:: Bimmerfest Malaysia 2013 ::9 Nov 2013::

 Jom layan gambar2 time Bimmerfest Malaysia 2013
bertempat di Putrajaya.. 
dah terperap lama entry nie kat dlm draf folder hahaha..

ready nk ker bimmerfest..

aku pergi sendiri jer ngan baby syafiq naik keta wish..
suami aku da pergi pagi2..
malas nak g awal so kami naik kete asing2..
lagipon suami aku tumpang kawan dia sbb kete dia still 
dalam bengkel dlm proses nk upgrade enjin..

tempat berkumpul di MAEPS

tag masuk

ada yg cengelat balik awal yer...

semua kereta park kemas jer..

ayah ngan baby syafiq..

panas terik alhamdulillah dpt payung free hikhik..

nak juga pose..

my husband pon nak jugak...

ibu dan baby syafiq..

bye2 syafiq nak balik..

kami tak tunggu sampai petang pon sebab lapar dan panas sgt..
so kami pon gerak balik dah tghari tu..
terus shopping kat sogo..huhu.. 
bye..

:: Syafiq 6 Bulan :: 6.12.13 ::

Pejam celik..pejam celik..pejam celik..
brapa banyak kali mau pejam celik daaaa..
hahaha..
  
pejam celik..pejam celik..
dah masuk 6 bulan dah baby boy aku..
mmg xsangka cepat btl masa berlalu...
sempena 6 bulan ni ibu belikan cupcake utk Syafiq..
mula nk beli kek utk dia tp dia bkn blh makan pon..
membazir jer..
so tempah la dgn Dira Homemade.. 
yg baby kecil comel atas cupcake tu beli
kat Secret Recipe..

bukan main suka dia nak makan..

mesti korang nak tau apa yg Syafiq pandai bila 
umur 6 bulan nie..
apa perkembangan dia??
hahaha.. Syafiq hanya pandai senyum dan gelak..
dan bila tepat umur dia 6 bulan barulah dia 
pandai meniarap..

tgk tu bukan main happy lagi Syafiq dapat meniarap

agak lambat kan..ini mungkin disebabkan 
perangai Syafiq yang happy go lucky sentiasa
kurang menangis, tidak meragam, dan mungkin juga 
sebab badan dia agak bambam..
mesti korang hairan kan..apa kaitannya
budak yg kuat menangis akan cpt meniarap??
bila budak yg kuat menangis dan meragam 
mereka akan meronta2 kekiri kekanan
last2 mereka akan tertiarap sendiri..
dan dari situlah bayi ini akan pandai meniarap..
logik x teori aku nie erm..
teori ni aku cipta sbb tgk dan perhatikan anak
 sil yg umurnya lebih kurang Syafiq.. 
suka menangis last2 cepat meniarap..
:P

:: Hari Keluarga Hj Muridan Kali ke-2 :: Langkawi 2013 ::


hye semua..seperti tahun lepas family Hj Muridan akan buat family day merangkap meeting family sekali gus..
destinasi pilihan bg tahun 2013 adalah Langkawi iaitu pada 21-24 Nov 2013


Hari pertama 21 Nov 2013 (Khamis) : Perjalanan
Perjalanan kami adalah menaiki kereta sebanyak 3 biji kereta..selebihnya 8 org lagi naik flight..pada mulanya aku pon nak naik flight sebab rasa lagi mudah dan cepat berbanding naik kereta yg mengambil masa lbh kurang 7-8 jam utk sampai ke jeti Kuala Kedah. Memandangkan nanti tiada siapa yang nk uruskan hal-hal penting disana melainkan suamiku jadi suamiku decide naik jer kereta..boring juga lama benor kat dlm kereta kan..

Syafiq pon naik pening kihkihkih..


ayah + ibu = syafiq 


Kami sampai dijeti Kuala Kedah lebih kurang pukul 6.30 ptg..cadangan asal nak naik dari jeti Kuala Perlis tapi mcm xsempat jer so terus ke Kuala Kedah.. selesai beli tiket dlm 15-20 min kami pon naik feri..sampai kat jeti Kuah van yang kami dah booking dtg bawa kami ker homestay xpasti kat mana tempatnya tapi lokasinya diantara Kuah dengan lapangan terbang.. malam xde aktiviti yang dijalankan sebab semua kepenatan. so berehat jela..yang naik flight pon sampai lebih kurang sama jer ngan kami..

