:: Mengidamkan?? ::

Bukan aku yang mengidam..
aku sekadar teringin..
eh.. xsama ker mengidam dgn teringin???
entah la.. tp yang pasti husband aku yg beria 
sgt nk mkn "Patin Gulai Tempoyak Temerloh"


sampai kat Temerloh pon dah petang.
sempat jumpa kwn my husband yg bernama
Salman skali sbb dia org situ..
mula-mula kami pergi cari ikan patin
mentah nak bawa pulang utk mak dan Farah..
harga sekilo patin mentah RM 14..
murah la tu patin sangkar..
dikhabarkan ada jenis patin yang harganya
mencecah ratusan ringgit..
nasib xjumpa yg itu..hikhik..


seketul patin yg siap dimasak berharga RM 10..
harga adalah standart kot sekitar medan selera 
tepi sungai pahang nie..
besar juga ketulannya..
kami tibai la sorang seketul..


perut dah kenyang semua kan..
aku pon buat pertemuan singkat dan 
xberapa nak dirancang dgn Kak Razni ni..
org Temerloh yg merupakan ahli group ICTRBA..
xpernah jumpa beb..
ini 1st time jumpa..malu-malu..
mcm blind date la plak..kahkahkah..
kebetulan Kak Razni dan Salman 
satu sekolah dulu..so rancak la juga berborak..


sebelum balik Kak Raz bg cupcake comel nie..
huyeeee!!!
thanx Kak Razni..
Lepas tu kami pon bergerak balik ke KL..
sampai rumah pukul 1 pagi..
ngantuk lahai..tp xpe yang penting puas hati..
hehehe...

:: Teknologi ::

wah... betapa canggihnya teknologi sekarang nie yer..
muka xmake up pon blh jd make up hanya di hujung jari anda..
aku gunakan perfect 365 utk merubah wajahku..
erm.. senang la produk2 kecantikan sekarang 
nk promote produk diorunk..
betul x??
konon2 perubahan dalam masa yang singkat pdhal 
gunakan app kat handphone..


so korang jgn tertipu yer dgn produk2 kecantikan 
yang tidak diiktiraf oleh KKM..
merbahaya!!!!
eh kenapa tetiba citer pasal produk kecantikan 
plak nie..hehehe..
ok la..bye..

:: Perkembangan fetus - hamil 35 minggu ::

Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 


Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 



Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. 



Masih belum mendapat nama bayi? Cuba rujuk nama-nama bayi kami untuk mendapatkan idea-idea baru. 



Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan. 



• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 





:: Labour Day..Yeayyy Cuti Lagi!! ::

khas buat semua pekerja xkira dimana 
anda berada..hehehe..


disebabkan hari pekerja tahun nie jatuh 
pada hari yg dianggap xbest sbb 
tgh2 iaitu hari Rabu so aktiviti hari ini adalah 
tido..tido..tido.. huyee!!!

:: Happy Birthday My FIL ::

Selamat Hari Lahir ayah..
semoga bahagia disamping keluarga, diberikan
kesihatan yang baik, dipermudahkan segala 
urusan dan diberikan kesejahteraan di dunitp a
dan akhirat..

tahun nie xdpt la nk bawa ayah g mkn2 
memandangkan ayah berada di Pontian..
kalau ayah kat KL mmg akan belikan 
kek dan hadiah utk ayah..
tahun nie bagi hadiah jer la..
harap ayah sukakannya :)

hadiah buat ayah dari Apis & Sya..

:: Semoga Selamat Pergi & Selamat Pulang II ::

alhamdulillah..
kini tiba giliran mak dan ayah aku pula 
mengerjakan umrah slps mak mertua ngan 
ayah mertua aku pergi pada bulan februari 
aritu..mak ngan ayah pergi 
pada 3 April - 17 April 2013.

semoga segala nya berjalan lancar dalam 
mengerjakan umrah..kami semua doakan yang 
terbaik utk mak dan ayah..

alhamdulillah kami semua dpt menghantar
mak dan ayah ke KLIA..
aku, Sa'o, Apis, Dila, Adah & Inah
yang xde kakak dan Anin jer..
Mak Lang & Uncle juga turut ada..

sempat bergambar kenangan..

gambar kenangan ayah di sana.

gambar kenangan mak..

mak & ayah..

sepanjang mak ngan ayah di sana kami 
adik-beradik sgt2 rindukan mereka..
mungkin sbb mak ngan ayah xpenah 
keluar negara dan tak pernah berjauhan 
dgn kami..harap kami semua satu keluarga 
dpt mengerjakan umrah bersama suatu 
hari nanti..
aminn...

