:: Check Up Terakhir Di LPPKN :( ::

akhirnya..hehehe..
inilah checkup terakhirku di LPPKN..
18 Jan 2013..sebenarnya tarikh asal 21 Jan 2013..
memandangkan 19 & 20 Jan 2013 aku nk ke Vietnam
so aku tukar la tarikh..
confirm aku balik lewat dan confirm aku penat nak
keluar awal ke KL 21 Jan 2013 tu kan...

checkup seperti biasa..ambil sampel air kencing,
ambil darah, timbang berat dan scan...
berat naik kali nie 64 kg..
ok la tu..

semua ok..
so xde apa2 masalah..sedih nak meninggalkan 
staff-staff LPPKN yang peramah dan mesra..
layanan mereka sgt memuaskan..hukhuk...

20 week..

xde appointment lagi..

last time sleep dari LPPKN..

Dr H buat permintaan terakhir supaya 
aku mengirimkan foto cucunya bila 
selamat melahirkan nanti..
akan aku tunaikan...

thanx kepada semua staff dan Dr H..
jasa anda semua amat saya & suami hargai..

:: Perkembangan Fetus- 20 Minggu ::

jom kita tgk apa perkembangan bayi ketika hamil 20 minggu memandangkan usia kandunganku genap 20 minggu pada 17.01.2013..
Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. 


Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang 37 minggu kehamilan, sebab pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan pelahiran boleh bermula bila-bila masa. 



Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada. 





:: Bimmerianz Fest3 2013 ::

jom cerita skit pasal Bimmerianz fest3 aritu..
baru nk post entry nie..
sbb mood malas dah sampai...hehe..
nie 1st time pergi bimmerianz fest..

awal-awal pagi dah keluar rumah..
seperti biasa la perangai aku kononnya xnak ikut..
last minute nak ikut plak..
tp mmg husband aku dah bayarkan
Rm 45 seorang..
kami xterus ke stadium mini shah alam
tapi berkumpul dulu kat kedai mamak MZ 
dekat2 area Bukit Jelutong kot..xpasti..hehehe..

bersedia berkonvoi ke Stadium Mini Shah Alam

sesampai di stadium seperti biasa registration dan car inspection..
dan kereta kami kategori D..
apa bendanya tu aku pon xtau...

nie t-shirt utk bimmerianz kali nie..ambil pic kat google image.
pinjam yer..thanx.

penuh keliling Stadium Mini Shah Alam.

kategori D

ramai juga yang join kali nie dari setiap negeri..
utara, selatan, timur dan barat...
kali nie husband aku xjoin game..
cuma tgk jer game2 yang dijalankan..
tp still bertuah sbb no plate kereta kami naik 
utk cabutan bertuah..hehehe

:: Tahniah Adah ♥ Izzani - 22.12.2012 ::

tahniah ler buat adik aku 
setelah selamat bergelar sebagai suami isteri
pada 20.12.2012 bersamaan hari Khamis..
tarikh cantik tu...hehehe
sampai xsempat aku nk sambut birthday husband
aku gara-gara rushing nk balik Kuala Selangor..

Majlis bersanding pula pada 22.12.2012 (Sabtu)
disebelah pihak perempuan..

nie bukan pengantinnya yer..hehe..menyelit sebentar..kihkih..

outdoor photoshoot..

romantik la konon.. :P

bersama rakan puteri UMNO

Bergambar kenangan ngan kawan2 dr Uitm..

di majlis bersejarah mereka..
pengapit tu dah xlama dah tu..hahaha

sekali lagi tahniah buat korang berdua..
moga cepat2 dapat baby..
dan semoga rezeki semakin bertambah..
aminn..

:: Selamat Tahun Baru 2013 ::

hahahaha..baru nk update pasal tahun baru..
harinie dah 6 Januari 2013 dah..
ok la lagi tu kot..xsampai seminggu lagi kan..
hahahha..
bila kita sebut pasal tahun baru sumer 
akan terpikir pasal azam tahun baru..
tp aku xnak citer lebih pasal azam sgt..
cuma berdoa agar hidup aku lebih baik, 
bahagia, diberikan kesihatan yg baik...

apa yang penting kami suami isteri akan menerima 
org baru dlm hidup..
dijangka pada 6.6.2013..
diharapkan semuanya selamat..

selepas kelahiran sikecil tu baru nk pikir 
pasal nk tunaikan umrah yang tertangguh..
plan asal nk pergi ngan mak mertua 
pada bulan 2 tahun nie..
tp bila tau pregnant dan atas sbb2 tertentu
terpaksa dibatalkan..
mak dan ayah pon mengerjakan umrah tahun nie
pada bulan 4..
terkilan xdpt pergi temankan sebab time tu 
aku agak sarat juga.. :(

pasal azam2 lain tu simpan dulu..
utamakan mana yang penting dulu..
semoga tahun ini lebih baik dr tahun sebelumnya..
aminnn...