Hari kedua 22 Nov 2013 (Jumaat) : Meeting & Shopping
Pagi nie selepas sarapan pagi maka meeting pon dijalankan..xpayah ler citer apa isi meeting nya yer..kang terus kena buat minit mesyuarat la plak kan..kan..meeting berakhir jam 12.30 tghari..memandangkan hari tu hari Jumaat so taklimat tentang wasiat dan tentang pengurusan kewangan ditangguhkan..para-para suami pergi solat jumaat maka yg para-para isteri siapkan makanan..bukan masak pon..beli jer..kata bercuti kan..so memasak pon kena cuti ler kan..hahahaha..

mengacara majlis sambil pegang anak ko..

petangnya selepas solat jumaat kami pon pergi bershopping kat pekan Kuah sampai pukul 12 tghmalam baru balik..xde benda lain nak beli kat langkawi melainkan coklat, pinggan mangkuk, sudu garfu dan kain batik serta pelikat.. jgn tanya berapa ratus duit aku habis.. nak tau cer korang spare bawak 2k dan tgk berapa yang korang akan gunakan.. hahaha mcm2 nak dibelinya sampaikan beg pon kena beli jugak.. knapa?? paham2 sendiri yer..dah penat mlm tu tido pengsan xsedar :P

Hari ketiga 23 Nov 2013 (Sabtu) : Taklimat, Cable Car & Shopping
Taklimat wasiat oleh Muhamad biras aku dan taklimat pengurusan kewangan oleh suami aku sendiri.. tu lau pengurusan kewangan aku xbagus xtau la gak kan.. selesai taklimat terus bersiap nak ker cable car..org bukan main ramai lagi mana taknya cuti sekolah..dats y la aku xsuka berjalan time cuti sekolah..

menunggu turn nak naik cable car

sampai di top station panorama Langkawi..

lepas tu family aku ngan family kak tin sambung shopping lagi kat pekan Kuah..xreti2 penat gamaknya..balik dah tengah malam baru terasa ngantuknya..sebelum balik tu sempat g beli tiket untuk island hopping keesokan harinya..

Hari keempat 24 Nov 2013 (Ahad) : Island Hopping, Shopping & balik
Pagi ni sibuk kemas barang sbb harinie da kena serah kunci rumah..so kami kemas2 dan sewa satu lg rumah kat area jeti nk ke tg rhu kononnya sampai ptg ni jer memandangkan time kami nak island hopping xtau nak letak barang kat mana sbb petang terus nak balik KL..

Rasyid time ni baru 3 bulan.. ikut juga ummi kan..

syafiq takut angin kuat..

meh bergambor ngan ibu plak..

hidupan di paya bakau..

perasan tak bukit tu menyerupai seekor kingkong..

helang mencari makanan..

syafiq bersama kak zetty dan mama..

di gua kelawar..

ralit main air yer syafiq..

alolo..comeinya...

abg ijat try bagi ikan pari makan..

sun burn muka syafiq kan..kan..

dekat pukul 4 juga sampai ke homestay.. semua berebut nak mandi..mana tak nya melekit satu badan kena air masin.. aku bersiap kemas2 barang kononnya semua balik petang tu juga..last minute husband aku kata xjadi balik ptg tu..sebab xlarat so balik esok pagi.. cuak aku sebab esok aku kerja..xleh cuti sbb ada pameran.. kelam kabut la bersiap utk ke airport cari tiket flight..kalau ada blh balik saing family Kak Tin skali.. pergi la ke airport nak tau berapa harga tiket nak balik ke KL.. aku dgn syafiq kena rm450.. huaaaa rasa nak menangis..nak xnak kena gak beli.. kalau shopping coklat tu da berbeg2 dah tu.. redha jela.. terus ke kuah semula utk last shopping..aku beli beg tarik jer satu..senang nak bawa..beli lagi coklat korek2 duit baki dlm dompet..balik homestay amik beg terus ke airport.. sbb kena ada kul 9 kat sana..bye2 langkawi jumpa lagi lain kali..

coklat Langkawi..

paberet ni ooo...

selamat menjamu coklat dan selamat menggemukkan badan hahahah
ok bye..