:: Perkembangan fetus - hamil 30 minggu ::

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 


• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 




:: Ganu Kite CNY ::

haaaa.. baru nk update entry nie..
maklum ler aku da malas benor nk update blog
sejak2 dah "memboyot" nie..hehe..
nie citer time cuti Chinese New Year  
sebulan yang lepas..
mak ngan ayah aku bercadang nk g bercuti
ke Terengganu sekali gus melawat kak ipar 
aku yang baru lps bersalin di Kemaman
dan melawat adik aku yang baru kahwin di Marang..

Kali nie husband aku xdpt ikut sbb ada kerja so
yang ikut hanya aku dan adik2 aku dua org tu..
abg aku Sa'o pn ikut tp sampai kg wife dia kat 
Kemaman jela..

Kami gerak seawal jam 3 pagi 9 feb 13..
gara-gara takut tersekat kat tgh jalan..maklum la cuti 
perayaan confirm sesak kan..

singgah makan di Cherating dulu sebelum sampai 
di Kemaman..

dalam pukul 10 sampai di Kemaman dan terus 
jenguk Mohd Shahrin Akid..
kesian baby Akid kena jaundice.

berebut2 nk pegang Akid..
mukanya time tu persis atuknya kat Kemaman..
Kami dijamu dgn makanan yang enak dan macam2
sampai xlalu nk mkn..
mesra tau org Kemaman nie.
lbh kurang sejam lbh kami pon gerak pula
ke destinasi seterusnya Marang..

dari Kemaman ke Kerteh..dari Kerteh ke Paka.

dari Paka ke Dungun..dari Dungun ke Marang..
akhirnya sampai ke destinasi IPD Marang..
sampai tu sembang2 dulu jap lps tu sejam kemudian
semua terlelap...ZZZzzzZzZZzz...
hahahaha..kepenatan sey..



petang tu lepak tepi pantai kat area rumah tu jer..
dekat sgt dgn laut..
pantai kat ganu nie kira terbaik juga la..
ombaknya juga blh tahan kuatnya..

malamnya pula tuan rumah nk belanja seafood..
tgk tu muka tuan rumah happy jer nk belanja..kan..hahaha..

antara menu2 yang dah di order..3 menu jer seafood..
lg 3 menu bukan seafood ok..



ok layan makan sumer yer.. sampai nk terburai perut sbb 
kenyang sgt..aku mkn sikit pon da kenyang
tgh preggie nie mkn skit pon da kenyang..
lupa plak nk mention nama kedai yg kami mkn..
"Payang Serai Restaurant"
lps mkn lepak plak kat tepi pantai Batu Buruk..

keesokkan harinya dah plan ke Pulau Kapas..
last minute dibatalkan sbb mak xbg..
hukhuk.. sbb mak risaukan keadaan aku yang
tengah pregnant nie..bahaya katanya..
hati aku dah membuak-buak nk snockeling..
tp xper la demi baby ibu sanggup batalkan..
lain kali la pergi..
so tukar plan dan kami ke Pasar Payang..



orang teramat..amat..amat la ramai maklumla cuti
raya cina kan..
dpt grab beberapa sutera batik jer.. dan makanan skit..
ok la tu dari xdapat apa2 kan..hehe
padahal lama juga kami kat dlm tu..
balik ke Pantai Batu Buruk semula 
ternampak la pula kereta kuda yang cute 
nie.. jom naik..
hehehe..




murah jer naik kereta kuda nie..
rm 5 / person..
kami pon naik la semua..
ptg tu juga kami da kena balik sbb esok pagi2 ayah 
kena attend majlis pertunangan anak sedaranya..
ala potong btl la..ingatkan nk lepak sampai isnin ptg 
atau selasa..lama la skit...
apa-apa pon terengganu mmg best..
apatah lagi pulau-pulaunya..
Insyaallah lps nie nk ke pulau-pulaunya pula..
ok..jumpa lagi.. Ganu kite!!!

