tamat sudah citer gemersik kalbu setelah aku mengikutinya di setiap episod.. citer nie best la jugak tp kadang2 ada sesetengah citernya xbrapa nk logik sgt la..hehehe.. nie antara cerita2 yg aku minat n mesti tgk tiap episod.. xleh miss punya.. kalau nak masak tu xjd la nk masak.. sian suami aku kadang terpaksa gak layan citer2 cinta nie..hehehe..
Roti Jala + Bubur Durian
Hari tue teringin sgt nak makan roti jala berkuahkan bubur durian..
aku pon beria suruh suami aku belikan durian kat bawah apartment aku ney.. dpt sebijik pon jadi la..
tup tup..
suami aku belikan 3 biji.. dia kata 3 biji rm 20.. baik beli 3 biji..
boleh la dia hentam lg 2 biji..hehehe..
seperti biasa la..bila aku nk masak aku akan call my mum dulu tanya sama ada betul atau x resepi yg akan aku masak tu..
mak aku kata betul so aku mula kan dgn kuah durian tu dulu..
sgt senang cuma masukkan santan pekat dan durian bersama serta gula sedikit..
masak di atas api yg sederhana sambil kacau..dah mendidih masukkan pula santan cair..biar kan didih lagi dan tada.... da siap..
buat roti jala juga senang..aku cuma pakai tepung gandum, letak asen vanila sikit dan air..kacau sampai betul2 tepung tu hancur dan sebati..jgn pekat sgt k..
aku bahagikan dua..satu aku biakan warna putih dan satu lagi warnakan dgn hijau skit..
masukkan dlm acuan dan masak atas api..
tepung da masak angkat dan gulungkan..
tada.....
da siap juga..
inilah hasilnya..husband kata sedap!! puas hati..
Awesome KRABI !!!
Tersebut la kisah...
Sempena anniversary aku dan en suami buat tahun yang ke 2..kami pon ber honey moon ler...
tempat yg kami pilih adalah KRABI... kawasan pulau yg boleh dikatakan tercantik juga la..
14 January 2012
Kami gerak ker LCCT naik ERL memandangkan xde sapa yg nak antarkan dan xnak menyusahkan sapa2..
sampai jer kat airport Krabi lbh kurang pukul 3.30 ptg kami terus naik bus menuju ke Aonang dan mencari travel agensi utk book hotel & pakej ke pulau dan aktiviti lain..
time nie aku da tgk2 peta kemana yg nak di pergi..konon mcm paham kan..lps da book hotel sumer kami pon lepak kat hotel jap sementara nk buat aktiviti lain..bila da sdp lepak kat hotel kami pon tertido sampai la ke ptg..hehehe penat sgt kot..tambah2 pula dpt la bantal yg empuk lempuk...
bgn jer dr tido perut sgt lapar..dan kelam kabut mandi dan siap2 sbb da lapo sgt da..
pusing punya pusing utk cari mknan halal.. tp ternyata kat aonang nie byk jual mknan halal..
x perlu risau k..
mlm tu kami sgt teruja nk try kerabu seafood kat salah satu kedai nie...
ternyata mmg sgggtttt sedappp..
husband aku mmg sgt suka..
lps mkn kami jln2 tgh suasana di sini pd waktu malam dgn kerlipan2 lampu berwarna-warni.. cantik tp lg cantik KL kot..(tetiba rindu ngan KL).. lps da puas jln2.. kami pon balik hotel dan tido.. dan berharap hari esok lbh menarik dr hari ini.... yehu. ZzZzzzzzzzzz..
15 January 2012
Bgn pg2.. sebab xsabar utk jalani aktiviti hari nie iaitu....... ke Phi Phi Island, Maya Bay & Bamboo Island...
ya ALLAH mmg sgt cantik tempat nyer..
tp amat menyedihkan bila bateri kamera low..so husband ckp limitkan ambil gambar..
ambil bila penting jer..sbb dia nk ambil gambar dia time snockeling..huhu..
itu paling sedih..
hari yg paling best tgk keindahan ala..
da penat balik mandi2 apa lg..tido la..haha..