:: Majlis Akikah & Cukur Jambul Syafiq ::

hai...hai...semua..
lama sgt xupdate entry kat sini..sampai ada yg tegur..
hehehe..ok2..bkn xnak update al-maklum la dah
semakin sibuk dengan anak-anak..
opppss!!! anak-anak? 
anak jer blum anak-anak lagi kan..
kali nie nak share skit pasal majlis akikah 
dan cukur jambul anak bujang sya
Muhamad Syafiq b Muhamad Hafiz..

kami pilih tarikh 13 Oktober 2013
bersempena juga dengan hari lahir ayah tersayang
yang ke 60 tahun..

semua persediaan aku yg uruskan sendiri dibantu
org2 kuat yang lain terutama mak, ayah & suamiku..
kami akikahkan 2 ekor kambing 
mewakili kambing Akid anak abg aku seekor..
kambing Syafiq seekor memandangkan 
seekor kambing lagi sudah diakikahkan di 
kampung suamiku di Pontian

dua ekor kambing diakikahkan.

kambing tu kami lapah sendiri dirumah 
mlm 12 oktober tu..
pertama kalinya merasa suasana melapah 
sendiri kambing dirumah..
gotong-royong memasak bermula pagi 13 oktober
kerana majlis bermula pada pukul 3.00 petang 
sehingga 10.00 malam..
sesi petang dikhaskan utk jiran berdekatan
serta kengkawan dan kumpulan marhaban perempuan
manakala sesi malam untuk jiran taman sebelah,
org2 surau dan marhaban kaum lelaki
jom layan gambar-gambar sekejap..

tema biru laut + hijau

marhaban kaum perempuan

Muhamad Syafiq Muhamad Hafiz

terima kasih tetamu yg hadir

simple candy buffet

happy birthday ayah ke-60 tahun

ibu + ayah + syafiq

bergambar dengan anak2 saudara

sesi membotakkan kepala Syafiq

tadaaaa..kini gelaranku Si Botak hehehe

alhamdulillah semuanya selesai..
makanan juga habis xde berlaku
 pembaziran melampau..
sapa-sapa nk sewa peralatan utk majlis berendoi 
blh la contact sya sbb brg-brg berendoi sya beli sendiri..
korang boleh deco sendiri utk majlis baby comel 
korang mengikut citarasa sendiri..
hehehe.ok bye semua..jumpa lagi nnti..

:: Kronologi Kelahiran Muhamad Syafiq ::

jom nak cite skit kronologi kelahiran si kecil..
22.5.13 - dalam pukul 4 pagi aku terbgn rasa mcm ada cecair keluar time tidur.. aku bangun dan ke toilet utk cuci kemudian sambung tido..ngantuk oo..hehehe.. xtgk pon tu cecair apa.. pagi dlm pukul 8 gitu aku call mak aku tanya..mak aku risau tu air ketuban tp kalau air ketuban mestila byk katanya.. aku whatsapp adik ipar tanya..dia kata tu mungkin air ketuban tp aku xpercaya so aku abaikan nasihat dia suruh pergi hospital.Rupanya adik ipar aku cerita kes ni ke mil aku plak..apalagi terus dpt call dr mil..mil pon suruh ke hospital takut baby lemas katanya kalau itu btl akibat kebocoran air ketuban..aku liat nk pergi dan bermcm alasan aku bg kat mil supaya xyah pergi hospital..rupanya mil call plak husband aku lps tu supaya suruh bawa aku ke hospital check..itu aku mula surrender..terpaksa la aku g check gak tp aku nk ngelat aku ajak kwn aku Siti teman aku pergi Klinik Mesra..klinik xterima dan klinik suruh terus refer ke hospital.aku pon ke hospital.punya la ramai org perut buncit mcm aku gak..hehe..dari pukul 11 lbh aku kat situ check itu ini rupanya bukan air ketuban pecah tp doktor detect keputihan..pelik la juga sbb sblum nie xde pon keputihan..
sampai la pukul 5.15 ptg baru settle..boleh la balik..

23.5.13 - check up mcm biasa di Klinik Kesihatan Sri Kembangan.. semua ok.

24.5.13 - dalam pukul 4 pagi aku rasa sakit..sakit mcm senggugut tp kuat sgt..xtau nk ckp sakitnya mcmana..menurut sumber dr kawan aku kata kalau sakit mcm senggugut maknanya da tanda2 nk bersalin..aku pon xtahan sgt time tu ajak la suami pergi hospital..tp sblum tu sempat aku makan roti canai kat kedai mamak..nak xnak aku kena makan sebab takut betul2 time tu nak bersalin xde tenaga plak nak meneran kan..check2 kat hospital contraction xkuat pon.laluan pon xbuka lagi katanya..tp apa yg aku sakitkan sgt tu pon aku pelik..search kat google rupanya aku mungkin kena Braxton Hicks Contractions.Doktor suruh balik dulu.Mak ayah dtg dari kuala selangor semata2 ingat aku da nk bersalin.adik beradik pon ada yg datang melawat..hikhik kecoh btl aku ni kan..