:: My Baby Kick ::


hoho.. kali nie kiter citer pasal tendangan baby pula yer..
sebenarnya kita dah boleh rasa tendangan tu
seawal 4 bulan lagi cuma mungkin xkuat 
dan tak berapa perasan sgt tendangan tu..kan..kan..
tp sekarang usia kandungan aku da 27 minggu 4 hari
kira da 6 bulan la tendangan baby ibu dlm perut 
sgt2 kuat dan kerap..
sampaikan kita blh nmpak perut kita
bergegar bila baby kita sedang tendang..
kadang2 rasa senak sgt..
tp mmg teruja bila baby ibu tendang dan ibu tau
yang baby ibu selamat kat dlm rahim ibu..
semoga baby ibu selamat dan sihat 
sehingga dilahirkan ya..
aminn..

:: Ho Chi Minh City, Vietnam kali ke-4 ::

Jom vietnam!!!
cettt da balik pon sebenarnya..
aku pergi 19-20/01/2013 aritu..
bukan utk berehat-rehat pon..cuma kesana untuk beli brg...
sebenarnya nk batalkan jer tiket tu..
beli pon kalau xsilap 6 bulan lps..time tu xtahu 
pon yang aku akan pregnant...

time pergi aritu aku tgh pregnant 5 bulan..
erm..tau2 jer la..berjalan jauh dan berdiri lama sikit mula 
la nk pitam..
badan jgn ckp la sudah semestinya la penat kan..

19 Jan 2013
Husband aku hantarkan ke LCCT pukul 9.30 pagi
bersama ngan Siti skali..
sesampai di sana beli bagasi dulu..
kami mmg dah check-in awal2 lagi 18 hrbln tu..
lps settle beli bagasi mkn dulu nasi ayam kat Taste of Asia.
lapik dulu perut..kang meraung2 plak lapar kan..

pukul 12.00 tghari berlepas la kami ke Ho Chi Minh City
yang mengambil masa 1 jam 55 min..
dlm flight tu aku ZzZZzzZZzzzz...
nantuk sgt2 sbb bgn awal utk berkemas..
hahaha..

sampai jer terus naik vinnasun ke Boss Hotel 2..
cantik juga hotelnya dan selesa..
hanya 23 usd..
rehat jap terus ke Ben Than Market..
survey dulu...
mlm nya ke pasar malam pula di luar BTM..
kat pasar malam best barang blh la dpt murah skit..

mlm tu aku beli baju kurung siap 3 pasang, 
tudung halfmoon, tudung 3 layer ala-ala fareeda gitu
dlm 7 pasang, telekung..dan fridge magnet..
esok baru cari barang lain..
balik hotel terus berehat..
ZZZzzzZZZzzzZZZ...

20 Jan 2013
Pagi nie programnya nak ke Ben Thay..
selepas breakfast terus ambil vinnasun ke sana..aku xbeli apa pon disana..
sbb harganya lbh kurang di BTM..
baik beli di BTM dekat skit nak angkut..
di BTM baru la aku cari sutera vietnam yang dipesan 
kawan2 di ICTRBA..
aku beli dlm 13 pasang utk mereka2 yang dah pesan..
harganya agak mahal..dulu murah jer..
jenuh da aku tawar menawar..
lps tu beli plak barang2 lain yg berkenan dihati..

balik hotel terus packing2 barang.
ptg tu ke airport awal skit..yg geramnya flight blh plak delay..
aduh..geramnya..dlm flight confirm la aku tido jer..
ngantok beb..
insyaallah jumpa lagi lain kali erk HCMC..