16 January 2012
Pakej aktiviti untuk hari ini adalah ke Emeral Pool & Elephant Tracking..awal2 pg lg tour guide tu da pick up kitaorg kat hotel sampai xsempat nk breakfast la..
tp xper semangat sgt time tu..lapa pon redah juga.. nak ke emeral pool kena awal pg sbb kalau da masuk tghari mmg panas la.. ambil masa dekat sejam lbh juga nk ke sana.. sampai tertido2 la aku..hahaha..
sampai jer kat emerald pool tu kena berjln masuk dlm lbh kurang 800 meter..
mak aii..jauh tue.. sampai semput2 den..haha
tgk pic atas nie..sampai tercungap2 muka den..kembang2 habis hidung..
padahal time nie xsampai lg separuh jln nie..
lihat la kecantikan air di sini..sgt tenang bila ada kat sini.. xboleh main ngorok2 kat dlm air nie..hahaha sbb mmg sgt jernih.. in case brg kemas korang jatuh dlm nie pon boleh jumpa balik tau.. hahaha
nama lain bg kolam nie ialah kolam kristal.. berkilau2 air nya.. mcm kristal.. airnya pon sejuk jer.. en suami jer yg mandi.. aku xnak mandi sbb malas nk bawak baju basah balik..
sbb nk berjln balik nanti pon kena berjln 800 meter lagi..haha
sblum balik sempat lg posing2..
seterusnya kami berangkat utk aktiviti kedua iaitu elephant tracking.. sesampai jer kat sana kami terus blh naik gajah tue..sbb xramai orang time tu..
sebelum naik kena isi dulu buku pengunjung atas tujuan keselamatan..
lepas isi buku tu terus boleh naik..tp yg geram nya en suami xnak naik pula..kesian katanya..
pdhal dia yg bersemangat sgt semalam nk naik gajah..
konon katanya bkn ke thailand la kalau xnaik gajah.. puas aku memujuk2 baru la dia naik..
tp mmg kesian pon tgk gajah tu kena sebat ngan rotan sbb gajah tu xnak jln..
br xsampai 10 min gajah tu berjln kitaorg da mulai bosan..
yela mana x nya..dok jer atas badan gajah tu selama sejam..
sampai kat pertghan jln
pekerja yg guide kami soh salah sorang lead atas kepala gajah..
erm..mmg x la.. baik aku atau suami..
xdenya nak naik atas kepala gajah tu.. tgk pelancong dr negara lain berebut2 nk duduk atas kepala gajah..
Hampir sejam kitaorg duduk atas gajah akhirnya sampai juga dan tamat la tracking tersebut..
akhir sekali kami di jamu dgn sajian buah-buahan segar oleh pihak pengurusan
kawasan itu..
berakhir aktiviti tersebut dan kami bergerak balik ke hotel masing2.. sampai dlm lebih kurang pukul 2 petang waktu Thailand..
sampai jer hotel terus cari mkanan utk dimakan.. lapar sgt time nie..
ptg terus sambung dgn aktiviti sendiri.. kitaorg ambil keputusan utk lepak tepi pandai berdua jer..
wah!! romantik juga tue..
lepak2 sampai la ke malam.. menu yg faberet kat krabi nie yg kitaorg xjumpa kat malaysia ialah pancake dia..
xtau nk bgtau mcmmana pancake nya..
walaupun nipis tp puas hati dgn rasanya yg sedap..
beli satu xcukup.. harga utk satu cashew nut pancake adalah 25 baht = rm 2.50
da selesai mkn2 sumer apa lagi balik tido la sbb esok pg2 da nk siap2 packing barang..