27.5.13 - check up seperti biasa di Hospital Serdang..laluan xbuka lagi dan tiada tanda2 nk bersalin tapi badan aku mula dah rasa lemah..jalan da xlarat sebab celah kelangkang sakit sangat bila nak bergerak bangun, duduk mahpon berjalan..aku ambil keputusan utk ambil cuti rehat 4 hari sampai la ke tarikh cuti bersalin..hari ni dapat mc sehari.aku ambil keputusan utk balik Kuala Selangor.

5.5.13 - lebih kurang pukul 3 pagi aku rasa ada sesuatu keluar dr miss v.. air ketuban ker?? kalau sikit mmg aku abaikan..tp nie rasa mcm lain..perut pon dah dua tiga hari sakit2..g check tgk lendir pekat bercampur sedikit darah..mula la aku cuak.terus kejut husband , mak ngan ayah.. mak soh aku relax dulu..mandi2 basahkan kepala dulu..dlm pukul 9 pagi baru gerak ke Hospital Sungai Buloh. Masuk kat bahagian kecemasan dewan bersalin tu..seperti biasa la check CTG nk tgk pergerakan baby.. check laluan hanya 1cm.. setiap berapa jam ntah kena bgtau ada keluar air ketuban ke atau tidak..sampai la malam kena tido kat situ..sian husband aku kena tunggu tercongok jer kat luar sampai pagi.Hospital situ penuh dan ramai..dekat pukul 1 pagi baru aku dpt katil utk tido.

6.6.13 - Pagi-pagi lagi doktor da seluk nk check laluan..sakit jgn ckp la mmg sakit..perut pn da mula xselesa..check laluan dah 3cm..darah ada jer keluar..mak kata aku kembar darah tu yg sakit tu.mulut aku xhenti2 berdoa dan berselawat utk kurangkan kesakitan..bertambah sakit bila dgr org jerit2 nk bersalin..adui mengerikan..ptg check lagi laluan dan buat CTG..laluan da bukak 5cm kata doktor.. tp bila buat CTG babynya tido..jenuh nurse gerakkan..sampai aku kena masuk air melalui tiub utk gerakkan baby.
pukul 7 ptg aku dimasukkan ke labour room.. alhamdulillah time nie xramai yang nak bersalin so ada la katil kosong..dalam labour room doktor check lagi laluan tp kali nie laluan 4cm pula..aku pon pening kejap 5cm kejap lg turun 4cm plak..aku bykkan berdoa agar semuanya selamat..doktor pecahkan ketuban dan suntik ubat tahan sakit kat montot..hehe..air ketuban tu bila pecah rasa panas semacam jer..mengalir mcm air paip gitu..baby masih lagi tido bila buat CTG.. air dimasukkan xjln juga.. nurse masukkan lagi satu ubat melalui tiub..xpasti itu ubat apa..kalau xsilap nk kuatkan contraction..lps masuk ubat tu mula la aku rasa kesakitan yg amat..dekat 2 jam lbh aku terbaring kesakitan.. Allah saja yg tau..dlm pukul 10 mlm gitu aku ckp ngan nurse yg aku da xtahan sgt sakit..dia check laluan kata belum lagi blh teran..aku bgtau yg aku xtahan sgt da..dia kata dia tlng bukakan laluan skit..aku pon xkisah dah apa yg nurse tu nk buat..buat lah..sakit wei..sampai satu tahap aku da xtahan aku ckp aku nk teran jer..nurse tu kata kalau nk teran, teran jela..aku pon bantai la teran style aku sekali silap da..sempat la nurse tu ajar cara meneran..husband aku baru nak dipanggil..teran punya teran akhirnya keluar la permata hatiku..suami aku xsempat tgk aku teran pon..dia sampai depan pintu bilik, baby dah keluar..hehehe Ya Allah leganya..hilang la rasa sakit2 td..terus husband aku azankan anak kami..nurse letak baby tu atas dada aku..tgk muka baby tu nak menangis pon ada..sejuk jer tgk muka baby tu..proses nak keluarkan uri pula.agak susah nk keluarkan uri aku sbb mcm melekat tp selamat keluar urinya..last proses nak menjahit..ooooohhhhhh noo.. takutnya..nurse kata aku byk juga koyak..kena jahit 3 lapisan..lapisan dlm jer nurse bius..yg luar jahit hidup2..sakitnya ya amat..aku gigit selimut sambil menjerit2 kesakitan..nurse pesan jgn duduk bersila..nanti koyak kena jahit balik..errkkk ngeri2..nyilu...dekat pukul 12 lbh aku ditolak masuk wad..alhamdulillah semua selamat...

:: Ibu Engkaulah Ratu Hatiku ::