujian.. 2 tanda negatif, 1 samar-samar dan 3 lagi positif..
* Sya telah buat sebanyak 6 kali ujian.. 2 tanda negatif, 1 samar-samar dan 3 lagi positif..
Tahniah!
Salam kenal, follower 11
ReplyDeletesalam perkenalan amie.. hehe.thanx yer..
ReplyDeletenice entri sis :) salam kenal
ReplyDelete