17 January 2012
Xde maknanya nk bgn pagi.. bgn agak terlewat sikit..hehehe..
makan tghari siap2 sebelum berangkat ker airport..
selesai packing barang terus beli tiket bus ke airport dgn harga 150 baht = rm 15
( mahal juga harga tiket pdhal xler jauh sgt pon )
nak dijadikan cerita kami tertinggal bus pulak.. pening kepala memikior (pikir dlm lograt perak ) mcm mana nk ke airport sbb bus tu sekali utk tghari tue..
slpas tenang sikit dan pikiran kami da boleh memikir kami pon ambil keputusan utk naik
private taxi dgn harga 450 baht = rm 45.. selesai masalah..
sampai di airport sumer berjln lancar & rasanya xsabar pula nk sampai di negara sendiri..hukhuk...
BYE KRABI !!!
~ Kelahiran Baru 2012 : Zara Aisyah ~
Tanggal 09.01.2012 lahir lah sorang lagi anak buah aku yg ke- 7..
katanya namanya Zara Aisyah.. aku pon xtau apa maksudnya.. gadia si pipi merah kot.. hehe..tp try2 google lain maksudnya.. ntah la..nanti tanya kat adik aku jer la apa maknanya..malas aku nk pikir2..hehehe
nie dia si baby chumel tue...
wah!! chumel..pipi merah..
hahaha..da pandai senyum la baby girl nie..cute sgt..
da xlarat nk posing la tue.. jelir lidah dia..amboi da pandai...
apa2 pon tahniah la pd adik aku Dila & Nash xlupa juga pd anak sdara aku yg da jd abg long Adam Firas.. sian dia buat muka confius jer.. sbb tetiba ada baby lain..hehehe..
lps nie turn akak aku lak..lps tu xtau lak sapa...
tunggguuuu!!!!!
~ Info Penyakit Kencing Kotor ~
Pengenalan
Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
- Kekurangan air dalam badan
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
- Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
- Pesakit kencing manis (diabetes)
- Mengandung
- Pengambilan sesetengah ubatan
- Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
- Batu karang dalam saluran kencing
- Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk merujuk penyakit seperti itu.
Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.
Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai). 20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.
Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkakprostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.
Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
- Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
- Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
- Air kencing nampak kotor,
- Kadang-kadang air kencing berdarah,
- Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
- Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.
Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).
Rawatan
Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.
Pencegahan
- Minum air dengan secukupnya
- Elak menahan kencing
- Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
- Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.
~ Cerita Disebalik MC Ku ~
al-kisah.. pabila aku da dekat seminggu sakit2 pinggang, xlawas nk buang air kecil..sampaikan xlarat nk jalan.. naik heran juga..pikir.. knapa ek.. aku syak aku kena kencing kotor..dulu penah gak jadi tp xlah sampai sakit pinggang dan xlarat nak jln..apa lagi berbotol2 air barli aku minum..takut punya pasal..tp xjuga ok.. sampai satu tahap aku rasa mcm demam.. utk pengesahan aku tanya suami aku..
aku : ayg... syg rasa sejuk la..tp knapa ayg xsejuk pon.. siap buka aircond lg..
apis : ntah org xsejuk pon.. sejuk sgt ker?? (sambil bgn dan pegi ambil selimut..)
aku : yela sejuk la.. tutup aircond plez.. (sambil tarik tgn suami aku dan letak kat dahi aku..konon2 soh dia rasa la samaada aku demam ker x hehehe)
apis : eh mmg panas la..esok xpayah kerja jer la.. esok g klinik.. ( la... ingat dia nak bawak & temankan aku..huuu )
aku : ok :(
esoknya lepas jer punch in terus la g Pusat Kesihatan Universiti.. tunggu punya tunggu..lama la juga.. sampai jer no giliran aku terus masuk.. Doktor tu tanya sakit apa.. aku pon bgtau la yang aku...
1. xlawas bila buang air kecil
2. sakit pinggang (xlarat jalan jauh & laju)
3. sakit bila nk buang air kecil
4. demam (sakit kepala, batuk & sakit tekak..)
5. air kencing keruh
pastu doktor tu terus check temperature dgn masukkan satu alat dlm mulut.. suhu aku 38.9 oC.. boleh dikira tinggi la juga.. terus aku kena g ambil sampel darah & ujian air kencing..
paling aku takut nk ambil sampel darah tu..eeeee ngeri la.. tp disebabkan tgh sakit relakan la..nasib baik nurse tu lembut jer..thanx nurse..
nie lepas kena ambil darah.. nasib baik xlebam tgn aku.. lps tu tunggu keputusan lain lak.. selepas dpt keputusan sah la aku kena PENYAKIT KENCING KOTOR dan doktor kata tahap yang boleh dikira teruk juga la.. doktor suruh aku rehat dulu dan dpt la mc 2 hari.. kat rumah boleh la baring2 sikit.. senang sikit kalau asyik nk ke tandas jer..hehehe.. tp yg pasti byk ubat yg kena aku makan... jom tgk ubat apa...
nie adalah serbuk utk melawaskan kencing dan mencuci air kencing..rasanya seperti 100 plus cuma tawar habiur.. kena juga minum walaupon xsedap.. sehari 3 x...
nie antibiotik yg memang kena habiskan.. nak xnak kena habiskan jugak k.. aku pasti aku boleh habiskan sbb aku xtahan wei kena sakit nie...
dan panadol sebab aku demam juga.. lepas jer dpt ubat aku pon lega dan terus gerak ke office dan balik berehat di rumahku.. dan al-hamdulillah aku da semakin sihat dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi..lps nie nk minum air masak byk2..hehehe
aku : ayg... syg rasa sejuk la..tp knapa ayg xsejuk pon.. siap buka aircond lg..
apis : ntah org xsejuk pon.. sejuk sgt ker?? (sambil bgn dan pegi ambil selimut..)
aku : yela sejuk la.. tutup aircond plez.. (sambil tarik tgn suami aku dan letak kat dahi aku..konon2 soh dia rasa la samaada aku demam ker x hehehe)
apis : eh mmg panas la..esok xpayah kerja jer la.. esok g klinik.. ( la... ingat dia nak bawak & temankan aku..huuu )
aku : ok :(
esoknya lepas jer punch in terus la g Pusat Kesihatan Universiti.. tunggu punya tunggu..lama la juga.. sampai jer no giliran aku terus masuk.. Doktor tu tanya sakit apa.. aku pon bgtau la yang aku...
1. xlawas bila buang air kecil
2. sakit pinggang (xlarat jalan jauh & laju)
3. sakit bila nk buang air kecil
4. demam (sakit kepala, batuk & sakit tekak..)
5. air kencing keruh
pastu doktor tu terus check temperature dgn masukkan satu alat dlm mulut.. suhu aku 38.9 oC.. boleh dikira tinggi la juga.. terus aku kena g ambil sampel darah & ujian air kencing..
paling aku takut nk ambil sampel darah tu..eeeee ngeri la.. tp disebabkan tgh sakit relakan la..nasib baik nurse tu lembut jer..thanx nurse..
nie lepas kena ambil darah.. nasib baik xlebam tgn aku.. lps tu tunggu keputusan lain lak.. selepas dpt keputusan sah la aku kena PENYAKIT KENCING KOTOR dan doktor kata tahap yang boleh dikira teruk juga la.. doktor suruh aku rehat dulu dan dpt la mc 2 hari.. kat rumah boleh la baring2 sikit.. senang sikit kalau asyik nk ke tandas jer..hehehe.. tp yg pasti byk ubat yg kena aku makan... jom tgk ubat apa...
nie adalah serbuk utk melawaskan kencing dan mencuci air kencing..rasanya seperti 100 plus cuma tawar habiur.. kena juga minum walaupon xsedap.. sehari 3 x...
nie antibiotik yg memang kena habiskan.. nak xnak kena habiskan jugak k.. aku pasti aku boleh habiskan sbb aku xtahan wei kena sakit nie...
dan panadol sebab aku demam juga.. lepas jer dpt ubat aku pon lega dan terus gerak ke office dan balik berehat di rumahku.. dan al-hamdulillah aku da semakin sihat dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi..lps nie nk minum air masak byk2..hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)







